CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6520|Reply: 85

[Tempatan] Ustazah Asma Harun kata ibu bapa mengadu amalan tidur berlambak semasa balik kampung menyebabkan anak mereka terjebak dengan pornografi

[Copy link]
Post time 5-5-2022 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 5-5-2022 11:44 AM

Apabila ramai-ramai berkumpul di kampung halaman, sudah pasti rumah ibu bapa penuh sesak dengan adik beradik, ipar duai dan saudara mara, menyebabkan ada yang memilih untuk menyewa hotel atau homestay.

Sekalipun trend ‘sewa hotel ketika pulang ke kampung’ boleh dikatakan agak normal, namun kadang kala ia menimbulkan tanggapan negatif sesetengah pihak.

Namun pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun menerusi satu hantaran di Facebook menghuraikan perkara berkenaan daripada sudut agama agar semua pihak dapat memahami situasi dan bersikap berlapang dada

Tidur lambak’ di kampung adalah perkara biasa apabila tibanya musim perayaan.
“Apabila tiba musim raya, isu tidur di homestay atau hotel akan jadi trending. Penuh berita mengenai isu ini dan kebanyakannya menjurus kepada tanggapan negatif, sama ada daripada ibu ayah, adik-beradik atau saudara-mara.

“Maka ada yang mencemuh, pandang atas bawah atau cakap belakang. Cerita di sebalik beraya di kampung memang seronok tapi sebenarnya mudah terpalit dosa jika tidak diteliti sebaiknya.

“Jika banyak keluarga berhimpun dalam satu rumah, tidur berjemaah di ruang tamu sebab tak cukup bilik, maka akan berlaku pendedahan aurat ipar, sepupu atau biras semasa tidur.

Ustazah Asma’ Harun melontarkan pandangannya mengenai isu tidur di hotel ketika pulang ke kampung dalam satu hantaran di Facebook.

“Bukan itu sahaja, bagi yang menyusu badan lagi sukar kerana mungkin tak sedar auratnya terdedah ketika sedang tidur selepas menyusukan anak. Allahuakbar,” tulisnya.
Tambah Asma, berdasarkan pengalamannya sebagai seorang perunding cara rumah tangga sebelum ini, ramai ibu bapa mengadu bahawa anak mereka terjebak dengan pornografi bermula dengan situasi sedemikian di kampung.
“Pada awalnya hanya ternampak sikit, kemudian datang keinginan untuk melihat dengan lebih banyak.

Bukanlah sebab rumah itu tidak selesa, tiada aircond, suasana kampung, dan lain-lain tetapi bagi menjaga maruah, aurat dan pergaulan anak dan isteri.

“Keadaan ini harus difahami oleh semua pihak dengan berlapang dada. Sudah menjadi tanggungjawab buat seorang suami untuk memelihara maruah anak isteri.

“Sebelum ibu ayah berkata sesuatu yang mungkin akan timbulkan salah faham, walaupun dah dua tahun tak beraya dengan anak-anak, lama tak balik, maka fahami dulu situasinya kenapa.

“Bukanlah sebab rumah itu tidak selesa, tiada aircond, suasana kampung, dan lain-lain tetapi bagi menjaga maruah, aurat dan pergaulan anak dan isteri,” tulisnya.

Dalam masa yang sama terang Asma, si anak juga perlu memainkan peranan untuk menerangkan situasi sebenar kepadak eluarga agar tidak timbul salah faham.

“Anak-anak yang memilih untuk tidak bermalam di rumah ibu bapa, perlulah berikan sebab yang berkaitan syarak, bukan kerana tidak selesa dan lain-lain, dibimbangi akan membuatkan orang tua dan keluarga berjauh hati.

Pada waktu selain rehat malam, maka sepatutnya perlu berada di rumah supaya boleh berbakti dan menggembirakan hati orang tua dan keluarga.

“Janganlah jadi seperti tetamu pula, datang pada waktu makan atau waktu tertentu sahaja, sikap ini memanglah akan menyakitkan hati banyak pihak.


