CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1393|Reply: 12

[Tempatan] Rumah tiada tandas sejak 17 tahun lalu

[Copy link]
Post time 29-4-2022 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Rumah tiada tandas sejak 17 tahun lalu


MOONEE menunjukkan keadaan rumah yang didiami bersama suami dan empat anak mereka yang tidak mempunyai tandas dan bilik air di Kampung Tupai sejak 17 tahun lalu.FOTO Izad Thaqif Hassan


Sik: Enam sekeluarga di sini, bukan sekadar tidur beralaskan tikar di lantai simen akibat kesempitan hidup malah rumah berkenaan juga tiada kemudahan tandas serta bilik air sejak 17 tahun lalu.

Melihatkan keadaan rumah keluarga itu di Kampung Tupai dekat sini, ia pasti membuatkan sesiapa pun tersentuh kerana kehidupan mereka yang daif.

Tingkat atas rumah berkenaan yang diperbuat daripada papan dan kayu dijadikan dapur manakala ruang bawah yang dibina lantai simen pula dijadikan tempat tidur enam beranak itu.

Rumah didiami pasangan Abdul Razak Man, 60, dan isteri, Moonee Saleh, 33, bersama empat anak lelaki mereka berusia lima hingga 16 tahun itu juga tidak mempunyai peralatan elektrik seperti televisyen, mesin basuh dan peti sejuk.

Namun, bagi Moonee, dia bersyukur kerana anak-anaknya tidak pernah sesekali mengeluh dengan kesusahan hidup ditempuh selain memahami situasi itu kerana sudah biasa dengan keadaan yang mereka hadapi.

Menurutnya, memang jika difikirkan, hidup dalam rumah yang tiada mempunyai tandas serta bilik air agak sukar namun apakan daya kerana mereka tidak mampu untuk membinanya dan hanya menumpang tandas di rumah adik ipar.

"Mujur rumah pusaka yang didiami adik ipar bersama keluarganya mempunyai tandas dan kami anak beranak menumpang menggunakannya.

"Kami sekeluarga mandi di kawasan luar rumah yang dijadikan sebagai bilik air terbuka menggunakan air telaga," katanya yang turut menjadikan ia sebagai tempat mencuci baju dan pinggan mangkuk.

Menurutnya, suami hanya mengambil upah menoreh getah dan dia pula bekerja di kedai makan namun pendapatan kedua-duanya yang tidak menentu membuatkan kehidupan mereka dihimpit kemiskinan.

"Saya bersyukur kerana berbanding dahulu, rumah asal kami sebenarnya hanya di tingkat atas dan disitulah tempat memasak, tidur serta bilik buat kami sekeluarga.

"Namun, selepas anak kedua lahir, suami membina lantai simen dan menjadikan ruang bawah yang ada sekarang untuk kami sekeluarga tidur," katanya yang turut bersyukur kerana menerima bantuan bulanan RM800 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak lebih setahun lalu.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Moonee di talian 013-4053524.

Menurutnya, anak sulungnya sudah tidak bersekolah serta bekerja sebagai pengimpal di kampung dan wang gaji diperoleh turut diberikan kepadanya untuk menampung kehidupan mereka.

"Sepatutnya, dalam usia ini, anak perlu belajar namun dia enggan meneruskannya walaupun sudah ditegur, mungkin dia mahu bekerja untuk membantu keluarga kerana tahu kesusahan dialami.

"Satu hari nanti saya, harap anak akan terbuka hati untuk meneruskan persekolahannya," katanya.

Keluarga berkenaan ditemui ketika disantuni Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri Kedah Mohammad Zaini Mohamud pada Program Ziarah Kasih Ramadan (Zikir) baru-baru ini.

Dua tahun lalu, Moonee turut diuji apabila anak bongsu yang juga anak perempuan tunggal berusia dua tahun ditemui lemas dalam sungai berhampiran rumahnya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sejak-17-tahun-lalu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2022 05:35 PM | Show all posts
ape ke daif sangat
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian bini dia..laki nya tua menunggu mati.dah mati nanti. bini kena cari nafkah pulak .anak anak kecik.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 05:43 PM | Show all posts
Rumah tiada tandas pun nak minta tolong orang sedekah tandas ke?


Saya terfikir orang buat rumah baru terlupa buat tandas!
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 05:46 PM | Show all posts
Jkkkkkkkkk tak dtg tengok bantu ke adun tak turun nak bantu ke macam mana citer sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Para jurujual kondom sekalian! Buat kerja kamu! Lembab!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2022 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 29-4-2022 05:46 PM
Jkkkkkkkkk tak dtg tengok bantu ke adun tak turun nak bantu ke macam mana citer sebenarnya

bantuan bulanan RM 800,suami kerja,bini kerja ,anak sulung kerja.duduk kampung tak payah bayar bil api air.tak tau mana duit pegi
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Org indon yg dtg malaysia pun boleh pakai saga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2022 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
angelofish replied at 29-4-2022 05:38 PM
kesian bini dia..laki nya tua menunggu mati.dah mati nanti. bini kena cari nafkah pulak .anak anak k ...

Tu lah..patutnya sblm kawin tu dh siap2 ada rete sikit2 utk bg ke anak bini...
Mesti makpak bini tu jenis kawinkan je anak kat sapa2 janji lepas dh tanggungjawab diorg.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Epf buat apa laki tua kau tu..
Dlm xde bilik n tandas boleh pulak laki kau cret sampai anak 4..
Carik kje malas..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia kawen ngn orang tua ke? Dia kawen masa belasan tahun kan kalau ikutkan umur anak dia tu dah 16 tahun.
Kiranya sejak mula kawen lagi dah hidup dhoif takde tandas.
Teringat plak cite hindustan kot yg pasal tandas tu.
Weh tandas penting sangat, iols kalau bleh nak ada tandas khas utk iols sorang je.
Takleh bygkan umah takde tandas jenuh laa kalau tetengah malam buta nak memerut kena g umah org plak.
Paling kesian anak2 dia sejak lahir tak penah merasa tandas kat umah sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah tok ti kata miskin hina itu satu bakul

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 07:25 PM | Show all posts
Edited by SonicSiLandak at 29-4-2022 07:27 PM

daripada bangsa etis.. ada tandas... ada pili air.. tapi lepas berak dan kenceng etis2 ni malas basuh....  bagi bau yang tidak menyenangkan kepada masyarakat awam....

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.055061 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list