CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata

 Close [Copy link]
 Author| Post time 5-8-2013 08:33 AM | Show all posts
Laut Kasih 299

di matamu ada sinar cinta,
di lehermu ada nadi cinta,
di dadamu ada debaran cinta,
di hatimu ada kamar cinta.

di teratak jiwaku ada sinar cinta
yang berkerdipan pabila bertamu ke kamar laut kasihmu.

CNM, 5/8/13
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2013 08:33 AM | Show all posts
Laut Kasih 300

bajai pohon cintamu
dengan siraman kasih suci
biar merimbun dedaun rindu
menaungi redup kasih abadi
janji tak dimungkiri...

bajai pohon cintamu
biar ia jadi saksi
tiada dua tiada tiga
cinta diberi setelus hati
kekal ke akhir nanti...

CNM, 5/8/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2013 04:37 AM | Show all posts
Laut Kasih 301

teratak kenangan
jadi saksi
bercantumnya
aliran sungai rinduku
dan ombak rindumu
di muara laut kasih kita...

lalu berpadu ia menjadi pulau cinta
dalam kesyahduan gelora kasmaran asmara.

CNM, 6/8/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2013 04:44 AM | Show all posts
Laut Kasih 302

mencintaimu kasih
satu ketentuan yang berbayar
kerana cintamu tidak pernah hambar
setiasa bersinar memancar suria

mencintaimu sayang
satu keputusan yang gemilang
kerana cintamu penuh kasih sayang
sentiasa merangsang kedamaian

mencintaimu dinda
satu perbuatan yang berharga
kerana cintaku yang kamu takhta
sentiasa setia dalam suka duka

selaut kasih termilik.

CNM, 6/8/13.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2013 04:48 AM | Show all posts
Laut kasih 303

malam ini
hati melonjak ingin bersuara
berbisik ke kuping sukmamu
ingin sekali aku dipeluk erat
ditemani hela nafas laut kasihmu.

malam ini
sanubari teruja ingin berbicara
berbisik ke telinga jiwamu
ingin sekali aku dibelai manja
ditemani detak jantung cintamu.

CNM, 6/8/13.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2013 07:55 PM | Show all posts
Laut Kasih 304

di sebalik;
bicara mata
suara lenggok badan
isyarat sejambak senyuman
yang engkau pamerkan
aku menggilai
aku terpesona
aku tergoda
dengan sekujur tubuh laut kasihmu
menggiurkan rasa cinta ini...

CNM, 9/8/13
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-8-2013 08:26 PM | Show all posts
Laut Kasih 305

rasa seperti di alam mimpi
memiliki selaut kasihmu
yang tak tergambar di alam jaga
sentiasa dibuai rindu
sentiasa mekar kuntum senyuman
sentiasa terhidang haruman cinta
terima kasih dinda
moga berpisah tiada ke hujung nyawa...

CNM, 9/8/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2013 09:28 PM | Show all posts
Laut kasih 306

berkolekkan rindu
meredah gelombang asmara
merentasi gelora laut kasihmu
menuju pulau cinta
aku pasrah rela
kerana kutahu
di sana ada rimbunan bahagia...

CNM, 9/8/13
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2013 02:34 PM | Show all posts
Suka Tak Suka

Suka tak suka
itulah dia
terima sahaja
kerana dia
pelengkap hidup kita.

Suka tak suka
jangan mengada-ngada
buat saja
kerana itu kerja kita
ikhlas kerana-Nya.

Suka tak suka
itu ketentuan-Nya
belajar meredha
lebih baik dari menyumpah segala
ada hikmah setiap yang dikurnia.

Suka tak suka
inilah cara
aku berkongsi rasa
di laman maya
tiada agenda mengena sesiapa.

Suka tak suka
inilah titipan kata
aku tarikan buat tatapan semua
moga ada yang berguna
disimpan buat pedoman hari muka.

Suka tak suka
bukan kita yang menentukannya
kita merancang cuma
takdir mengatasi segala
perbanyakkan doa.

