CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 466|Reply: 1

Ramai Ibu Bapa Hidap Sindrom Terlupa Anak

[Copy link]
Post time 18-4-2022 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Sindrom Terlupa Anak atau Forgotten Baby Syndrome satu terma digunakan pihak berkuasa bagi merujuk kes ibu bapa atau penjaga tertinggal anak dalam kenderaan.


Sindrom berkenaan dikatakan berlaku akibat berlaku perubahan pada rutin harian ibu bapa, malah ia bukanlah kes terpencil sebaliknya kian memburuk dalam masyarakat yang mana nyawa bayi ataupun kanak-kanak terbabit menjadi pertaruhan.


Mana tidaknya, sepanjang Januari tahun ini sahaja sebanyak 41 kes kanak-kanak tertinggal dalam kenderaan dilaporkan.


Malah, sekurang-kurangnya tiga kematian akibat kes berkenaan dilaporkan media tahun lalu.


Mengulas lanjut, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohamad berkata, sindrom berkenaan bukanlah satu kes terpencil tetapi banyak dilaporkan berlaku dalam masyarakat hari ini.




Gambar Hiasan: Carsguide.com




Menurutnya, untuk Januari tahun ini sahaja sebanyak 41 kes dilaporkan namun ia tidak membabitkan kematian kerana pihak berkuasa cepat bertindak menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kenderaan.


"Statistik JBPM merekodkan 309 kes tahun lalu manakala 298 kes (2020) dan 305 kes (2019)," katanya.


Menurutnya, Kedah adalah negeri yang merekodkan kes tertinggi iaitu 52 kes sepanjang tahun lalu manakala 51 kes pada 2020 dan 63 kes pada 2019.


Diminta memperincikan sindrom berkenaan, Nor Hisham berkata, perubahan rutin harian ibu bapa yang paling banyak menjadi punca kes ini berlaku.


"Ini dipanggil Forgotten Baby Syndrome (Sindrom Terlupa Anak) yang terjadi apabila ibu bapa atau penjaga terlalu fokus kepada tugasan perlu dibuat.


"Ibu bapa yang biasanya tidak membawa anak mereka ke pusat jagaan atau pengasuh akan memandu di jalan yang sama pergi dan balik bekerja setiap hari.


"Contoh lain pula, kebiasaan ibu bapa akan menghantar anak ke taska terlebih dahulu namun pada hari kejadian membuat perubahan rutin dengan menghantar abang ke sekolah. Ini akan menyebabkan ibu bapa terlupa ada adik yang belum dihantar," katanya kepada Harian Metro.


Ditanya risiko dihadapi anak ditinggalkan dalam kereta, katanya, kanak-kanak malang itu mudah diserang strok haba apabila suhu dalam badan mereka mencapai tahap melebihi 40 darjah Celsius.


"Berdasarkan kajian, badan kanak-kanak memanas tiga hingga lima kali ganda lebih cepat berbanding orang dewasa.


"Suhu dalaman badan kanak-kanak boleh mencapai tahap tidak selamat selepas kira-kira satu jam dalam kereta yang diletakkan bawah sinar matahari atau selepas kira-kira dua jam dalam kereta diletakkan di tempat teduh.


"Seorang kanak-kanak boleh meninggal dunia apabila suhunya mencapai 41 darjah Celsius," katanya.


Katanya, beliau menasihati ibu bapa untuk elak meninggalkan anak bersendirian dalam kenderaan walaupun seminit.


Ditanya apa perlu dilakukan ibu bapa sekiranya anak terkunci dalam kenderaan, beliau berkata, tidak panik dan segera hubungi talian kecemasan 999 atau tukang kunci untuk bantuan, halang sinaran matahari dari terus masuk ke dalam kenderaan serta peka keadaan anak setiap masa.


Tambah beliau, ibu bapa juga perlu bertanggungjawab dengan tidak membiarkan anak yang berusia di bawah enam tahun dalam kenderaan tanpa pengawasan.


