CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3267|Reply: 41

Dua Anak Maut Sekaligus, Hanya Tinggal Bantal Busuk Dan Lampin- "Isteri Panggil Mia, Muhammad Dalam Tidur"

[Copy link]
Post time 22-4-2022 03:22 PM | Show all posts |Read mode
Tronoh: Hakikat kehilangan dua anak kesayangan terlalu berat untuk dilalui wanita ini apatah lagi anak bongsunya masih menyusu badan.


Mimi Doleng, 28, mengakui malam pertama tanpa anak membuatnya sukar melelapkan mata dan terkenangkan dua beradik itu.


Mimi adalah ibu kepada dua beradik termasuk bayi perempuan yang meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah kedai di Bandar Seri Iskandar, Bota, semalam.


Dalam kejadian pada 4.30 pagi itu, Muhammad Fahmi, 6, dan adiknya, Nur Fahmia berusia enam bulan terperangkap di bilik tidur mereka di tingkat dua premis berkenaan.




Foto: Harian Metro




Mimi berkata, dia sangat merindui dua anaknya dan meminta suami membawanya ke rumah kedai untuk mengambil barang anak sebagai pengubat rindu.


"Saya ajak suami ke sana untuk cari barang anak yang masih elok, kami cuba cari baju raya mereka tapi tak jumpa, kami dapat mengambil bantal busuk Muhammad dan lampin serta cekak kepala Mia, inilah pengubat rindu kami.


"Bantal ini memang bantal kesayangan Muhammad dan mesti ada kalau dia nak tidur. Tapi kami tak lama di situ, kira-kira 30 minit... rasa sebak berada di situ teringatkan mereka," katanya.


Mimi ditemui di rumah mentuanya di Taman Tasek Putra, Tronoh pada lawatan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah yang diketuai Timbalan Ketua Polisnya, Deputi Superintendan Mohd Uzir Ismail.





Lawatan itu sebagai tanda sokongan polis kepada keluarga mangsa dan mereka turut mengadakan tahlil ringkas buat arwah Muhammad Fahmi dan Nur Fahmia.


Menurut Mimi, dia reda dengan tragedi yang meragut nyawa kedua-dua anaknya, namun ia mengambil masa untuk menerima hakikat itu.


"Susah nak terima kerana anak pergi sekali gus, mereka saja anak kami dan sentiasa ada dengan kami setiap masa dan Mia juga masih menyusu lagi tetapi saya perlu menguatkan diri dan tabah," katanya mengalami bengkak susu sejak semalam.


Sementara, Mohd Fazlan Nizam Mohamed Hamidi, 37, berkata, dia juga terpaksa menguatkan diri untuk menjejakkan kaki ke tingkat atas premis kerana masih terngiang-ngiang suara anak sulung menjerit memanggilnya pada hari kejadian.


"Saya tiada kekuatan mahu naik tingkat atas tapi paksa diri juga kerana kasihan pada isteri yang mengajak ke sana untuk mengambil barang anak.


"Isteri juga masih bersedih dan beberapa kali memanggil nama Mia... Muhammad dalam tidurnya.


"Masih terbayang memori kami, tempat mereka bermain dan tidur, malah masih terdengar suara anak panggil abah tetapi kami perlu tabahkan diri namun kemeriahan suasana raya memang tiada," katanya sambil memberitahu anak sulungnya suka makan sate terutama pada Aidilfitri.


Katanya, semua pekerjanya juga tinggal sehelai sepinggang kerana bilik tidur mereka juga berada di tingkat atas dan mereka kini ditumpangkan di rumah pekerja sebuah lagi kedai makan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 03:39 PM | Show all posts
peritnya dugaan dkt2 nk raya ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa letak bawang di sini woi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak boleh bayangkan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 04:31 PM | Show all posts
Meninggal sorang anak pn boleh jadi gila apatah lagi 2 org sekaligus..aku doakn Allah memberi ketabahan pd pasangan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 04:34 PM | Show all posts
boleh jadi murung...hope dorg tabah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2022 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Terngiang-ngiang suara, mmg sesak dada Allah.. semoga kuat semangat kalian
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu..semoga Allah gantikan rahmat lain utk mereka..life is so fragile..ank2 hanyalah pinjaman..harap ada pihak2 berwajib yg akn bantu beri sokongan, semangat dan khidmat kaunseling kpd mereka..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah....Akak pun sedih baca berita ni kemarin tapi tak terkomen di threadnya saja...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Huwaaa kuatnya boleh ckp dgn wartawan etc. Kalau iols mmg kurung diri dlm bilik menangis meratap. Sedih sgt2
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya.. [em:9:]
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga suami isteri ni tabah. dua skaligus pergi. yg kecik tu lg la masih menyusu. kuat depa p jejak tmpt tu, kalau iols dgr pun nama tmpt pun lembek
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Terngiang2 suara jerit tu mmg perit kalau ingat.. kesian parents ni.. mesti trauma sepanjang hayat. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengalir jugak air mata...Moga Allah bagi kekuatan buat kedua ibu bapa dan keluarga...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bedahmenjuyah at 23-4-2022 05:57 AM

Allahu sedih baca. Kehilangan anak sgt perit. Moga Allah merahmati pasangan ini atas kesabaran dlm menghadapi dugaan yg berat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dahla nak raya lagi berapa hari je

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Inna lillahi waiina ilaihi rojiun
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 11:57 PM | Show all posts
So tragic  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.095014 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list