Suka tak suka
cuba belajar menerima
kasih sayang boleh dibaja
nafsu hanya memporak-peranda
musnah hubungan sesama.

Suka tak suka
masa tak berulang semula
yang buruk kena dilupa
yang baik perlu dikerja
baru hidup akan diredha.

Suka tak suka
diri akan menjadi tua
hitung pahala
pohon keampunan akan dosa
moga di sisi-Nya jadi mulia.

Suka tak suka
kita tak mampu puaskan hati semua
yang mampu terus mencuba
yang terbaik terus diusaha
itu tanda keihklasan di dada.

Suka tak suka
sampai di sini saja
kalau nak tulis akan panjang berjela
kalau ada idea

anda sambunglah pula...

CNM, 22/12/12, 9.45am, THMK.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2013 02:36 PM | Show all posts
Suka Tak Suka II

Suka tak suka
ada yang berkata
catatan sebelum ini terbaiklah pula
banyak pesanan berguna
membuka minda.

Suka tak suka
kita ada tanggungjawab kepada-Nya
menunaikan rukun Islam yang lima
menegakkan syariat agama
yang disampaikan rasul kita.

Suka tak suka
kita akan kembali kepada-Nya
diperhitung pahala dosa
sebelum diusung dengan keranda
ayuh! kita bersiap sedia.

Suka tak suka
kita perlu berusaha
rezeki tak akan datang begitu sahaja
berusaha dan berdoa
semoga dimurahkan rezeki oleh-Nya.

Suka tak suka
bila tiba masa
kita kena rehat seketika
pulihkan tenaga
untuk sihat sejahtera.

Suka tak suka
kita perlu berurusan sesama
maniskan muka
senyum penuh mesra
akan mudah urusan dengan manusia.

Suka tak suka
anak-anak anugerah Yang Esa
jagalah dengan redha
kerana mereka harta dunia
kelak kaya kita dengan doa mereka.

Suka tak suka
siang dan malam putaran alam semesta
sesuaikan diri dengan masa
sesungguhnya demi masa
kita dalam kerugian firman Yang Esa.

Suka tak suka
demi masa
kita harus berpesan sesama
moga kita tidak alpa
mengisi masa dengan aktiviti berguna.

Suka tak suka
esok tetap akan tiba
gelak tawa sedih duka
semuanya ujian Yang Esa
menguji keimanan kita kepada-Nya.

Suka tak suka
yang sudah berlaku tak akan dapat diubah semula
pujuk hati menerima
kerana DIA mengurnia
yang terbaik walau pahit buat kita.

Suka tak suka
ini versi kedua
kalau ada idea
saya sambung yang ketiga
insyaAllah dengan izin-Nya...

CNM, 22/12/12, 1.25pm, THMK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2013 02:41 PM | Show all posts
Suka Tak Suka III

Suka tak suka
kita perlu berkata-kata
jaga bahasa
jangan sampai menghina
ada hati yang terluka.

Suka tak suka
orang akan berbicara
jaga tingkah
jaga air muka
elak diri diperkata.

Suka tak suka
ada orang suka mengata
biarkan saja
yang baik tetap baik di sisi-Nya
yang buruk DIA tentukan di sana.

Suka tak suka
pendapat tentu berbeza
hormati hak mereka
selagi tidak mencerca
fikir dan amalkan jika berguna.

Suka tak suka
usah terlalu berduka
di sana belum tentu bahagia
amat rugi membuang masa
dengan hal tak membahagia.

Suka tak suka
harta kita ada sebahagian hak mereka
sucikan harta
beri zakat dengan rela
mudahan rezeki berlipat ganda.

Suka tak suka
perpisahan akan berlaku juga
kehilangan ayah bonda
kehilangan apa jua
bersedia sepenuh jiwa.

Suka tak suka
apa yang dicita
tak akan semua dirasa
pasti ada kurnia tak disangka
kerana DIA mengatur yang terbaik buat kita.

Suka tak suka
kesilapan tak akan terlepas dari kita
lapangkan dada
jadikan ia pengajaran berguna
perbaiki diri mencapai jaya.