"Selain itu dalam keadaan cuaca yang panas ketika ini juga meningkatkan risiko bahaya kepada kanak-kanak terbabit jika tertinggal di dalam kereta," katanya.


Ibu bapa cuai boleh didakwa membunuh


Kuala Lumpur: Ibu bapa yang meninggalkan anak di dalam kereta sehingga menyebabkan kematian boleh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh atau Seksyen 304 iaitu menyebabkan kematian tanpa niat.


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, siasatan lain boleh dijalankan adalah mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu dengan cuai menyebabkan kecederaan atau kematian kepada kanak-kanak dan Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang sewajarnya.


Menurutnya, bagi Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 sebanyak empat kes sejak 2019 hingga tahun lalu manakala satu kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 pada tahun 2020.


"Kita turut membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 304A pada tahun 2019. Bagaimanapun daripada enam kertas siasatan yang dibuka hanya dua sahaja dituduh di mahkamah sepanjang tempoh tiga tahun itu," katanya dalam temubual eksklusif kepada Harian Metro.


Kamsiah berkata, melalui siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kesemua kes berlaku berpunca daripada terlupa anak atau mangsa di dalam kereta.


"Mereka meninggalkan kenderaan tanpa melihat atau memastikan setiap penumpang kenderaan sudah keluar semuanya.


"Undang-undang sedia ada menyediakan peruntukan hukuman yang tinggi kepada mereka yang disabitkan dengan kesalahan itu," katanya.


Beliau berkata, sewajarnya hukuman ini sudah mencukupi memberi pengajaran kepada masyarakat.


"Kewujudan undang-undang baru mungkin bukan cara penyelesaian yang dapat menangani kejadian ini.


"Berdasarkan siasatan PDRM, kami dapati isu sikap sambil lewa, kurang berhati-hati dan ambil mudah dalam menguruskan kanak-kanak menyebabkan perkara ini terjadi," katanya.


Tambahnya, ahli masyarakat perlu diberi kesedaran untuk lebih teratur, teliti serta ada kaedah 'check and balance' yang tinggi jika menguruskan kanak-kanak.


"Bermakna kalau keluar daripada kereta pastikan dikira dan tidak meninggalkan kereta tanpa melihat terlebih dahulu penumpang sudah keluar atau belum.


"erlu ada tahap waspada yang tinggi, ada disiplin untuk periksa dahulu isi penumpang sama ada betul-betul sudah keluar daripada kereta atau belum," katanya.


Ada gangguan kognitif akibat otak penat


Kuala Lumpur: Gangguan kognitif akibat beban mental yang banyak boleh menyebabkan berlakunya kes ibu bapa atau penjaga tertinggal anak di dalam kenderaan.


Pensyarah Psikologi Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Mohd Awang Idris berkata, otak manusia berfungsi mengikut dua keadaan iaitu tindak balas automatik dan tindak balas terkawal.


Menurut Dr Mohd Awang, sebagai contoh kaki mana yang ingin digerak dahulu ketika berjalan menggunakan tindak balas automatik manakala dalam kes tertentu manusia akan menggunakan tindak balas kawalan seperti apabila melihat budak melintas akan menekan brek kereta.


"Dalam kes tertinggal kanak-kanak di dalam kenderaan ini kemungkinan disebabkan gangguan kognitif akibat otak kepenatan kerana banyak berfikir sehingga otak berfungsi seolah-olah tindak balas automatik.


"Sedangkan jika waktu itu otaknya berfungsi tindak balas kawalan sudah pasti mereka tahu apa yang perlu dilakukan seperti membuka cermin kereta jika ingin meninggalkan kanak-kanak di dalam kenderaan," katanya kepada Harian Metro. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2022 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli produk cmni.psg kt bwh tmpt duduk
https://m.media-amazon.com/images/I/91J87bUHyzL.jpg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.057421 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list