CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 305|Reply: 0

[Pulau Pinang] Aktiviti ziarah kubur bantu penjual bunga raih rezeki

[Copy link]
Post time 3-5-2022 08:29 PM | Show all posts |Read mode
Aktiviti ziarah kubur bantu penjual bunga raih rezeki

Mei 3, 2022 @ 11:04am



Rosinah menunjukkan pelbagai jenis bunga dijual di gerainya di hadapan pintu masuk Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak di sini. - BERNAMA



GEORGE TOWN: Kehadiran Aidilfitri semalam memberi rezeki lumayan kepada penjual bunga di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak di sini.

Mengikut kelazimannya, Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak menjadi tumpuan waris, khususnya mereka yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri dengan menziarahi kubur keluarga tersayang.

Namun perkara itu terhenti dua tahun ketika negara dilanda pandemik COVID-19, menyebabkan aktiviti ziarah kubur juga tidak dapat dilakukan.

Bagi penjual bunga, Rosinah Md Hassan, 46, kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) diumumkan kerajaan memberi kelegaan kerana dia dan keluarga dapat kembali memulkan perniagaan bunga di tanah perkuburan Islam terbabit.

Malah, dia yang bertugas di Hospital Pulau Pinang (HPP) sanggup mengambil cuti seminggu bagi menjalankan perniagaan itu.

Katanya, permintaan bunga segar biasanya lebih tinggi pada musim perayaan dan ia memberi peluang kepada peniaga sambilan sepertinya mengaut sedikit keuntungan untuk persiapan menyambut Syawal.

"Saya memang ambil cuti seminggu kerana gerai ini dibuka seawal 7.30 pagi hingga 7 malam, manakala dua hari menjelang hari raya kami akan berniaga 24 jam sehingga pagi raya.

"Gerai jual bunga ini sebenarnya warisan empat generasi dan setiap kali Ramadan, kami sekeluarga akan berniaga di sini untuk mencari sedikit keuntungan, selain memudahkan pengunjung yang mencari barangan berkenaan," katanya.

Rosinah berkata, kebiasaannya dia dibantu suami, adik dan anak untuk menguruskan perniagaan bunga yang mula beroperasi seminggu sebelum Aidilfitri sehinggalah hari raya ketiga.

"Antara jenis bunga dijual dan mendapat permintaan tinggi ialah ros, melor, rampai dan bunga segar tangkai, selain bunga hancur yang dicampurkan bersama yang dijual pada harga antara RM5 hingga RM10 satu plastik, manakala air cendana dan mawar pula RM5 sebotol.

"Orang ramai biasanya menziarahi tanah perkuburan sejak awal puasa hinggalah hari ketiga raya," katanya.

Seorang pengunjung, Datuk Syed Mohamad Aidid Syed Murtaza, 75, berkata kehadiran penjual bunga di kawasan perkuburan ini membantu memudahkan pengunjung yang menziarah pusara ahli keluarga.

"Pengunjung tidak perlu bersusah payah mencari bunga, kerana ia boleh dibeli dengan harga murah di depan pintu masuk ke kuburan ini," katanya.

Tinjauan mendapati, selain membersihkan persekitaran perkuburan dan mengecat batu nisan, ahli keluarga juga menaburkan bunga di pusara termasuk membacakan ayat suci al-Quran, mendoakan si mati beroleh kesejahteraan. – BERNAMA





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.063540 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list