CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6683|Reply: 109

[Tempatan] 2022: Pilihan utama parents. Lebih 75,000 mohon masuk MRSM, penempatan cuma ada 9,900

[Copy link]
Post time 21-4-2022 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Mara terima hampir 75,000 permohonan kemasukan ke MRSM tahun ini
| | 20 April 2022

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat Malaysia (Mara) menerima hampir 75,000 permohonan dari seluruh negara, untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun ini, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, jumlah itu adalah tinggi berbanding hanya 9,900 tempat yang mampu ditawarkan agensi itu, bagi pelajar yang memenuhi syarat dan kriteria pemilihan.

"Kita masih kekal kuota kemasukkan ke MRSM iaitu 60 peratus bagi (B40), 20 peratus (M40) 15 peratus (T20) dan lima peratus untuk bukan bumiputera,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas MRSM dan Majlis Berbuka Puasa MARA di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mahdzir berkata, kerajaan akan mengkaji keperluan untuk membuka lebih banyak MRSM di seluruh negara, bagi memenuhi permohonan yang tinggi saban tahun terutamanya pelajar daripada luar bandar.

Jelasnya ketika ini, MRSM Ranau di Sabah dan MRSM Bintulu di Sarawak dijangka siap akhir tahun ini, manakala lima lagi akan dibina di Ketereh dan Tanah Merah di Kelantan, Sik di Kedah, Lawas di Sarawak dan Dungun di Terengganu.

Terdahulu, Mahdzir turut melancarkan platform baharu 'MRSM Channel' iaitu medium pembelajaran dalam talian bagi pelajar mengikut video pengajaran daripada guru-guru pakar setiap subjek. - Bernama

sumber: sinarharian.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2022 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
MRSM ni makanan sedap. Facilities pun lagi banyak dari SMS.. ini apa yg adik aii cakap la..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 21-4-2022 02:31 AM
orkid_amani replied at 21-4-2022 01:34 AM
MRSM ni makanan sedap. Facilities pun lagi banyak dari SMS.. ini apa yg adik aii cakap la..


Iya betul. Pilih la MRSM berbanding SBP. Akak lehat pengurusan mereka bagus. Tu di negeri akak la. Soalan2 percubaan MRSM pun jauh berkualiti berbanding SBP. Pernah ada 1 tahun tu, soalan setara SPM SBP level PMR sajork (subjek akak). Akak pun heran tengok. Sengaja dipermudahkan sebab nak analisa kau meletop2 ke dek?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 21-4-2022 10:29 AM
Iya betul. Pilih la MRSM berbanding SBP. Akak lehat pengurusan mereka bagus. Tu di negeri akak la. ...

Berapa ramai yg duduk kerusi dewan parlimen dan yg mendukung amanah sebagai menteri dan timbalan menteri (teraju negara)adalah dari product mrsm?

Jika bilangan boleh dikira dgn jari..

Then dont waste your time.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 10:42 AM | Show all posts
stingeramdhan replied at 21-4-2022 10:33 AM
Berapa ramai yg duduk kerusi dewan parlimen dan yg mendukung amanah sebagai menteri dan timbalan m ...

setuju.... ekceli i nengok trend parents hantar anak mrsm ni sebabkan glamour je.. boleh show off anak i mrsm sini, situ.. bla..bla..
ok faham juga approcah pembelajaran lagi bagus dari sek biasa. but in the end anak ko jadi apa je? sama juga kan masuk local u, kerja biasa2 je pon..
aku tgk kawan aku dok merempana anak tak dapat masuk mrsm sebab xleh sambung legasi mak bpk produk mrsm.. dia sendiri pun takde higher post pun..kerja gomen level exec ja..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 10:47 AM | Show all posts
tak pernah mohon kecuali yg no 3 tu dpt offer dari kpm dapatla masuk sbpmasing2 ada keistimewaan Allah telalh aturkan utk mereka
i coudnt ask for more

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2022 10:50 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 21-4-2022 10:29 AM
Iya betul. Pilih la MRSM berbanding SBP. Akak lehat pengurusan mereka bagus. Tu di negeri akak la. ...

tapi kenapa ranking SPM, SBP premier yg mendahului. jarang nmpk mrsm masuk top10 kecuali mrsm TGB (yg dah pastinya semua top students mrsm kumpul kat sini)& taiping, yg lain didominasi SBP, STF, SSP, SAS, MCKK, SBPI Gombak
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 10:51 AM | Show all posts
kucingitam replied at 21-4-2022 10:42 AM
setuju.... ekceli i nengok trend parents hantar anak mrsm ni sebabkan glamour je.. boleh show off  ...

hihihi..betul sgt. sibuk nk anak masuk mrsm. mrsm especially yg hulu2 kg tu bkn grand sgt pon.... tak perform mana. ramai sgt bdk2 ex mrsm x menjadi kejadian...jadi pembuli ada la kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2022 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Adik aii SMS ja..dia dapst offer masa F4 p MRSM tapi parents aii cakap stay ja sampai habis. Adik aii cakap MRSM ada kouta utk student dia scholarship..sbb tu dia nak p MRSM..kalau SMS ni kena berebut JPA  & privet punya scholarship
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 11:34 AM | Show all posts
kentut ah 60% B40. berpuluh tahun mrsm sbp ni ramai anak2 org senang dapat. anak2 cikgu ntah bape ramai dapat masuk.

patut mrsm/sbp ni bagi untuk anak2 org susah, jauh dari akses sekolah menengah.

ini yg bolot ramai anak2 orang senang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingeramdhan at 21-4-2022 11:43 AM
rospinki replied at 21-4-2022 10:47 AM
tak pernah mohon kecuali yg no 3 tu dpt offer dari kpm dapatla masuk sbpmasing2 ada keistimewaan All ...


