CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 914|Reply: 2

Wanita Jatuh Dalam Lubang Tandas Telefon Bimbit Punya Pasal

[Copy link]
Post time 4-5-2022 06:26 PM | Show all posts |Read mode
Disebabkan mahu mengambil telefon bimbit, seorang wanita menanggung malu besar apabila terjatuh dalam lubang tandas dan terpaksa diselamatkan bomba.


Wanita itu yang tidak dinamakan berada di kawasan puncak Gunung Walker di Hutan Nasional Olimpik, barat laut Seattle ketika kejadian itu yang berlaku berhampiran tempat letak kereta.




Tandas di mana seorang wanita terjatuh dalam lubang tandas dan terpaksa diselamatkan bomba di kawasan puncak Gunung Walker. FOTO Facebook Brinnon Fire Department





Dia dikatakan sedang menggunakan telefon bimbitnya ketika alat telekomunikasi terbabit jatuh dalam lubang tandas jenis kekubah, yang takungannya dibina ke dalam tanah dan tidak mempunyai 'flush'.


Ketua Jabatan Bomba Brinnon Tim Manlu berkata, wanita itu berusia 40-an, menanggalkan tempat duduk tandas dan menggunakan anjingnya untuk mencari telefon itu.


Bagaimanapun ia tidak berjaya, yang menyebabkan dia mencari sendiri dengan mengikat badannya pada struktur tandas untuk menyeluk ke dalam lubang.


Nasibnya malang apabila dia terjatuh dengan kepala memasuki lubang terlebih dahulu.


"Wanita itu berusaha keluar selama 10 ke 15 minit tetapi tidak berjaya sebelum menghubungi 911 untuk bantuan selepas menemui telefon bimbitnya," katanya.


Menurutnya, wanita itu tidak cedera dan dibersihkan sebelum anggota menyarankan dia supaya mendapatkan pemeriksaan kesihatan kerana terdedah dengan najis manusia.


"Saya sudah berkhidmat selama 40 tahun dan ini lah kejadian pertama berlaku," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2022 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mcm satu cerita kaka tgk dlu..psl dia berak kat toilet traditional tepi ladang smbil main HP sekali termasuk lubang jamban Jenis yang tahik berkumpul kat bawah lubang..nk ambil blk phone sekali terjatuh pengsan sebab gas ammonia too much..parent tunggu tepi ladang lama gila then sampai2 tgk anak dh mati dlm tong taik
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 08:44 PM | Show all posts
dua orang tu ahli bomba ker tu? kenapa boroi boroi semua ni... nak angkat orang nanti tak larat  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.054508 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list