CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1989|Reply: 26

[Politik] Zahid Hamidi saman 'Atok'

[Copy link]
Post time 28-4-2022 09:50 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memfailkan satu lagi saman fitnah – kali ini terhadap Dr Mahathir Mohamad kerana mendakwa beliau meminta bantuan bekas perdana menteri itu untuk menggugurkan tuduhan rasuah terhadapnya.

Zahid mempertikaikan dakwaan bahawa beliau pergi ke rumah Mahathir bersama dua atau tiga individu lain sejurus selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Mahathir, yang juga pengerusi Pejuang, membuat kenyataan itu pada majlis parti di Yayasan Perdana, Putrajaya pada 23 Feb, dengan rakaman videonya disiarkan di beberapa portal berita.

Zahid mendakwa kata-kata Mahathir itu adalah tidak benar, tidak wajar, tidak berasas dan berniat jahat.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut mendakwa kata-kata tersebut bermakna beliau menggunakan jalan pintas bagi menyelesaikan kes jenayahnya untuk kepentingan peribadi.

Beliau berkata, kata-kata menerusi sindiran itu bermakna beliau mempunyai imej yang buruk dan tidak menghormati pihak berkuasa atau sistem keadilan.

Selanjutnya katanya, ia membawa maksud bahawa sebagai ahli Parlimen dan pemimpin Umno paling kanan, beliau tidak boleh dipercayai dalam tindakan mahupun keputusannya.

Selain itu, ia juga bermaksud beliau mahu menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi perdana menteri ketika itu agar campur tangan dalam siasatan, katanya.

Zahid berkata, beliau tidak pernah berjumpa Mahathir untuk meminta bantuan menyelesaikan kesnya.

Mahathir menjadi perdana menteri buat kali kedua dari Mei 2018 hingga Februari 2020.

Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini minggu lepas melalui firma Tetuan Shahrul Hamidi dan Haziq, Zahid memohon injunksi untuk menghalang Mahathir daripada mengulangi dakwaannya selain menuntut ganti rugi teruk, am dan teladan.

Bulan lepas, beliau memfailkan saman serupa terhadap seorang lagi bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin, yang dikatakan membuat dakwaan serupa semasa kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Semua perbicaraan membabitkan Zahid sedang berjalan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/04/27/zahid-saman-dr-m-atas-dakwaan-minta-bantuan-gugur-tuduhan-rasuah/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 10:41 AM | Show all posts
siapa la nak percaya ko wak jahid penyangak tersohor... kemain salam siap tunduk2, ms ko kata atok a/l kutty bagai kemain....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 12:41 PM | Show all posts
kesian tengok wak jahit desperado ni. dia sendiri yang lidah biawak ada hati nak saman orang.
yang paling melalut dengan selamba dia kata adapernah  bertemu dengan pak arab yang bagi derma 2.6 bil kat najib..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
File bertimbun tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 02:13 PM | Show all posts
Orix replied at 28-4-2022 10:41 AM
siapa la nak percaya ko wak jahid penyangak tersohor... kemain salam siap tunduk2, ms ko kata atok a ...


percaya ataupun tidak......biarlah mahkamah yang menentukan



Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 02:20 PM | Show all posts
madey bila da masuk court mula la buat2 x ingat, x tau, apa nama apa nama.....
macam time kena panggil pasal port klang dengan lawyer correct correct dulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2022 02:28 PM | Show all posts
s@s@ replied at 28-4-2022 02:20 PM
madey bila da masuk court mula la buat2 x ingat, x tau, apa nama apa nama.....
macam time kena pangg ...

logik la kalau tak igt.... umur dia dh berapa... drpd jibun msuk court tak tahu... tak tahu... tak tahu... semua benda tak tahu dalam court... tapi bila dekat fb semua benda dia tahu !
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 02:43 PM | Show all posts
Orix replied at 28-4-2022 02:28 PM
logik la kalau tak igt.... umur dia dh berapa... drpd jibun msuk court tak tahu... tak tahu... tak ...

hakim sendiri pun x tau dia pun terlibat dgn 1mdb.... tunggu 1-1 benda terdedah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 03:11 PM | Show all posts
s@s@ replied at 28-4-2022 02:43 PM
hakim sendiri pun x tau dia pun terlibat dgn 1mdb.... tunggu 1-1 benda terdedah