Bijak atau bodoh macam biskut sekalipun anak anak.....pertalian tetap ibu anak/ ayah anak kheunz? Sedangkheun suami ada talak?

Dimanakah kita letak syukur kita pada TUHAN akan anugerah dan keistimewaan  yg diberikheun pada kita dan pasangan kita sehingga dianugerahkheun bersama dgn anak anak yg bijak  tapi cerai tetaaaaaaap cerai jua pilihan kita?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 11:43 AM | Show all posts
Edited by BateriKOng at 21-4-2022 11:55 AM
kucingitam replied at 21-4-2022 10:42 AM
setuju.... ekceli i nengok trend parents hantar anak mrsm ni sebabkan glamour je.. boleh show off  ...



sbb trend nak glamour parents ni la peluang anak2 orang susah dinafikan.

mangkak2 budak manja ni dok asrama pastu tiap minggu kalau x parents datang dia nak balik.

baik kasi kat anak2 org susah duduk asrama.

org susah anak2 3-4 orang sekali sekolah, jarak ke sekolah 20-30km sebab sekolah menengah kat pekan-pekan, xde kat kg.

transport yg parents ada pulak x seberapa. moto buruk yg ada tu la nak guna cari makan dan nak hantar anak g sekolah.

geng2 kaya kete menjalar sibuk nak hantar anak masuk asrama sebab nak pemes leh upload kat fb.

mangkak kebulur perhatian
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 11:56 AM | Show all posts
cth terdekat produk mrsm x brp menjadi...yag terpaling tu... harapkan glamour jah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 11:57 AM | Show all posts
ada ramai yg m40 & b40 masuk mrsm termasuk anak my cousin. masa dia pi register anak dia, ada sorg budak ni datang dgn parents memang nampak susah sgt, masa nak register tak cukup cash rm100, kebetulan sebelah meja, so my cousin tolong bayarkan. ada juga yg dpt tajaan dari individu & kumpulan2 utk persediaan pi register.

memang ada anak2 T20, dan diorg ni la byk memberi saingan kepada anak2 b40 terutama dalam utk menguasai bahasa inggeris.

for me, quota yg dibuat tu fair ... susah sekolah nak bergerak kalau semuanya dari golongan b40 dan m40 sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 12:11 PM | Show all posts
juruterra replied at 21-4-2022 10:50 AM
tapi kenapa ranking SPM, SBP premier yg mendahului. jarang nmpk mrsm masuk top10 kecuali mrsm TGB  ...

Setuju.. beberapa tahun kebelakangan ni mmg SBP yg mendominasi top 5 SPM terbaik.. In fact result SPM yg keluar tahun ni, SMS Kota Tinggi dan SMS Hulu Selangor yg bukan SBP Premier rankingnya lagi tinggi dari first MRSM iaitu MRSM TGB.

Bagi saya kedua2nya ada pro & cons masing2..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang kuota lebih kan untuk B40 pada yang layak..tapi kalau B40 , upsr punya result below par of course sekolah amik pulak dari M40 or T20 with better results.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2022 12:47 PM | Show all posts
kesian anak2 T20 kalau results dia superb dihalang dari masuk MRSM atas sebab dia T20. lepas tu kena kecam makpak B40/M40 peasants.

habis tu kalau anak2 B40 results ke laut boleh masuk MRSM?

masuk based on performance atau quota?

nanti nak mohon scholarship/keja, kena guna quota tongkat jugak?

aku prefer style meritokrasi; sapa perform dia dapat.

apa sudah jadi dgn pepatah islam: MAN JADDA WA JADDA?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 12:52 PM | Show all posts
selain SBP dan MRSM, sekolah2 menengah high performance dan cluster tidak kurang hebatnya...sekolah ni ibarat mcm English Premier League, La Liga, Bundesliga, etc...setiap liga ada pro and cons nya kerana ianya terletak di negara2 berbeza...mcm liga super malaysia, pasukan JDT la juara kampung..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 12:54 PM | Show all posts
zacks replied at 21-4-2022 12:47 PM
kesian anak2 T20 kalau results dia superb dihalang dari masuk MRSM atas sebab dia T20. lepas tu kena ...



masuk mrsm pun end up masuk ipta gak. keje biasa2 gak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 12:57 PM | Show all posts
Tiket nak senang masuk U
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.076223 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list