CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 641|Reply: 0

[Dunia] Bapa saudara Raja Jordan dipenjara 18 tahun

[Copy link]
Post time 29-4-2022 01:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 28-4-2022 09:42 AM

Bapa saudara Raja Jordan dipenjara 18 tahun



WALID al-Kurdi. FOTO Twitter



Amman: Mahkamah Jordan, pada Rabu, menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun kepada bapa saudara Raja Jordan, Raja Abdullah 11 atas kesalahan rasuah, menurut pegawai kehakiman.

Walid al-Kurdi sebelum ini sudah dijatuhkan hukuman penjara lebih 37 tahun pada 2013, kerana penyalahgunaan kuasa.

Prosiding dijalankan tanpa kehadiran tertuduh kerana lelaki itu sudah melarikan diri dari Jordan.

Walid adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Jordan Phosphate Mines Co yang juga pembekal utama dunia.

Dia dibicarakan dalam kes terbaru kerana salah guna kuasa dan rasuah ketika dia berkhidmat dengan syarikat itu.

Sebagai tambahan kepada hukuman penjara baharu, mahkamah mendendanya sebanyak190 juta dinar (kira-kira RM1.1 bilion), kata pegawai kehakiman itu.

Kesalahannya sebelum ini berkaitan dengan 'urus niaga jualan dan penghantaran', kata seorang pegawai kehakiman.
Mahkamah juga membekukan asetnya pada 2013.


https://www.hmetro.com.my/global/asia/2022/04/836862/bapa-saudara-raja-jordan-dipenjara-18-tahun

Disiarkan pada: April 28, 2022 @ 3:23am





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.353213 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list