“Tidur hotel atau homestay asalnya tiada masalah, tapi sikap kita yang bermasalah,” terang Asma lagi.

Sehingga kini hantaran tersebut meraih lebih daripada 1,200 komen dan 19,000 shares.

Sumber Ustazah Asma Harun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2022 11:38 AM | Show all posts
Ya ammponnnn setezah kentot faraj ni...sampai isu dlm bilik orang pun nak tackle.
Cer tackle isu haruan makan anak, buang bayi, rasuah...petty nya isu2 dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan sesuatu yang shocking dekkkk….. zaman nokia sabun lagi benda ni dah terjadi dekkkk…. Cuma zaman ni lagi bodohlah ummah sebab share sifat pervert tu kat toktok dekkkk… kohkohkohkohkohkohkohkoh!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 11:47 AM | Show all posts
ustazah semak ni lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Puak2 anti etis tersenyom sinis
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Related dengan video tiktok mengorat anak buah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2022 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tunggu balik kampung aihhh

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 12:22 PM | Show all posts
pooh~key replied at 5-5-2022 03:41 AM
Bukan sesuatu yang shocking dekkkk….. zaman nokia sabun lagi benda ni dah terjadi dekkkk…. Cuma za ...

ustazah tu cakap betul tapi punca dia bukan dari situ.
waktu rumah hari raya atau ramai orang elakkan pasang cerita omputih.
pornography bermula dari TV / video.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2022 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Semak la setazah ni. Semua benda ko nak tackle eh. Walhal org cm dia ni lah yg awal2 demand bilik kelamin bila balik kampung khenzz kakaka
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
makcik2x aku dulu2x, dok ramai2x tgh sembang tu boleh selamba angkat baju menyusu anak kecik depa. zaman 90an 2000an dulu la
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda yg buat onar ni setakat 2 ke 3% je...very isolated. Jadi setazah ni nak impose hukum hakam yg rigid ke atas kita yg normal yg tak gila seks ni aduhhhh...pebende sial??
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 12:52 PM | Show all posts
Gigih la aihh...semua isu ko nak mencapub ehh ni cari konten lain la ostezeh oi nak kekal relevan pun.

Tak membangunkan sahsiah pembangunan jati diri ummah sejagat pun.

Clout chaser sgt la! Next?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 12:58 PM | Show all posts
aku nak kata tak betul la dia punya teori ni

pornografi dgn tidur melambak tu dua 'masalah' yang almost not related

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ini lah isu yg nk dia highlight kan, penat jd islam.. tak gitu sis @pooh_key
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam la yg balik kamoung rumah have2 masing-masing ada bilik tak terjebak layan porn.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau nak org tidur pakai kain kapan ke apa, xnak bg aurat terdedah..
Tidur lambak da biasa dr kecik even among adik beradik.. xde la i stim tgk adik or cousin..
Yang kes sumbang mahram ke apa xde pun diorg tidur lambak.. bilik ibu n anak lain2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2022 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
X ada kaitan tp tido lambak mmg amalan yg patut dihapuskan
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg tak elok pun tidur melambak macam tu.

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dr dulu xselesa dgn tidur lambak esp kalau perempuan. Waktu kita tidur bukan kita tau mcmana rupa kita, n org boleh buat mcm2 tau n kita mungkin xsedar. Thts why aku klu nk tidur mmg tidur properly kt dlm bilik yg berpintu, bukan tidur selamba terkangkang tertonggeng depan tv n org lalu lalang tengok. Malu. Even kt rumah sndiri xde org pun akan cuba tidur properly dlm bilik, n cuba elak dr TERtidur. I feel like waktu tidur adalah waktu kita paling vulnerable n kita xboleh nk immediately tau apa bahaya yg sdg mendatang. Hence, tidur lambak mmg kucuba elak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 02:04 PM | Show all posts
semua masalah sosial/trend2 terkinil ustazah ni taw. kita yang bukan ustazah pon tataw, dasar gatai burit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.128686 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list