View: 1644|Reply: 13
|
Polis Lemas Terjun Lubuk Sungai
[Copy link]
|
|
Seorang anggota polis meninggal dunia akibat lemas di kawasan air terjun Kampung Sungai Tonggang di Tanjung Rambutan di sini lewat petang Rabu.
Kejadian sekitar jam 5.55 petang itu berlaku ketika mangsa, Amirul Izuddin Muhammad, 28, berpangkat lans koperal dan bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman datang untuk mandi di kawasan itu bersama isteri dan ahli keluarga lain.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, ketika kejadian, mangsa bersama empat yang lain dikatakan telah naik ke atas bukit dan terjun ke dalam lubuk sungai berkenaan yang airnya agak dalam.
Lokasi mangsa ditemui lemas di kawasan air terjun Kampung Sungai Tonggang di Tanjung Rambutan, lewat petang Rabu.
Bagaimanapun menurutnya, mangsa tidak kelihatan di permukaan, rakan dan saudara mangsa yang bersama dengannya cuba menunggu hampir lima minit, tetapi tetap tidak timbul.
"Keadaan itu menyebabkan seorang yang bersama mangsa turun dari kawasan itu untuk mendapatkan bantuan.
"asukan mencari dan menyelamat kemudiannya digerakkan di lokasi hingga mangsa berjaya ditemui pada jam 11.15 malam dan didapati lemas dalam lubuk air berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Beliau berkata, siasatan awal ke atas tubuh mangsa mendapati terdapat luka pada bahagian kepala dipercayai terkena batu.
"Kemungkinan kepala mangsa cedera akibat terkena pada batu bawah air semasa terjun ke dalam lubuk itu," katanya.
Mior Faridalathrash berkata, laporan dibuat memaklumkan, mangsa pulang ke kampung isterinya yang juga anggota polis di Taman Putra Permai, Bandar Baru Putra sempena cuti Aidilfitri ini.
Katanya, pada hari kejadian sekitar jam 4 petang, mangsa menaiki motosikal bersama isteri ke lokasi kejadian untuk mandi.
"Jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat. Bantuan kebajikan akan diberikan kepada waris mangsa melalui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh," katanya.
Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, panggilan kejadian itu diterima pada jam 5.56 petang.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat digerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tambun bersama anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), polis dan Komando VAT 69 yang membuat selaman hingga mangsa dijumpai di lokasi kejadian.
"Operasi ditamatkan pada jam 11.20 malam," katanya.
Sumber: Sinar Harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tragedi syawal sungguh..berani nya terjun tmpt yg xtao dlm nye stakat mana..ade batu ke idok |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ، اللهم اكْتُبْهُ عِنْدَكَ فِي المُحْسِنِيْنَ، وَاجْعَلْ كِتَابَه فِي عِلِّيِّيْنَ، وَاخْلُفْهُ فِي أَهْلِهِ فِي الغَابِرِيْنَ، وَلاَتَحْرِمنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ
Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un, wa inna ilaa rabbina lamunqalibuun, allahummaktubhu ‘indaka fiil muhsinin, waj’al kitaabahu fii ‘illiyyiin, wakhlufhu fii ahlihi fil ghaabirin, wa laa tahrimnaa ajrohu walaa taftinnaa ba’dahu.
Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali. Dan sesungguhnya kepada tuhan kamilah kami kembali. Ya Allah, tuliskanlah ia di sisi-Mu termasuk golongan orang-orang yang baik. Jadikanlah catatannya di ‘illiyyin. Gantilah ia di keluarganya dari orang-orang yang menginggalkan. Janganlah engkau haramkan bagi kami pahalanya dan janganlah Engkau beri fitnah kepada kami sesudahnya.
Salam Takziah |
|
|
|
|
|
|
|
inna lillah wa inna ilaihi raajiúun |
|
|
|
|
|
|
|
whimsicalmusic replied at 5-5-2022 12:34 PM
Tragedi syawal sungguh..berani nya terjun tmpt yg xtao dlm nye stakat mana..ade batu ke idok
Sebab tu dia jadi polis sebab dia berani sis. Takut akak kalau saorang penakut jadi pengawal negeri sisssss….. yihhh mintak simpang sis. |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 6-5-2022 07:20 AM
Sebab tu dia jadi polis sebab dia berani sis. Takut akak kalau saorang penakut jadi pengawal neger ...
Betul jugak kan. Jadi polis kena berani ambil risiko. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Drmu at 6-5-2022 04:47 PM
Iol dlu mndi kwasan air mcm ni, tiba2 ada tali tangsi uol kat dlm air tu terikat dengan pokok .. tak tahulah mcm mna blh ada tali tangsi tu. Mngkin org buat pukat ke apa
Terluka skit jari kaki iol. Nk trjun, slmat trjun dlm kolam, laut dlm ke yg xjejak batu karang.
Innalillah. Moga diampunkan dosanya dan bersama org beriman dan dikurniakan syurga tanpa hisab amiin yaAllah. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah buat keluarga beliau |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah. Kesiannya keluarga dia
Takut terjun air tawar... Susah juga nak apungkan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahwainnalillahirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah...takziah pada keluarga arwah. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah.
Hati2 weh mandi sungai ni, kalau nk terjun pastikan check dulu spot nk terjun tu. Ada batu naya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|