CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1455|Reply: 14

[Tempatan] Ada yg kerja esok. Lebuh raya dijangka sesak mulai malam ni. Kembali balik ke rumah masing2. Hujung minggu buat Open House pulak

[Copy link]
Post time 4-5-2022 05:42 PM | Show all posts |Read mode
Lebuh raya mulai sesak, warga kota kembali
Oleh Nor Azizah Mokhtar - Mei 4, 2022 @ 5:28pm


Kenderaan dari Bentong menuju ke Plaza Tol Gombak mula meningkat petang ini. - Foto NSTP/Genes Gulitah

KUALA LUMPUR: Kenderaan menuju ke ibu negara menggunakan lebuh raya mula meningkat petang ini dengan kesesakan dilaporkan di beberapa lokasi untuk perjalanan dari utara, timur serta selatan.

Setakat jam 4 petang tadi, kesesakan hampir 2 kilometer dilaporkan berlaku di Leburaya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dari Kilometer (KM) 78.3 hingga ke Plaza Tol Karak.

Pengurus Besar Kanan, Ketua ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi, berkata pihaknya mengesan peningkatan jumlah kenderaan menghala ke ibu negara dengan kesesakan turut dilaporkan berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK)

"Setakat jam 4.10 petang, kesesakan trafik sepanjang 14.3 kilometer dikesan berlaku Kilometer (KM) 76.9 hingga KM62.6 laluan Karak - Bentong.

"Kesesakan sepanjang 2.2 kilometer turut dikesan berlaku di KM 61.7 hingga 59.5 laluan Bentong - Lentang), manakala kesesakan 4.9 kilometer juga berlaku di KM58.4 hingga KM53.1 Lentang menghala ke ibu kota," katanya kepada BH, hari ini.

Katanya, pertambahan kenderaan ini mungkin disebabkan kebanyakan orang ramai mula pulang ke ibu negara untuk yang tidak bercuti panjang dan perlu memulakan tugas esok.

Dalam pada itu, kesesakan turut berlaku di Lebuhraya Utara Selatan, bermula petang tadi selepas laluan ke utara dan selatan lancar di kedua-dua hala pada sebelah pagi tadi.

Ketua Kecemerlangan Operasi Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Mohd Yusuf Abdul Aziz, berkata trafik di kedua-dua hala lancar pada sebelah pagi namun jumlah kenderaan mulai meningkat sekitar jam 11 pagi tadi.

"Ini kemungkinan berpunca daripada aktiviti masyarakat setempat yang menggunakan kemudahan lebuh raya untuk aktiviti ziarah Aidilfitri.

"Walau bagaimanapun, trafik bergerak perlahan di kawasan utara antara Gurun, Sungai Petani, Seberang Perai, Jawi termasuk Changkat Jering dan kawasan mendaki di Terowong Menora.

"Beberapa kawasan lain di antara Slim River menghala ke Bidor dan terus ke Gua Tempurung yang juga kawasan mendaki, trafik kini bergerak perlahan," katanya.

Dalam pada itu, katanya terdapat peningkatan trafik menghala ke ibu kota dari arah utara serta selatan dan trend itu dijangka akan berlarutan hingga ke malam.

"Kesesakan trafik dikesan berlaku di kawasan Pedas - Linggi, Ayer Keroh ke Simpang Ampat di kedua-dua arah, manakala trafik di Yong Peng serta Kulai juga semakin meningkat.

"Kita jangkakan jumlah kenderaan menuju pulang ke ibu negara akan semakin bertambah mulai petang ini hingga malam nanti," katanya.

sumber: bharian.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2022 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa ni...jgn balik lg boleh x...heaven aku duk selangor ni jalan lengang giler....jgn balik..tunggu seminggu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2022 11:13 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 10:35 AM | Show all posts
orang la ni berkira-kira la nak belanja buat open house kot...semua benda mahal..haha
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Smlm aku baru nak blk JB..jln dari arah Selatan nak blk Utara/KL perghhh...mcm pesta lampu padahal dah 2 pg
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 11:27 AM | Show all posts
haku selasa dah bukak lappy. ari ni dah clock in..staff je yg masuk..

aman keja sorang2.. tak serabut staff kacau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2022 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 4-5-2022 05:46 PM
Apa ni...jgn balik lg boleh x...heaven aku duk selangor ni jalan lengang giler....jgn balik..tunggu  ...

Ramai yg cuti kejap je rupanya.. iols biasa cuti ikut budak sekolah.
So seminggu laaaa tp takde la ngam2 seminggu baru nak balik bandar biasanya balik awal la sikit tak minat ler balik ngam2 lagi 2-3 jam nak keje.
Mcm kawan2 iols suka nau balik last minute kul 2-3 pagi baru tolak pastu terus masuk keje pagi tu kul 8am.
Tak kira walau duk lanchang je tp semua tau kot nak hala ke gombak biasanya jem teruk.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 5-5-2022 01:16 PM
Ramai yg cuti kejap je rupanya.. iols biasa cuti ikut budak sekolah.
So seminggu laaaa tp takde l ...

Cik.suchi nak tau...waktu raya pertam kedua tu semua tempat jem....adik duk gerik nk balk kuala kangsar jalan jem teruk raya ke 2...


Eiiii x kuasa dgr...bercinta nk jalan waktu jem2 ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2022 05:57 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
I balik KL semalam ada kereta terbakar. Kul 1 pagi kat Ipoh standstill. Tapi I rasa macam best sebab masuk gear P, and terus layan Netflix lol. Pastu bukak tingkap tanya “Raya ke” kat kereta sebelah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2022 07:12 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2022 07:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Seriau nk balik ke kl esok ni...semoga Allah permudahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kena raya ke2 tuu selasa gerak balik dari Teluk Intan-Penang 6jam setengah baaiii melekat dalam Jem
Ingatkan nak singgah r&r solat..mampu tgk ja la
Kat r&r gunung semanggol air xdak
naik Penang bridge baru boleh speed..

Ni semua salah yg paling depan bawak kereta terhegeh2..padahai xdak apa pun..sepanhang jln clear ja..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2022 12:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.067044 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list