View: 1100|Reply: 6
|
5 Kesalahan Tak Boleh Dikompaun Semasa Musim Perayaan Tapi Perlu Selesai Di Mahkamah!
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengumumkan lima kesalahan lalu lintas yang tidak dibenarkan untuk dikompaun sempena musim perayaan kali ini, tetapi ia perlu diselesaikan di makhamah.
kredit foto: Daain
Petikan dari Vocket, lima kesalahan itu adalah memandu di lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memotong barisan, memandu melebihi had laju dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.
Selain itu, ada perintah larangan pemanduan kenderaan barangan akan dilakukan pada 30 April hingga 2 Mei, serta 7 dan 8 Mei.
Difahamkan, larangan ini bertujuan untuk mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran aliran trafik yang biasanya melibatkan kenderaan berat dan kenderaan ringan selain mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Di samping itu, seramai 2,200 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terlibat dalam Ops Hari Raya Aidilfitri dengan menggunakan teknik penyamaran sebagai penumpang bas ekspres dan pemantauan melalui stesen penguatkuasaan (EBS) di 14 lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Hari raya ni ape yg penting selain korg dpt duit epf tuh baik korg jaga-jaga diri dr disaman atau kompaun yeee. Elak juga scammers dimana2. |
|
|
|
|
|
|
|
Kena ada larangan kenderaan asing berada di atas lebuhraya pada masa tu jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
confirm ada yang akan guna lorong kecemasan
sepertinya kalau dapat potong 10 biji kereta
terasa lebih cepat sampai ke destinasi berbanding orang lain |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada insurans kenderaan pun kena ke mahkamah. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu2 ada jgk guna lorong kecemasan tu sbb nmpk ramai je guna
jem mcm siput
dh lh bwk manual ms tu
lps2 tu dh bijak sikit x buat dah
harapnya xde yg screenshot pi report plk pengakuan iols
|
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah peringatkan takut ada yang buat2 lupa. Bila dah terlampau sesak ramai mula buat peraturan sendiri. |
|
|
|
|
|
|
| |
|