CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 0

[Pulau Pinang] 70 bubu naga dirampas di perairan Sungai Udang

[Copy link]
Post time 24-4-2022 12:42 PM | Show all posts |Read mode
70 bubu naga dirampas di perairan Sungai Udang
| | 24 April 2022



Maritim Pulau Pinang merampas 70 set bubu naga bernilai RM8,400 di lima lokasi berbeza di barat laut perairan Sungai Udang pada Sabtu. - Gambar hiasan


GEORGETOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang merampas 70 set bubu naga bernilai RM8,400 di lima lokasi berbeza di barat laut perairan Sungai Udang dekat sini pada Sabtu.


Pengarahnya, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, semua bubu naga itu dirampas di kedudukan 1.6 hingga 2.2 batu nautika barat laut perairan Sungai Udang bermula jam 2.20 petang hingga 3 petang dalam Op Pertiwi/Benteng Laut.


"Pemantauan berterusan yang dilakukan oleh pasukan operasi Maritim Pulau Pinang petang semalam telah mengesan beberapa pelampung yang mencurigakan di lima lokasi sebelum pemeriksaan menemui 70 set bubu naga yang dipasang oleh individu tidak bertanggungjawab.


"Ini adalah rampasan kedua dalam tempoh terdekat yang pihak kami telah merampas 28 set bubu naga di perairan Batu Kawan malam Khamis," katanya dalam kenyataan pada Ahad.


Katanya, penggunaan bubu naga diharamkan kerana sifatnya yang tidak selektif dan boleh merosakkan ekosistem perairan serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan lain.


Beliau berkata, pemilik bubu naga boleh didakwa mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 dan nelayan diingatkan supaya mematuhi undang-undang serta tidak melanggar syarat lesen perikanan yang telah diperuntukkan. - Bernama




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... rairan-Sungai-Udang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.042441 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list