Edited by FOTHER-MUCKER at 28-4-2022 09:27 AM
Denmark sewa sel penjara di Kosovo
[size=14.399999618530273px]AFP
PRISTINA. FOTO fail Reuters
Copenhagen: Kerajaan Denmark, pada Rabu, menandatangani perjanjian dengan Pristina untuk menghantar 300 banduan ke Kosovo bagi mengurangkan kesesakan di penjara negara itu.
Dua negara sebelum ini bersetuju pada Disember lalu untuk negara Scandinavia itu menyewa 300 sel penjara dengan bayaran tahunan sebanyak 15 juta euro (kira-kira RM68.8 juta).
"Kami sudah menandatangani perjanjian yang akan memastikan kapasiti yang lebih baik di penjara kami yang sesak.
"Ini juga akan mengurangkan tekanan ke atas pegawai penjara kami," kata Menteri Kehakiman Nick Haekkerup dalam satu kenyataan.
Banduan akan dihantar ke penjara di bandar Gjilan yang terletak kira-kira 50 kilometer dari ibu negara Pristina mulai awal 2023.
Banduan asing pula akan dihantar pulang selepas menjalani hukuman.
Disiarkan pada: April 28, 2022 @ 3:44am https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2022/04/836868/denmark-sewa-sel-penjara-di-kosovo
|