CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 329|Reply: 0

[Pulau Pinang] 2 ditahan kes lelaki dirantai kaki jatuh kondo

[Copy link]
Post time 26-4-2022 04:11 PM | Show all posts |Read mode

Laporan dalam BH Online.

GEORGETOWN: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan terhadap kematian lelaki warga Indonesia yang terjatuh dari tingkat lapan dalam keadaan kaki kirinya dirantai pada kerusi di Apartmen Eastern Court, Jelutong, di sini, Sabtu lalu.

Kedua-dua suspek yang juga warga tempatan itu ditahan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di dua lokasi berasingan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, suspek pertama ditahan di sebuah hotel di Jalan Penang, di sini, pada jam 12.10 tengah malam tadi.

"Penahanan suspek kedua pula dilakukan di sebuah rumah di Jalan Lintang Air Itam, di sini, pada jam 1.30 pagi hari yang sama.

"Kedua-dua suspek yang berusia 45 dan 52 tahun itu direman selama empat hari sehingga 29 April bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut Soffian berkata, hasil bedah siasat terhadap mangsa pada Isnin lalu di Hospital Pulau Pinang (HPP) mendapati tidak ada sebarang tanda pergelutan pada badan.

Katanya, kematian mangsa yang berusia 33 tahun itu disahkan berpunca akibat kecederaan kepala dan pelvis kerana terjatuh dari tempat tinggi selain positif COVID-19.

"Berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan, polis mengklasifikasikan semula kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

" Ia berikutan terdapat beberapa perkara yang mencurigakan dalam insiden itu khususnya penggunaan rantai besi pada kaki mangsa.

"Selain itu, tindakan rakan serumah mangsa yang melarikan diri sejurus kejadian juga turut menjadi tanda tanya," katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan mengenai mayat lelaki warganegara Indonesia berkenaan yang ditemukan di kawasan parkir apartmen itu pada jam 5.40 petang.

Mayat mangsa turut mempunyai kesan darah akibat kecederaan di kepala.

Mangsa dan rakannya sebelum itu menyewa unit rumah di apartmen berkenaan yang dijadikan inap desa sejak 13 April lalu.
https://www.bharian.com.my/berit ... ai-kaki-jatuh-kondo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.764419 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list