View: 859|Reply: 3
|
[Tempatan]
Tarik balik iklan 'Pakej Taubat RM20'
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah meminta pemilik akaun Facebook yang memuat naik poster pakej taubat dengan bayaran RM20 supaya menarik balik poster berkenaan, kata Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.
Beliau berkata pihaknya telah menghubungi pemilik akaun media sosial itu dan individu terbabit mengakui kesilapannya itu.
“JAIS telah menyiasat perkara ini dan mendapati pemilik akaun Facebook itu telah memuat naik poster tersebut pada 26 Jun 2021. Pemilik akaun Facebook itu telah dihubungi oleh JAIS dan mengakui kesilapan serta telah diminta untuk menarik balik poster kempen wakaf al-Quran tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Shahzihan berkata ini kerana perkara tersebut adalah sesuatu yang mengelirukan dan memberi gambaran bahawa mana-mana orang Islam yang hendak bertaubat boleh membayar RM20 kepada mana-mana orang atau pihak, sedangkan perkara ini bercanggah dengan cara bertaubat yang dianjurkan oleh syarak.
“Taubat adalah perbuatan hamba kepada Allah SWT memohon keampunan akibat perbuatan dosa yang dilakukan. Sifat Allah SWT yang Maha Pengampun tidak memerlukan orang tengah atau perantara atau nilai wang tertentu bagi taubat diterima,” katanya.
Justeru, beliau berkata JAIS juga mengingatkan kepada umat Islam, khususnya di Selangor agar berhati-hati memberi ungkapan-ungkapan dan penataan bahasa mengenai prinsip-prinsip agama.
Beliau berkata di Selangor, perbuatan atau dakwaan seumpama itu adalah satu kesalahan yang boleh disiasat mengikut Seksyen 8, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No.9 Tahun 1995 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
https://malaysiagazette.com/2022/04/28/jais-minta-pemilik-akaun-facebook-pakej-taubat-rm20-tarik-balik-iklan/
|
|
|
|
|
|
|
|
tang alip sokri menteri sagun merafak sembah ajak dtg opis berbincang.
tang iklan tobat rm20 bleh plak arahkan buang iklan.
...magic
|
|
|
|
|
|
|
|
bangcak replied at 29-4-2022 09:24 AM
tang alip sokri menteri sagun merafak sembah ajak dtg opis berbincang.
tang iklan tobat rm20 bleh p ...
Ummah lgbt makin berani sejak lobai pas naik jadi muntri...
|
|
|
|
|
|
|
|
islam terancam kalu puak selain lebai je memerintah.
turn lebai memerintah,
lgbt keluar drama, buat lagu raya, tukar2 jenama arak timah,
sujud syukur dlm kuil gudwara bawah lebai semua tak mengancam islam.
...tolong calling penyokong lebai.
nak dengar alasan dalil terbaru bleh?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|