CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 373|Reply: 0

Dhabitah tak pandang mudah cabaran Sukan SEA

[Copy link]
Post time 28-4-2022 10:53 AM | Show all posts |Read mode

Gambar fail - Atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri. - Foto NSTP/Owee Ah Chun.

KUALA LUMPUR: Dua penampilan di Sukan Olimpik sama sekali tidak menjadi alasan buat penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri memandang mudah penyertaannya pada temasya Sukan SEA Vietnam, bulan depan.

Atlet berusia 22 tahun yang pernah beraksi di Olimpik Rio 2016 dan Tokyo 2020 itu berkata, setiap temasya mempunyai cabaran tersendiri dan baginya, dia akan mengambil serius dalam apa pun penyertaan tidak kira di peringkat rendah mahupun tertinggi.

"Semua kejohanan perlu diambil secara serius kerana setiap kejohanan mempunyai persekitaran tersendiri dan perasaan itu pun berbeza. Semua kejohanan itu saya ambil secara sama, saya akan buat sama seperti dilakukan sebelum ini," kata Nur Dhabitah yang dipilih menjadi pembawa Jalur Gemilang pada edisi ke-31 di Hanoi nanti.

Sukan terjun dijadual menawarkan lapan pingat emas dengan kilauan emas pertama temasya bakal diterjemahkan pada 8 Mei ini di Pusat Akuatik My Dinh, Hanoi, empat hari sebelum temasya membuka tirainya secara rasmi.

Malaysia adalah 'kuasa besar' dalam sukan terjun dan daripada empat rekod penyertaan di temasya dwi tahunan itu, skuad terjun memegang gelaran juara bertahan keseluruhan.

Di Myanmar 2013, skuad terjun meraih lapan emas, tiga perak dan satu gangsa sebelum mempertahankan gelaran juara keseluruhan di Singapura 2015 dengan lapan emas dan tiga perak.

Ketika Malaysia menjadi tuan rumah temasya pada 2017, skuad terjun meraih 12 emas, empat perak dan satu gangsa sebelum mengekalkan status juara keseluruhan di Filipina 2019 dengan empat emas dan dua perak.

"Saya cuba untuk tidak mengambilnya sebagai tekanan (meraih emas) kerana sasaran saya adalah untuk membuktikan (kemampuan) diri saya sendiri dan meningkatkan (prestasi) diri sendiri. Satu-satunya sasaran saya adalah untuk membuktikan diri saya yang saya mahu menjadi lebih baik daripada sebelum ini.

"Saya rasa kerana acara kami bermula awal (jangkaan emas pertama). Disebabkan itu, ramai yang jangka emas pertama daripada sukan terjun dan InsyaAllah emas pertama akan hadir dari sukan terjun namun acara apa itu, saya tak pasti.

"Saya cuba untuk tidak memberi tekanan kepada diri sendiri tetapi semua orang dalam pasukan ini, boleh memenangi emas. Saya akan sentiasa menyokong pasukan ini dan mengharapkan emas pertama untuk Malaysia.

"(Persaingan) Kita bersaing dengan Singapura tetapi di Sukan SEA, ia memang satu persaingan dengan diri sendiri, untuk melawan rasa gemuruh, keyakinan diri dan itulah saingan terbesar," kata Nur Dhabitah yang dijadual menyertai acara 1 meter (m) papan anjal individu dan 10m platform seirama bersama Datuk Pandelela Rinong Pamg.
https://www.bharian.com.my/sukan ... h-cabaran-sukan-sea

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.060890 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list