|
Pola guru bersara awal sangat membimbangkan - Tok Mat
https://www.bharian.com.my/berit ... mbimbangkan-tok-mat
Oleh Luqman Arif Abdul Karim - April 19, 2022 @ 4:24pm
[email protected]
SEREMBAN, 19 April -- Ketua pembangkang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan (berdiri) berbahas pada Persidangan Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 hari ini.
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyarankan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk pendidikan bagi membincangkan isu guru bersara awal, berhenti atau meninggalkan perkhidmatan yang disifatkannya sangat membimbangkan.
Katanya, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam kenyataan pada 18 April lalu menganggarkan lebih 10,000 guru membuat pilihan bersara awal setiap tahun kebelakangan ini, jauh melebihi statistik Kementerian Pendidikan (KPM).
Beliau berkata, statistik KPM yang dikeluarkan pada 9 November 2021 menunjukkan hanya 4,360 permohonan persaraan pilihan dibuat oleh guru bermula Januari tahun lalu.
"Jika anggaran NUTP itu benar, maka pola bersara awal mahu pun berhenti dan meninggalkan perkhidmatan dalam kalangan guru ini sangat membimbangkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, KPM wajar tampil menjelaskan angka sebenar dan mengemukakan perincian terhadap kegusaran NUTP itu kerana kebajikan golongan pendidik adalah keutamaan yang tiada kompromi.
Mohamad menjelaskan, penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk pendidikan akan membolehkan wakil KPM dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.
Menerusi pendekatan berteraskan ketelusan, beliau yakin penyelesaian jangka panjang berupaya dirumuskan bagi merungkai masalah terbabit.

"Keputusan nekad guru untuk bersara awal meskipun masih produktif bakal memberi kesan terhadap kualiti dan kebolehsaingan sistem pendidikan Malaysia," katanya menyifatkan perkembangan itu seakan memberi gambaran sesuatu tidak kena dengan KPM.
Mohamad berkata, polemik berkenaan perlu ditangani menerusi intervensi kerajaan bagi mengelak risiko krisis pendidikan yang lebih meruncing kerana tindakan golongan pendidik berpengalaman bersara awal adalah kerugian sangat besar kepada negara.
"Pelbagai cabaran dihadapi guru di musim pandemik adalah sangat difahami. Ia sangat menguji ketahanan emosi dan psikologi mereka. Apatah lagi bila dibebankan dengan kerja-kerja perkeranian yang akhirnya menganggu tugas hakiki, justeru intervensi kerajaan dalam perkara ini adalah sangat penting.
"Sekiranya berlanjutan, negara bakal menghadapi krisis pendidikan yang lebih kritikal. Aspirasi untuk menjadikan sekolah dan mutu pendidikan Malaysia setaraf dengan mutu antarabangsa akan pasti terjejas.
"Hal ini kerana guru adalah pemangkin sangat penting dalam memajukan bangsa dan negara memandangkan mereka mempunyai pengaruh luar biasa ke arah mencorakkan keperibadian serta pemikiran generasi pelapis," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|