CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 395|Reply: 0

[Dunia] Malaysia kaji sistem pesanan kewangan Rusia

[Copy link]
Post time 25-4-2022 09:44 AM | Show all posts |Read mode
Malaysia kaji sistem pesanan kewangan Rusia




INSTITUSI kewangan Malaysia sedang mengkaji sistem pemesejan kewangan Rusia dengan terperinci dan bersedia menyertai jika memenuhi beberapa kriteria, kata Duta  Malaysia ke Moscow Bala Chandran Tharman.
Beliau berkata selain Malaysia, setiap negara rakan kongsi lain yang menjalankan perniagaan dengan Rusia juga sedang mempertimbangan perkara yang sama.

“Semua sedang meneroka peluang untuk meneruskan perniagaan dengan lebih besar,” kata Chandran sambil menyatakan keyakinan bahawa jika sistem itu dapat membantu memberi penyelesaian komersial yang baik, institusi asing pasti akan menyertainya.
Bala Chandran berkata pada masa yang sama, sektor swasta Rusia semakin berminat dalam industri Malaysia.

“Bidang utama minat mereka ialah penjagaan kesihatan dan peralatan perubatan, khususnya pergigian, serta eksport pertanian, khususnya minyak sawit.

“Syarikat Malaysia lebih kerap dijemput ke Rusia untuk membentangkan produk mereka, dan mereka kini sedang mencari peluang dalam pasaran Rusia,” tambah duta itu.

Memandangkan Malaysia kini sedang mempromosi gentian berkualiti tinggi baharu, kenaf, Malaysia boleh menyumbang dengan ketara kepada import pertanian Rusia dan menyokong sektor pembuatan dan ekonomi Rusia dengan membekalkan bahan itu.

“Pembekalan kenaf sedang dibincangkan oleh suruhanjaya kerjasama ekonomi dua hala serta di peringkat kerajaan,” katanya sambil menyatakan kenaf digunakan secara meluas dalam industri perkapalan untuk pembungkusan.

Satu mesyuarat suruhanjaya Rusia-Malaysia mengenai kerjasama ekonomi, saintifik, teknikal dan kebudayaan mungkin akan diadakan pada suku kedua tahun ini.

— BERNAMA

#MajalahForexMalaysia


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.050254 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list