View: 1652|Reply: 14
|
[Politik]
Dokumen Bocor: UMNO mahu penjelasan PAS jadi dalang mempercepatkan proses penjara Zahid & Najib
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 21-4-2022 02:48 PM
Dokumen 'PASleak': Pemimpin Umno tuntut penjelasan
Diterbitkan: Apr 20, 2022 12:19 PM
Pemimpin dan veteran Umno menuntut penjelasan daripada Perikatan Nasional (PN) berhubung dakwaan dalam dokumen 'bocor' yang mendakwa terdapat gerak kerja pemimpin PAS untuk percaturan politik, yang antaranya menyentuh idea campur tangan dalam bidang kehakiman.
Desakan itu dibuat setelah muncul dokumen yang didakwa sebagai minit mesyuarat yang merekodkan perbincangan mereka dengan pemimpin-pemimpin kanan Bersatu, serta bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad serta pemimpin Umno Hishammuddin Hussein.
Di pihak Bersatu, pertemuan didakwa dibuat dengan Menteri Kanan Azmin Ali dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.
Dokumen yang disebut sebagai “PASleak” itu antaranya menyebut tentang idea untuk mempercepatkan proses memenjarakan Presiden Umno Zahid Hamidi dan dan bekas perdana menteri Najib Razak.
Sementara itu Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, mengambil sikap tunggu dan lihat jika ada penafian dibuat mana-mana pihak berkaitan berhubung political engagement dikaitkan dengan pemimpin sebuah parti politik.
Jelas Ahmad Zahid, dia menyerahkan kepada rakyat dan ahli Umno untuk menilai sendiri selain berserah kepada Allah atas apa yang berlaku.
“Saya berserah hanya kepada Allah, dan tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya yang Maha Agung lagi Maha Kuasa,” katanya.
Ahmad Zahid turut berkongsi hantaran dibuat veteran Umno dan bekas ahli parlimen Johor Bahru, Shahrir Samad.
Sementara itu anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno Ahmad Shabery Cheek, berkata oleh kerana ia melibatkan kepimpinan parti yang bersama kerajaan, elok ada penafian segera sekiranya ia tak benar.
Veteran Umno yang juga bekas ahli parlimen Johor Bahru, Shahrir Samad, pula menimbulkan kebimbangan tergadap dakwaan komplot dalam kes mahkamah.
“Kalau betul, sudah berlaku kerosakan sistem judiciary dan kehakiman negara,” kata orang lama Umno Johor itu.
Katanya, jika benar wujud campur tangan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin seperti didakwa dalam laporan itu, maka sudah tentu wujud konspirasi dengan pihak lain yang berkaitan.
"Kalau betul, sudah berlaku kerosakan sistem judiciary dan kehakiman negara.
"Pendedahan laporan risikan politik PAS ini sudah lama berlaku. TSMY (Muhyiddin) ada dipetik inginkan perbicaraan disegerakan," tulis Ahmad Zahid dalam satu hantaran di Facebooknya.
Beberapa nama pemimpin Umno turut dikaitkan dengan minit mesyuarat yang tular itu.
Shahrir berkata, berdasarkan laporan itu sekurang-kurangnya Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob boleh bertanyakan perkara itu kepada peguam negara.
"Tak susah sebenarnya kalau nak cari kebenaran dalam hal ni," katanya lagi.
https://www.malaysiakini.com/news/618607
|
|
|
|
|
|
|
|
Kah kah..nak buat kerja jahat tapi siap berminit meeting bagai..
ni semua nak bagi persepsi la yg ponorogo dgn bussker teraniaya..
ni aku nk bgtau..lobai ni bodoh..bukan taraf2 otak diorg nak berkonspirasi bagai ni..
aku syak geng2 kluster mahkamah yg reka minit meting tu..sbb..jelas sgt lah..hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
"Tak susah sebenarnya kalau nak cari kebenaran dalam hal ni," katanya lagi.
klu dh gitu nape masih berkelentang kelentung kelepok kelempuk pom pom
|
|
|
|
|
|
|
|
Taktik lama la wak , sendiri buat, sendiri tular, sendiri report,
Nak raih simpati atau cari reason tendang PAS?
|
|
|
|
|
|
|
|
dah boleh standby pop corn ke belum.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pengunjung Padang Merbuk tersenyum sinis. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila nk ulang isu Amanat Haji Hadi dan ungkit perjuangan Hudud? |
|
|
|
|
|
|
|
h2o pon join sekaki nak humban sepupu ke penjara cepat2, mengidam nak jd piyem gak ke |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke kandungan minit tu? ke jd dalang untuk lambatkan masuk penjara? dah 4 tahun elok je jalan sana sini.. salah baca kot |
|
|
|
|
|
|
|
Lobai munafik sembahan cai @Skuau . Gigih nk rebut kuasa time2 bulan remdan lagi, mmg tamak haloba yah! |
|
|
|
|
|
|
|
xAthenax replied at 21-4-2022 08:32 PM
Pas kena game!
kalau pasni cemolot lagi sambil berhusnuzon. iols taktau nk kate ape dah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by harisbee at 22-4-2022 11:30 AM
cemolot sebab nak singkirkan PH je...UMNO mmg perangai keji gitu....bg PAS, PH lagi keji dr UMNO...so tak de pilihan...terpaksa panjangkan hayat UMNO. Dan PH begitu bongok x gunakan kesempatan yg ada utk membuka mata rakyat....kes altantuya pun x leh nak bukak...kunun x der cop imegresen...senyap gitu jer..memalukan betul....dok sebok memuja DAP..kes tanglong berduyun menteri dtg...perlu?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|