Suka tak suka
baik buruk ada hikmahnya
bersyukurlah dengan apa yang dikurnia
kerana ada yang lebih susah dari kita
teraniaya terhina tanpa rela.

Suka tak suka
ini versi ketiga
alhamdulillah jemari bertenaga
menitip kata
tinta hati dari kamar minda.

CNM, 23/12/12, 2.12pm, THMK.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2013 02:46 PM | Show all posts
Suka Tak Suka IV

Suka tak suka
kita bukan raja
nak bergolek dari pagi sampai senja
bangkit berusaha
rezeki ada di mana-mana.

Suka tak suka
kena ada ilmu di dada
hidup di dunia tak semudah disangka
banyak tipu daya
silap langkah terpedaya.

Suka tak suka
wang kena ada
semua benda ada harga
masuk tandas pun diletak harga
30 sen kalau tak silap saya.

Suka tak suka
zaman sekarang komputer kena ada
banyak urusan secara online di laman maya
yang ketinggalan dianggap buta
tak celik multimedia.

Suka tak suka
zaman dah berubah era
tak sama dengan era datuk nenek kita
kena sentiasa peka
kena selalu bersedia hal-hal luar jangka.

Suka tak suka
dah makin susah didik anak muda
pengaruh globalisasi kian melanda
budaya asing dipuja
budaya sendiri semakin dilupa.

Suka tak suka
ibubapa harus lebih peka
anak-anak amanah Yang Esa
corakkan dengan warna yang diredha
hidup aman sejahtera.

Suka tak suka
kembali kepada agama
perkukuh didikan di awal usia
itu jalan terbaik membentuk remaja
jadi manusia berguna.

Suka tak suka
cabaran makin berganda
persikataran makin berbahaya
penjenayah ada di mana-mana
menunggu kita lalai dan leka.

Suka tak suka
kena lebih waspada
jaga diri dan juga keluarga
mohon perlindungan Yang Esa
dijauhkan segala musibah dunia.

Suka tak suka
versi keempat sampai di sini saja
mudahan ada lagi idea
berpesan sesama
ke arah kebaikan bersama.


CNM, 29/12/12, 11.55am, THMK.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2013 02:47 PM | Show all posts
Suka Tak Suka V

Suka tak suka
cuti dah di penghujungnya
bersiap siaga
kembali bekerja
meneruskan agenda.

Suka tak suka
dah jadi tugas kita
tanggungjawab kena laksana
amanah bangsa negara dan agama
itu perlu diutama.

Suka tak suka
kita yang pilih kerja
jangan rasa terbeban dengannya
buat secara kerja sama
yang berat ringan jadinya.

Suka tak suka
kepentingan semua dijaga
kepentingan diri dikawal selia
pasukan terjaga
institusi berjaya.

Suka tak suka
dengar arahan ketua
jangan ikut kepala kita
ia jadi barah bawa bencana
kita jadi perosak tak berguna.

Suka tak suka
latih diri bekerjasama
kalau tak tahu bertanya
kalau berilmu kongsi semua
permuafakatan banyak faedahnya.

Suka tak suka
berikan sumbangan anda
tonjolkan diri untuk berjaya
kelebihan diri usah simpan saja
rugi terpendam tak diguna.

Suka tak suka
tugasan biar ikut jadualnya
tak menyusah rakan sekerja
tertangguh nak dilaksana
dek kerja kita yang tertunda.

Suka tak suka
aku berpesan pada semua
tak terkecuali diriku juga
yang baik diamal sentiasa
yang buruk dihentikan segera.

Suka tak suka
sampai sini dulu versi lima
dengan Izin-Nya
ada idea sambung yang enam pula
harap dimaaf pada silap salah bicara.

CNM, 16/8/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2013 02:47 PM | Show all posts
Suka Tak Suka VI

Suka tak suka
sejarah memberi fakta
negara merdeka dek persetujuan bersama
kesatuan hati terbina
demi kedaulatan negara.

