CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 663|Reply: 0

Hakim cari keserasian di Estoril

[Copy link]
Post time 30-4-2022 03:51 PM | Show all posts |Read mode

HAKIM tekad lakukan yang terbaik di Estoril minggu depan.

Kuala Lumpur: Pelumba sedang meningkat naik, Hakim Danish Ramli berpeluang menguji Litar Estoril dan jentera yang bakal digunakannya di Kejuaraan European Talent Cup (ETC), 8 Mei ini.

Pada sesi ujian rasmi berlangsung di litar sama bagi pusingan pembuka tirai musim 2022 semalam, pelumba pasukan SIC Racing ETC itu mempunyai masa untuk menyesuaikan diri dengan motosikal serta suasana di Estoril.

Walaupun keadaan cuaca tidak begitu mengizinkan dan turut jentera menghadapi masalah namun pelumba berusia 15 tahun percaya, sesi berkenaan mampu membantunya untuk melakukan yang terbaik minggu depan.

"Alhamdulillah ujian berjalan dengan lancar. Hujan agak lebat di sebelah pagi namun saya tetap keluar untuk melihat keadaan trek serta motosikal. Saya gembira dengan keadaan motosikal serta pasukan.

"Di sebelah petang pula, keadaan litar sudah kering sepenuhnya. Begitupun ada sedikit masalah dengan motosikal, saya hanya dapat keluar sebanyak tiga pusingan saja. Apapun saya akan buat yang terbaik di Estoril nanti (pusingan pertama)," kata Hakim Danish.

Dia membuat kemunculan sulung di ETC yang penuh mencabar baginya pada musim lalu sebelum menamatkan kempen dengan 1 mata diraihnya ketika menamatkan Perlumbaan 2 di Litar Jerez, Sepanyol di tempat ke-15. Hakim Danish bukan calang-calang pelumba di peringkat Asia Talent Cup (ATC) 2022 dengan pada saingan di Litar Mandalika, Indonesia 20 Mac lalu meraih dua kemenangan masing-masing di Perlumbaan 1 dan 2.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... serasian-di-estoril
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.145424 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list