CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2301|Reply: 25

Dua Anak Kemurungan Selepas Kematian Bapa, Derita Janda Besarkan 9 Zuriat

[Copy link]
Post time 22-4-2022 01:36 PM | Show all posts |Read mode
REMBAU – Seorang ibu tunggal tabah menempuh kesukaran hidup dalam membesarkan sembilan anak berusia antara 10 hingga 25 tahun selepas pemergian suaminya, dua tahun lalu.


Siti Zauyah Zakariah, 48, berkata, dia juga menjaga dua anak buahnya berusia tiga dan tujuh tahun yang mempunyai masalah kesihatan akibat lahir tidak cukup bulan setelah kematian adik perempuan bongsunya, dua tahun lalu.


Menurutnya, selepas pemergian suami, Mohd. Helmi Ismail, yang ketika itu berusia 54 tahun akibat strok, dia terpaksa me­numpang di rumah kakaknya di Taman Kota Indah di sini.


Foto: Harian Metro




“Semasa suami sakit, saya pindah ke rumah keluarga suami di Pahang. Ketika tu, suami sudah tidak boleh bekerja, manakala saya pula hanya tukang pembersihan.


“Keadaan hidup yang sukar menyebabkan saya terpaksa menyerahkan dua anak kepada adik-beradik suaminya untuk dijaga,” katanya ketika ditemui di Taman Kota Indah di sini baru-baru ini.


Terdahulu, Siti Zauyah mene­rima bantuan daripada Pertubuhan Komuniti Amal Wanita Anak Negeri.


Siti Zauyah memberitahu, selepas suaminya tiada lagi, dia terpaksa memberhentikan anaknya belajar di Maktab Rendah Sains Mara kerana tidak mampu menampung kos serta menguruskan perjalanan pergi dan pulang anaknya ke sekolah berkenaan.


Ujarnya, walaupun keadaan sukar, anak pertama serta ketiga kini sedang belajar di universiti awam dengan salah seorangnya menerima biasiswa universiti, manakala seorang lagi mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.


“Anak kedua pula berkorban dalam pelajaran dengan bekerja.


“Anak keempat masih me­nuntut di matrikulasi dan dua lagi bersekolah di sekolah ber­asrama penuh di Selangor, manakala selebihnya bersekolah di sekolah harian,” ujarnya.


Menurutnya, dia sememang­nya tidak dapat bekerja kerana sibuk menguruskan anak-anak serta anak arwah adik yang mempunyai masalah kesihatan.


“Selepas kematian suami, dua anak saya yang rapat dengan ayah mereka mengalami kemurungan dan dirawat di Hospital Temerloh,” katanya.


Menurutnya, dia kini ­hanya bergantung hidup dengan ban­tuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM800 sebulan dan pencen Pertubuhan Kese­lamatan Sosial (Perkeso) arwah suami.


Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat untuk memberikan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menyalurkan ke akaun CIMB 7024-0372-59 atas nama Siti Zauyah Zakariah. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 01:38 PM | Show all posts
Bijak2 anak dia ni. semoga anak-anak membalas jasa mak dia nanti
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
nampak bersih wangi je walaupun macam2 bebanan digalas
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 22-4-2022 01:42 PM
nampak bersih wangi je walaupun macam2 bebanan digalas

Org rembau kbnykan nya pembersih sis..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 02:05 PM | Show all posts
Sistem kekeluargaan msia ni patut diperbetulkan...bila suami meninggal, datuk, bapa2 saudara bertanggungjawab menjaga kebajikan anak2 yatim, tapi si balu pulak yg terpaksa menanggung semuanya (dlm banyak kes).
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
anaknya yg di mrsm tu patut inform la pihak sekolah utk dapatkan zakat/dana sepatutnya. yg mcm ni la patut berada di hostel utk bljr, pandai+serba kekurangan kat rumah. takpe la dik, benda dah jadi, sek mana2 pun kalau kamu bijak insyaallah berjaya jugak. cuma perit la zaman skrg ni utk bdk2 miskin bljr.
moga akak ni dibeli kesihatan dan ketabahan berpanjangan utk menjaga anak2+anak sedaranya.
kan sng boh no acc sesiap gini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2022 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Pixie902 replied at 22-4-2022 02:05 PM
Sistem kekeluargaan msia ni patut diperbetulkan...bila suami meninggal, datuk, bapa2 saudara bertang ...