Suka tak suka
negara kita berbilang bangsa
tolak ansur perlu diperkasa
harmonikan suara
perpaduan diutama.

Suka tak suka
kita punya pelbagai budaya
asimilasikan kelainan cara
menerima seadanya
tiadalah sengketa.

Suka tak suka
perlembagaan telah diterima
jadikan asas pegangan semua
hormati hak yang sama
keadilan terserlah jua.

Suka tak suka
kita punya sistem beraja
kesetiaan perlu dijaga
mendaulat payung mahkota
kedamaian terbela.

Suka tak suka
kita dijamin kebebasan beragama
hormati kepercayaan di dada
usah meniup bara
kelak terbakar rupa.

Suka tak suka
kita ada penguatkuasa
undang-undang harus dibela
menegak yang norma
menolak onar dicipta.

Suka tak suka
kita warga negara
amalkan prinsip sopan bersusila
tiada yang akan terasa
senyuman diberi percuma.

Suka tak suka
kita sebahagian negara
buruk laku buruk nama
jagalah adab budaya bangsa
negara akan dipandang mulia

Suka tak suka
tepuk dada tanya selera
semuanya di hati kita
tiada siapa mampu memaksa
kita mampu mengubahnya.

CNM, 16/8/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2013 11:27 PM | Show all posts
Suka Tak Suka VII

Suka tak suka
kita dibatasi masa
barangkali itu sebabnya
masa diibarat emas permata
bernilai tak terhingga.

Suka tak suka
masa yang lepas tak kembali semula
ia boleh jadi sejarah bahagia
pun boleh jadi pengajaran berguna
masing-masing ada ceritanya.

Suka tak suka
kita perlukan pengurusan masa
antara kehendak diri dan keluarga
tak kecuali tanggungjawab kerja
perlu diagih dengan cakna.

Suka tak suka
masa tak menanti kita
yang leka ketinggalan selamanya
yang bijaksana beruntung meniti masa
tiap detik terlalu berguna.

Suka tak suka
telah diingatkan Yang Esa
demi masa rugi manusia
kecuali mereka
yang sabar dan berpesan sesama.

Suka tak suka
usia makin berganda
muhasabah diri dosa pahala
di mana tercatat amalanya
di kiri atau kanan kita.

Suka tak suka
mohon ampun kepada-Nya
sedang Rasulullah sering berdoa
mohon diterima amalannya
inikan pula kita hamba biasa.

Suka tak suka
mohon maaf sesama
kekhilafan mungkin tak disengaja
selesaikan urusan dunia
di akhirat moga direda.

Suka tak suka
kita tak sempurna
yang di sekeliling pelengkapnya
berbuat baiklah sesama
silaturrahim dijaga.

Suka tak suka
nukilan di penghujungnya
moga ada yang berguna
terkesan di dada
jadi panduan berguna.

CNM, 16/8/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2013 09:52 AM | Show all posts
Suka tak Suka VIII

Suka tak suka
era ini ICT jadi perantara
guna dengan bijaksana
pandai memilih yang berguna
tinggal yang meleka.

Suka tak suka
pelbagai gadjet direka
tujuan memudahkan kita
tapi ada merosak budaya
merenggang aktiviti keluarga.

Suka tak suka
anak-anak makin leka
kerja rumah entah ke mana
hanya permainan gadjet di minda
fokus belajar hilang begitu saja.

Suka tak suka
itulah hakikatnya
ibubapa perlu berjaga-jaga
anak-anak pandai bersandiwara
depan mata macam malaikat lagaknya.

Suka tak suka
pengaruh sekeliling besar kesannya
ambil tahu hal perkara
mencegah usaha cakna
mengubat lelah dibuatnya.

Suka tak suka
aplikasi atas talian melata
pendek kata pengetahuan ICT perlu di dada
kalau tidak dikata buta
buta teknologi alam maya.

Suka tak suka
dunia semakin berbahaya
ada saja kisah dicerita
ICT jadi medan memperdaya
yang terjerat merana.

