View: 405|Reply: 0
|
Tewas 0-7, tapi banyak elemen positif diserlahkan - Arul
[Copy link]
|
|
ARUL (dua dari kanan) memberikan kata-kata semangat kepada pemain hoki negara. FOTO ihsan KONFEDERASI HOKI MALAYSIA
Kuala Lumpur: Kekalahan 0-7 kepada Australia pada perlawanan ujian antarabangsa kedua di Stadium Hoki Perth, semalam, nyata bukan sesuatu dimahukan pengendali skuad hoki lelaki negara, Arul Selvaraj.
Justeru, Arul menegaskan anak buahnya perlu bangkit semula pada perlawanan ketiga, esok selepas mendapat rehat sehari yang dimanfaatkan sepenuhnya untuk proses pemulihan.
"Saya amat berharap mereka dapat beraksi dengan lebih tersusun pada perlawanan ketiga nanti selepas mendapat rehat 24 jam.
"Walaupun kami tewas 0-7, terdapat beberapa perkembangan positif yang dipamerkan skuad negara dan Australia yang memperoleh 17 pukulan sudut penalti hanya menjaringkan tiga gol sahaja.
"Muhammad Marhan Mohd Jalil adalah pelari pertama yang berjaya menahan lebih banyak bola dan penjaga gol negara, Muhammad Hafizuddin Othman turut menyelamatkan keadaan.
"Minit terakhir perlawanan, Hafizuddin Othman terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan Adrian Andy Albert yang turut beraksi dengan baik.
"Kekalahan perlawanan kedua ini lebih kepada kekuatan fizikal serta kelajuan minda. Umum mengetahui Australia adalah pasukan memiliki kelajuan minda terpantas di dunia," katanya.
Pada perlawanan semalam, Jack Welch dan Blake Govers masing-masing menjaringkan dua gol manakala Nathan Ephraum, Joshua Simmonds dan Jacob Anderson melengkapkan kemenangan bergaya Australia.
Skuad negara yang tewas 0-3 pada perlawanan pertama, akan sekali lagi bertemu Australia, esok.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... if-diserlahkan-arul |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|