CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 802|Reply: 1

[Tempatan] Dr. Irma Izzati Abd Malek beri nasihat peristiwa Bayi Maut Gara gara Pengasuh Tiarapkan Supaya Tidur Lena

[Copy link]
Post time 28-4-2022 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 28-4-2022 01:36 PM

https://vt.tiktok.com/ZSdy3DFP8/

Sebagai ibu bapa, sudah pasti kita mahukan yang terbaik untuk anak kita, tidak kiralah anak yang pertama mahupun yang kesepuluh sekali pun, jika namanya ‘anak’, tentu keselamatannya menjadi keutamaan para ibu bapa.

Pun begitu, buat mereka yang bekerja sudah pasti perlu mencari pengasuh untuk menjaga anak mereka.

Menjadi pengasuh bukan satu perkara mudah, banyak yang perlu dipelajari agar tidak berlaku sebarang perkara buruk yang tidak diingini seperti tersedak susu, terjatuh dan lemas.

Sama juga dengan sebuah kisah yang dikongsikan oleh Dr. Irma Izzati Abd Malek ini dimana dia menceritakan sebuah tragedi hitam yang berlaku kepada pesakitnya mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikToknya @drirmaizzati, difahamkan kenalannya itu perlu menghantar anak ketiganya yang berusia 3 bulan kepada pengasuh kerana perlu bekerja susulan dia bekerja sebagai seorang guru.

“Lepas hari ketiga dia hantar, tiba-tiba dia dapat call daripada pusat asuhan tersebut kata anaknya tak bernyawa.. dah meninggal.. sebab apa, pengasuh bagi susu dan meniarapkan budak tersebut konon nak bagi tidur lena lah..”

Lepas berapa minit, tengok-tengok budak tu dah tak bernyawa.. pengajaran dekat sini, apa je konten, apa je nasihat yang kita bagitahu pasal jangan meniarapkan budak.. jangan mengiringkan budak.. terlentang adalah the best position untuk babies.. jangan guna walker.. bukan saja-saja..”

“Bukan kata kita tak faham kesusahan parents.. it’s all about safety.. benda ni walaupun you dah lama jadi pengasuh ataupun dah banyak anak.. it can happen to everyone walaupun you dah ada 6 anak.. ia boleh jadi pada anak ke 6, walaupun you dah 10 tahun buka pusat asuhan, dia boleh terjadi dekat pusat asuhan tu in seconds” terangnya lagi

Difahamkan kini isu tersebut sudah pun dalam siasatan pihak polis dan dia juga turut mendoakan agar urusan kenalannya itu dipermudahkan.

Sumber tiktok Dr. Irma Izzati Abd Malek

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr ni dah takde pesakit ke? Asik la nk mencapub isu semasa dgn tiktok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.217110 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list