Suka tak suka
usah terlalu percaya
tanam sedikit rasa curiga
siasat siapa kenalan kita
moga tak terkena.

Suka tak suka
berhati dengan internet punya niaga
ada yang memanipulasi urusniaga
duit lesap barang tiada
ditipu buta-buta.

Suka tak suka
ICT ada pro dan kontranya
hati-hati mengguna
jadi yang bijak sebagai pengguna
moga selamat mendapat faedahnya.

CNM, 17/8/13 Last edited by Goldkey on 17-8-2013 10:03 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2013 11:45 PM | Show all posts
Suka Tak Suka IX

suka tak suka
tugasan makin berganda
sendat sungguh masa
aktiviti padat terasa
lelah singgah ke dada.

suka tak suka
kena rancang semula
kurangkan aktiviti mega
laksana yang utama
fokus pengajaran jadi agenda.

suka tak suka
arahan kementerian kena ada hadnya
jangan guru stres sentiasa
pbs dan serba aneka data
kena ada pengurusan yang cakna.

suka tak suka
murid kena diutama
mereka harapan ibubapa
mereka aset negara
modal insan pemacu sejahtera.

suka tak suka
bila pencapaian hampa
guru yang terkena
faktor lain tak dikira
kitalah salah semuanya.

suka tak suka
sama-sama cari idea
bagaimana nak berjaya
kerjasama membina
sistem yang bermakna.

suka tak suka
jangan ada yang terasa
institusi kita, kita kena jaga
inovasikan pemikiran kita
mungkin kehebatan akan terjumpa.

suka tak suka
lapangkan dada
keluh kesah tak bawa ke mana
belajar mereda
akur, sebagai agen pelaksana.

suka tak suka
ini saya punya bicara
moga ada yang berguna
boleh ditimbang tara
kalau tak biar saja.

suka tak suka
nukilan merangsang minda
melatih akal bekerja
menganyam indah bait kata
salah silap maafkan ya!

CNM, 21/8/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2013 09:45 PM | Show all posts
Suka Tak Suka X

suka tak suka
pengetua yang kata
masuk kelas ambil cakna
bersihkan sebelum pdp bermula
jangan asyik main sms waktu bekerja.

suka tak suka
PK yang kata
cikgu kena baca
isi dengan sempurna
buat lampiran jika ada.

suka tak suka
HEM yang kata
pergerakan murid kena peka
jika ada yang curiga
lapor segera.

suka tak suka
PK koko yang kata
markah koko perlu disedia
bila tiba masa sudah ada
murid tak teraniaya.

suka tak suka
PK T6 hari ni tak ada
ada mesyuarat luar katanya
ada hal nak tanya
esok saja boleh jumpa.

suka tak suka
pengerusi kelab guru yang kata
jamuan raya ditunda
simpan dulu baju raya
minggu depan baru peraga.

suka tak suka
emisonline kena buka
bukan S/U suka-suka
arahan ppd katanya
betulkan maklumat dah lama.

suka tak suka
aku tulis apa yang diperkata
biar ada bukti telah disuara
esok tak ada kata terlupa
ada tercatat di laman maya.

suka tak suka
terima kasih kerana membaca
jadikan ingatan sepanjang masa
jangan mudah lupa
hak kita dan hak orang lain juga.

CNM, 22/8/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2013 10:40 PM | Show all posts
Laut Kasih 307

dalam redup sinar matamu
ada hangatan bayangan laut kasih
yang kurindu
yang kudamba
saat kita tak bersua...

membendung rindu mengasyikan jiwaku
mengenangmu suatu nikmat bagiku.

CNM, 23/8/13 Last edited by Goldkey on 23-8-2013 11:12 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2013 10:07 PM | Show all posts
Laut kasih 308

sepertinya
bulan dan mentari yang gerhana
gelora laut kasih sesekali membadai
terhempas aku ke pesisir pantai rindu
dan kurenangi kembali menuju pulau cintamu
kerana kutahu di sana
engkau mendepangkan tangan
menungguku tiba menghangatkan asmara...

CNM, 26/8/13
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.072199 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list