View: 394|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Tahanan lari tiada arah tuju, berkaki ayam
[Copy link]
|
|

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain mengadakan sidang media mengenai pendatang asing tanpa izin (PATI) melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau dilarikan diri. - Foto MIKAIL ONG
GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang berkata kebanyakan 528 pendatang tanpa izin (PATI) etnik Rohingya yang lolos daripada tahanan Depot Imigresen Sementara Relau, tiada perancangan jelas selepas melarikan diri dengan semuanya berkaki ayam.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata berdasarkan pemerhatian beliau sendiri yang turun padang di lokasi kejadian mendapati ada sesetengah di antara PATI berkenaan sedang berpuasa.
"Ada di antara mereka yang uzur dan ada yang sakit pinggang. Saya juga mendapati ada seorang bayi berumur kurang daripada setahun yang sedang didukung ibunya.
"Seorang daripada mereka yang saya temui turut boleh bercakap dalam dialek Kelantan dan bercerita dia sudah tiga tahun bekerja di Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di sini, hari ini.
Katanya, dalam perkembangan setakat jam12 tengah hari, enam lagi PATI terbabit sudah ditahan di kawasan Sungai Kerian menjadikan jumlah tahanan yang diburu setakat ini ialah 171 orang.
Namun, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat lagi tangkapan lain yang dilakukan pihak berkuasa Kedah dan Perak.
Beliau berkata, Polis Pulau Pinang menjalankan Op Tutup membabitkan 17 pegawai dan 80 anggota dan mengadakan sekatan di tiga jalan iaitu Jalan Sungai Baung, Jalan Tasek Valdor dan Jalan Kerian Kedah di Seberang Perai Selatan.
Mohd Shuhaily berkata, enam tahanan yang maut ketika melintasi Kilometer 168 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala selatan iaitu berhampiran kawasan Jawi dilanggar sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki berusia 50-an.
Katanya, seorang daripada mangsa mempunyai waris yang ditahan namun pemandu kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan serta hanya terkejut ekoran impak kemalangan itu.
"Ketika ditahan semua mereka menuju ke arah selatan dan berjalan dalam satu rombongan besar dan ramai di antara mereka hanya menjadi pengikut dan tidak jelas lokasi yang hendak dituju.
"Semua tahanan yang ditahan pagi tadi didapati telah berjalan hampir 10 kilometer dari lokasi mereka melarikan diri dan melintas jalan beramai-ramai dipercayai mahu menuju ke dalam hutan berhampiran," katanya.
Beliau berkata, kumpulan etnik Rohingya terbabit belum ditempatkan di depo tahanan berkenan dalam tempoh yang lama dan sedang menunggu untuk dihantar pulang.
Beliau turut meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada polis dan segera mendapatkan bantuan polis jika bertemu dengan golongan terbabit.
"Kita dapati ada beberapa anak muda yang membantu memujuk mereka balik ke depot tahanan dan kami ingin mengajak orang ramai menggunakan pendekatan yang sama. Tetapi kalau tidak yakin boleh dapatkan bantuan polis," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... h-tuju-berkaki-ayam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|