CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 534|Reply: 1

[Dunia] Biarawati insan tertua

[Copy link]
Post time 29-4-2022 01:45 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 28-4-2022 09:47 AM

Biarawati insan tertua[size=14.399999618530273px]




RANDON dilahirkan pada 1904 di selatan Perancis.



Paris: Biarawati dari Perancis, Lucile Randon, dipercayai kini menjadi individu tertua di dunia, pada usia 118.

Dia yang dikenali dengan panggilan Sister Andre akan mengatasi rekod orang tertua yang pernah direkodkan sebelum ini.

"Ada orang berkata kerja akan membawa mudarat kepada seseorang, namun tidak bagi saya.

"Saya juga masih terus bekerja sehingga usia mencecah 108 tahun," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat tinggalnya di bandar Toulon.

Walaupun dia kini buta dan bergerak menggunakan kerusi roda, namun wanita itu pernah menjaga orang tua lain yang jauh lebih muda daripada dirinya.

Orang ramai harus saling membantu dan menyayangi antara satu sama lain dan bukannya membenci.
Jika kita berkongsi semua itu, keadaan akan menjadi lebih baik, katanya.

Rakannnya, Therese yang berusia hampir 89 tahun akan membantu menolak kerusi rodanya pada setiap pagi.

Dia berkata, Randon mempunyai misi untuk terus membantu orang lain dan takdir itu memberi dia semangat untuk terus hidup.

Randon sudah dinobatkan sebagai penduduk Eropah tertua sebelum kematian Kane Tanaka dari Jepun berusia 119 tahun iaitu orang yang paling lama hidup di dunia.

Datuk Bandar Toulon, Hubert Falco berkata, Randon adalah kebanggaan dan perlu menjadi contoh di seluruh dunia.

Dilahirkan pada 1904 di Ales, selatan Perancis, Randon akan memenuhi harinya dengan doa, makan dan menerima lawatan daripada penduduk lain dan pekerja pusat penjagaan.

Dia turut menerima surat tanpa henti, dan hampir semuanya akan dibalas.
Tahun lalu, Randon dijangkiti Covid-19 dan sembuh menjadikan wanita itu sebagai simbol harapan kepada masyarakat dunia.



Disiarkan pada: April 27, 2022 @ 11:45pm




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2022 02:51 AM | Show all posts
Ini juga sudah tua.....


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.060145 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list