Sebab Emsia berorientasikan kapitalis yang berpaksi atas "habis madu sepah dibuang," atau sekurang-kurang memuja ideologi mereka seperti para selesman kondom kita.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
rezeki dtg dlm pelbagai cara, kurang duit dikurniakan anak bijak2, dlm hidup sendiri susah sanggup bela anak saudara, moga dipermudahkan semuanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Pixie902 replied at 22-4-2022 02:05 PM
Sistem kekeluargaan msia ni patut diperbetulkan...bila suami meninggal, datuk, bapa2 saudara bertang ...

Budaya malaysia ni.. suami pun … masa hidup kalau mak ayah adik beradik dia kutuk2 isteri terpaksa diam & menangkan. kalau backing kata nasi lemak buah bidara pulaksss

kalau suami mati. apetah lagi. kalau boleh segala inci duit suami dorang tknk bagi kita. been there done that , cuma pakkal hb i tak mati je, so that NOW i berjaya balas dendam it’s a long journey tho

contoh dah nampak dayah abam

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 22-4-2022 02:09 PM
anaknya yg di mrsm tu patut inform la pihak sekolah utk dapatkan zakat/dana sepatutnya. yg mcm ni la ...

i suka dpt no acc jgn bank in dulu. confirm laa  masa tgh viral ramai yg ngulur. nnt dah 4 bulan atau setahun kemudian.. mesti dorang sesak lagi. kan. …. jalan selamat , i bagi sikit je tapi tiap minggu / tiap bulan
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Perangai lelaki melayu yg mcm malaun segelintir tu...yg menyebabkan biarlah ibu yg membela..krg klu duk dgn datuk ke pakcik takut kn rogol pula klu anak2 kecil lg
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Pixie902 replied at 22-4-2022 02:05 PM
Sistem kekeluargaan msia ni patut diperbetulkan...bila suami meninggal, datuk, bapa2 saudara bertang ...

Ilmu ni x sampai kpd masyarakat melayu kita ni...yg sampai ilmu berebut harta aje
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 02:30 PM | Show all posts
bijak2 anak dia...semoga dipermudahkan hidup akak ni...Allah kurniakan anak2 bijak2, hasil dari dia menjaga dua org anak buah special. semoga anak2 jaga ibu bila besar dan kerja selesa nanti ye...
maybe waris2 lelaki belah husband pun susah2 kot...
cuma iols ralat juga anak kedua kerja utk bantu ibunya, tp maybe ada rezeki lain di luar sana in future...insyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 02:33 PM | Show all posts
tp kesian la 2 org anak dia murung sebab kehilangan bapa...semoga kembali sembuh....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 02:56 PM | Show all posts
Allahuakbar..kesiannye anak dia dekat mrsm sampai kena benti skola..whyyyy mrsm x nak bantu budak ni?kan matlamat mrsm utk b40
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 dia pandai2 sayang benti sekolah. Mohon laa bantu, budak2 ni ada potensi untuk maju dimasa depan.
Skrg sukar la sikit insya Allah sikit je lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Pixie902 replied at 22-4-2022 02:05 PM
Sistem kekeluargaan msia ni patut diperbetulkan...bila suami meninggal, datuk, bapa2 saudara bertang ...

Tu lah pasal...tp bila time harta pusaka masa tu lah semua teriak kami mau faraid, berdosa kalau tak ikut
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 22-4-2022 02:09 PM
anaknya yg di mrsm tu patut inform la pihak sekolah utk dapatkan zakat/dana sepatutnya. yg mcm ni la ...

Anak mungkin tak tau tp pihak srkolah pun patut tau lah apa nk buat..kesian anak2 dia..bijak2 tp sbb bapa meninggal jd mcm ni pulak. Harap pihak zakat bila dh baca berita ni, tlg masukkn anak dia balik ke mrsm.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin mrsm anaknya jauh la kot dr rumah.biaasa itu je sebabnya renyeh nak hantar nak balik.nak tukar mrsm pon bukan senang.kalo sebab kesihatan bolehla.kalo sbb jauh mmg x leh.nak tukar pon kena tukar mrsm sama jenis...nasib suami akak ni àda pencen perkeso
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pixie902 replied at 22-4-2022 02:05 PM
Sistem kekeluargaan msia ni patut diperbetulkan...bila suami meninggal, datuk, bapa2 saudara bertang ...

Patutnya ada la sistem yg lebih mudah n ostad2, ceramah2 kena selalu ckp pasal benda ni, tanamkan dlm fikiran masing2, ank balu ni yg bawah 18 sah2 tanggungan atuk , bapa saudara belah laki tu. Kalau duit waris laju mcm ali setan eh ali puteh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.070191 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list