CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 363|Reply: 0

[Tempatan] Kerajaan kaji kos sara hidup pelajar Malaysia di UK, Ireland

[Copy link]
Post time 30-4-2022 12:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 29-4-2022 08:11 AM

Kerajaan kaji kos sara hidup pelajar Malaysia  di UK, Ireland


MAHDZIR Khalid menyampaikan sumbangan bubur lambuk anjuran KPLB dan RISDA di depan Masjid Tengku Sharafuddin Badlishah di Kuala Nerang, Padang Terap hari ini. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN


  • Oleh MOHD RAFIE AZIMI
  • 29 April 2022, 8:03 pm


Share on telegramPADANG TERAP:  Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedang melakukan kajian   mengenai peningkatan kos sara hidup ditanggung pelajar Malaysia  di United Kingdom (UK) dan Ireland.




Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya sedar mengenai kos sara hidup yang tinggi di kedua-dua negara tersebut sehingga memberi kesan kepada pelajar Malaysia di sana.

Menurut beliau, hasil kajian lengkap yang dijangka diperoleh dalam masa terdekat akan dibawa kepada pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Kementerian Kewangan untuk tindakan lanjut.

“Sekarang ini kalau mahasiswa di peringkat Ijazah sarjana muda, baki yang tinggal pada mereka selepas ditolak yuran dan sebagainya kira-kira 800 pound (RM4,376) sebulan. Dengan wang itulah mereka perlu menyewa rumah, makan, menguruskan bil utiliti dan pengangkutan.

“Dengan kos utiliti di UK juga meningkat, jadi ini sesuatu yang harus kita kaji. Selepas memperolehi hasil kajian dalam masa terdekat, kita akan bawa perinciannya kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian  selepas mengedarkan bubur lambuk sumbangan KPLB dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di depan Masjid Tengku Sharafuddin Badlishah di Kuala Nerang, di sini, hari ini.
Peningkatan
Sebelum ini media antarabangsa melaporkan peningkatan 54 peratus had harga tenaga di UK yang turut menjejaskan jutaan rakyat di negara itu.

Menurut laporan agensi berita BBC, kenaikan itu mengakibatkan isi rumah secara purata membayar gas dan elektrik sebanyak 1,971 pound (RM10,772) setahun.

Sehubungan itu, Badan Perhubungan Negara UK & Eire (BPN UKE) semalam menggesa supaya kerajaan menstruktur semula elaun sara hidup pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang tidak berubah sejak 2012.

Mengulas lanjut Mahdzir berkata, selain MARA, kajian itu turut dibuat bersama penaja-penaja lain.

“Dengan kadar baki elaun yang ada sekarang, kalangan pelajar itu mungkin terpaksa melakukan banyak perkara untuk berjimat.

“Kalau kos sewaan meningkat contohnya, mereka mungkin terpaksa menyewa rumah dengan kapasiti yang lebih ramai menyebabkan keadaan menjadi lebih sempit,” katanya.- UTUSAN





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.071246 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list