SPRM sebelum ini mengesahkan telah membuka kertas siasatan terhadap Nazlan selepas menerima laporan yang dibuat oleh Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) pada 11 Mac.
PSUAM membuat laporan itu berdasarkan dakwaan bekas pegawai bank Goldman Sachs Tim, Leissner di mahkamah AS.
Menurut kumpulan itu keterangan Leissner mengaitkan Hakim Nazlan dengan perjanjian 1MDB yang melibatkan Tanjung Energy Holdings Sdn Bhd pada 2012.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 03:33 PM | Show all posts
rashiman replied at 28-4-2022 03:11 PM
SPRM sebelum ini mengesahkan telah membuka kertas siasatan terhadap Nazlan selepas menerima laporan ...

lepas tu geng2 hakim do sibuk back up sesama sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 03:45 PM | Show all posts
rashiman replied at 28-4-2022 02:13 PM
percaya ataupun tidak......biarlah mahkamah yang menentukan

kalu dah taknak caya.
2 (dua) mahkamah tentukan bersalah pon masih tak caya.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 04:25 PM | Show all posts
bangcak replied at 28-4-2022 03:45 PM
kalu dah taknak caya.
2 (dua) mahkamah tentukan bersalah pon masih tak caya.

....yg menentukan bersalah oleh mahkamah, katanya ada kaitan pulak dengan 1MDB. biarlah SPRM siasat dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
harap madey ada pasang cctv
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 04:50 PM | Show all posts
rashiman replied at 28-4-2022 04:25 PM
....yg menentukan bersalah oleh mahkamah, katanya ada kaitan pulak dengan 1MDB. biarlah SPRM siasa ...

so, "biar mahkamah tentukan" tu valid ke tidak??
tadi kata biar mahkamah tentukan.

bila ada kes 2 (dua) mahkamah dah jatuhkan hukum BERSALAH

tetiba uol konar kot 1mdb la, sprm la...
lawak... lawak...

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 04:53 PM | Show all posts
bangcak replied at 28-4-2022 04:50 PM
so, "biar mahkamah tentukan" tu valid ke tidak??
tadi kata biar mahkamah tentukan.




tunggu aje 1 (satu ) lagi keputusan mahkamah bagi menentukan keputusan yg dibuat oleh 2 (dua) makhamah yang dah jatuhkan hukum BERSALAH
sama ada nak mengekalkan bersalah ataupun tidak.

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 28-4-2022 02:13 PM
percaya ataupun tidak......biarlah mahkamah yang menentukan

Mahkamah dh buat keputusan pun, ko plk hntr sprm siasat hakim, yg tukang siasat plk ada kes saham tp ckp org lain jaki dgn dia  penyudah kes terus sendu.....gila tak gila politaik msia nih.....kt india tamil nadu punya politi pun x segila ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 06:20 PM | Show all posts
Makin muak dengan politik ditahanair ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 28-4-2022 06:17 PM
Mahkamah dh buat keputusan pun, ko plk hntr sprm siasat hakim, yg tukang siasat plk ada kes saham  ...

Dah ada aduan, mahkamah US pun ada menyebut, takkan SPRM nak berdiam diri pulak, nanti rakyat marah, kata makan gaji buta dll..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyampah lah fundek2 ni semua
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 06:45 PM | Show all posts
rashiman replied at 28-4-2022 06:22 PM
Dah ada aduan, mahkamah US pun ada menyebut, takkan SPRM nak berdiam diri pulak, nanti rakyat mara ...

Tak payah nak tunggu mahkamah kat US

Isu ni dah berzaman sebelum mahkamah US pon orang dah tau , public knowledge yang dia adalah salah sorang peguam untuk Maybank

Yang paling best - dia dituduh ambil rasuah , pastu deposit duit rasuah dalam akaun sundri kat bank tempat dia keje

Jalan cerita macam filem tamil - perasuah yang overkonfiden

Isu yang dipersoal sekarang - tak kan SPRM tak ada saringan untuk report remeh temeh ... tuduhan tu dari Raja Petra yang tak ada kredibili & bukti pon tadak

Si pembuat report buat demikian berdasarkan penulisan Raja Petra

Semua ni keje macai2 totok party asobiyyah & pentaksub tegar Pok Jib(yg kalah rayuan tu) yang ambil arahan terdesak dari dewa murugan depa

Aku baca ni , tergelak habis tapi ada jugak betul dia :



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.080770 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list