CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 515|Reply: 2

[Dunia] Edisi mendunia: Indonesia cadang untuk keluarkan sejuta tong minyak sehari menjelang 2030. Petronas dan PT Saka bantu dengan menjumpai telaga minyak di pesisir Jawa Timur

[Copy link]
Post time 18-4-2022 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by kluangman at 18-4-2022 10:52 AM

https://setkab.go.id/en/govt-plans-to-boost-oil-production-to-1-million-barrel-per-day-in-2030/

https://www.astroawani.com/berita-bisnes/petronas-peroleh-hidrokarbon-pertama-dari-telaga-bukit-tua-fasa-2b-indonesia-356863
KUALA LUMPUR: Subsidiari Petronas, PC Ketapang II Ltd (PCK2L) telah memperoleh hidrokarbon pertamanya daripada penggerudian telaga BTJTB-T2 Fasa 2B Bukit Tua yang terletak di Blok Ketapang, luar pesisir Jawa Timur, Indonesia.

Telaga BTJTB-T2 telah digerudi mula pada 30 Sept 2021 dan digerudi dengan kedalaman sasaran 1,890 meter. Gerudi mula adalah proses awalan untuk menggerudi telaga dalam industri minyak dan gas."Pencapaian ini adalah sebahagian daripada projek pembangunan keempat selepas Fasa 1, Fasa 2A dan Fasa 3 Bukit Tua.
"Projek ini bertujuan untuk menghasilkan 12,500 tong bersamaan minyak (boe) sehari termasuk 30 juta kaki padu standard sehari (mmscf) gas melalui pembangunan lima telaga,'' kata Petronas dalam satu kenyataan.

Naib Presiden Eksekutif Petronas dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Adif Zulkifli berkata pencapaian itu menunjukkan komitmen syarikat dalam menyampaikan bekalan tenaga yang selamat dan boleh dipercayai ke Indonesia.

"Penemuan hidrokarbon pertama projek Bukit Tua Fasa 2B akan memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada sasaran Indonesia untuk mencapai satu juta tong minyak sehari menjelang 2030," kata Adif.

Pengarah Presiden PCK2L, Yuzaini Md Yusof berkata: "Kami berbangga dengan keputusan positif serta komitmen penuh daripada semua pihak yang membawa kami ke arah ini. Kami mengucapkan terima kasih kepada SKK Migas, pihak berkuasa tempatan dan rakan kongsi kami atas sokongan mereka yang luar biasa sepanjang projek ini.

Petronas adalah pengendali Blok Ketapang dan memegang 80 peratus kepentingan melalui dua anak syarikatnya, PC Ketapang II Ltd dan Petronas Carigali (Ketapang) Ltd, manakala baki 20 peratus adalah milik PT Saka Ketapang Perdana.

Petronas juga merupakan operator di North Madura II PSC, luar pesisir Jawa Timur serta rakan usaha sama di enam blok lain yang terletak di darat dan luar pesisir di Sumatera, Laut Natuna, Jawa Timur dan Papua Barat.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2022 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
ada nampak vid saintis nasa buat phimpunan suh stop korek minyak. akhir azman katanya bumi tinggal 3tahun..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2022 04:53 PM | Show all posts
Fly_over replied at 18-4-2022 11:06 AM
ada nampak vid saintis nasa buat phimpunan suh stop korek minyak. akhir azman katanya bumi tinggal 3 ...

Dia kalau negara membangun buat je yang dikatakan bahaya dan mencemarkan alam.

Kalau negara maju berperang, musnahkan alam, keluarkan karbon dioksida semenjak revoulusi perindutsrian takpe pulak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.046316 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list