CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 754|Reply: 2

Tak Sempat Raya, Lelaki Meninggal Dalam Bas Ketika Balik Kampung

[Copy link]
Post time 29-4-2022 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Niat menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung tahun ini tidak kesampaian, apabila seorang lelaki meninggal dunia di dalam bas di susur keluar Dumpil, Madiun.


Banuri, 55, menaiki bas Antar Lintas Sumatera dari Riau ke wilayah Pasuruan, Rabu lalu.


Ketua Polis Madiun, Suwandono berkata, mangsa tidak mengadu sebarang kesakitan semasa bas tersebut melakukan perjalanan dari Riau ke Sragen.








Katanya, lelaki itu sempat menukar bas di daerah Kebakkramat, Sragen sebelum meneruskan perjalanan pulang ke kampung.


“Semasa tiba di tol Ngawi, mangsa tiba-tiba mengadu sakit kepada pihak bas.


“Disebabkan masih dalam perjalanan, pemandu itu meneruskan perjalanan sehingga susur keluar Dumpil. Ketika itu, mangsa mengadu sakit dada, muntah-muntah, kekejangan sehingga tidak sedarkan diri dan pengsan,” katanya lapor Tribunnews.


Menurut Suwandono, bas tersebut akhirnya meminta bantuan kepada petugas di Pos Dumpil untuk memeriksa mangsa.


Setelah pemeriksaan dilakukan, lelaki yang berasal dari Kampung Pakukerto, Pasuruan itu disahkan meninggal dunia.


“Jenazah sudah dihantar ke Hospital Caruban menggunakan ambulans sebelum diserahkan kepada pihak keluarga.


“Mangsa menaiki bas berseorangan tanpa rakan mahupun saudara-mara. Jadi, tiada penumpang lain yang kenal lelaki itu.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2022 11:09 AM | Show all posts
adoi makin byk berita dari indon....mod takde nk amik tindakan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 11:27 AM | Show all posts
ni editor indon jongos la ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.048660 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list