CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 468|Reply: 0

[Dunia] Cabaran puasa dapat sambutan orang bukan Islam

[Copy link]
Post time 29-4-2022 06:17 PM | Show all posts |Read mode

Gadis Kristian berusia 11 tahun yang turut menyertai cabaran #Hijab30 sebagai sokongan kepada pilihan bertudung di khalayak ramai. - Twitter

Cabaran puasa dapat sambutan orang bukan Islam

LONDON – Individu bukan Islam di seluruh dunia mengambil bahagian dalam dua kempen pada bulan Ramadan bagi menunjukkan solidariti kepada masyarakat Muslim, lapor akhbar Arab News, kelmarin.

Kempen ini juga dilaksanakan bagi mengurangkan Islamophobia sekaligus membaik pulih toleransi dan pemahaman keagamaan.

Orang awam dari lebih 25 negara mengambil bahagian dalam inisiatif tahunan dinamakan Puasa Untuk Perpaduan dan Cabaran Hijab Ramadan 30 Hari anjuran Pertubuhan Hari Hijab Sedunia yang merupakan organisasi bukan bermotifkan keuntungan.

Kempen tersebut bermula pada  2 April lalu.

Cabaran pertama adalah menjemput orang bukan Islam berpuasa selama sehari, dua, 10 atau keseluruhan 30 hari untuk merasai bagaimana umat Islam berpuasa dan menjalani perjalanan rohani, muhasabah serta disiplin diri.

Penyanyi Britain, Kate Stables adalah salah seorang individu bukan Islam yang mengambil bahagian dalam cabaran itu.

Dalam mesej yang disiarkan di laman Instagram, Kate berkata,  ini adalah tahun kedua dia berbuat demikian.

“Saya dapati banyak yang perlu dipelajari daripada menukar aktiviti harian sepenuhnya selama sebulan dengan belajar berpuasa seperti orang Islam.

“Seperti namanya, #FastForUnity ialah inisiatif untuk menghapuskan Islamofobia dan ia disertai oleh semua orang dalam komuniti dunia tanpa mengira agama atau perbezaan lain,” katanya.

Cabaran kedua iaitu hijab yang juga dikenali sebagai #Hijab30 telah dilancarkan sejak 2014.

Ia menjemput wanita dari semua latar belakang etnik untuk memakai tudung selama 30 hari sebagai usaha menamatkan diskriminasi terhadap wanita berhijab dan menghormati pilihan individu. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... -orang-bukan-islam/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.468193 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list