CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 774|Reply: 1

Beli Kabinet Lama, Terjumpa RM700 Ribu Dalam Sampul! Jujur Tak Ambil Pun Duit, Siap Pergi Lapor Polis

[Copy link]
Post time 29-4-2022 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki yang membeli sebuah kabinet dapur menerusi eBay dikejutkan dengan penemuan wang tunai berjumlah hampir £130,000 (RM707,800) di dalamnya.


Thomas Heller, 50, menemui sejumlah wang yang disimpan di dalam sampul surat yang ditinggalkan di salah satu kabinet yang dibelinya dengan harga keseluruhan £250 (RM1,361).


Dia bagaimanapun menyedari tidak dapat menyimpan wang sebanyak itu di rumahnya di Bitterfield, Jerman.


Foto: Mirror




Thomas sebelum ini berjaya mendapatkan harga murah untuk kabinet kayu yang dibelinya menerusi platform dalam talian, pada bulan ini.


Kabinet terpakai yang dibelinya itu merupakan sebahagian daripada penjualan harta pusaka bagi pasangan warga emas di Halle.


"Satu (sampul surat) dibuka dan banyak wang tunai €100 (RM459)," katanya kepada The Sun.


Lelaki itu kemudian membawa sejumlah wang itu ke balai polis berhampiran di mana mereka menemui sampul surat kedua dengan lebih banyak wang.


Polis kagum dengan kejujuran Thomas dan melancarkan siasatan untuk menjejaki pemilik sebenar kabinet dapur itu.


Jurucakap Astrid Kuchta berkata: "Dua kotak wang itu tersembunyi di dalam perabot yang sukar dilihat."


Penjual itu didedahkan sebagai cucu kepada pasangan warga emas itu yang memberitahu akhbar MDR bahawa dia tidak tahu mengenai wang berkenaan. - CARI


Sumber: mStar/Mirror
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2022 06:41 PM | Show all posts
sebesar2 kabinet dapur jual dlm ebay? mai kecik2 ka camna smpai x sedar ada secret chamber(kot)....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.047064 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list