CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1060|Reply: 12

Tendang Kucing Ke Dalam Laut, Lelaki Berdepan Penjara 10 Tahun, Denda RM200k

[Copy link]
Post time 5-5-2022 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki yang dirakam menendang seekor kucing hingga terjatuh ke dalam laut di Greece berdepan dengan hukuman penjara 10 tahun selepas dia ditahan polis, lapor laman berita LadBible semalam.


Berdasarkan sebuah rakaman yang dikongsikan di media sosial, tiga individu dilihat sedang duduk di sebuah restoran berhadapan dengan sebuah pantai sebelum mereka dihampiri oleh dua ekor kucing.




Lelaki itu mengacah seekor kucing ke bahagian tebing laut dengan menggunakan seekor ikan sebelum menendang haiwan itu ke dalam laut. – Instagram @stamatina_ss





Salah seorang daripada mereka kemudian dilihat mengacah salah seekor kucing ke bahagian tebing laut dengan menggunakan seekor ikan. Dia seterusnya menendang haiwan itu ke dalam laut.


Video itu menjadi tular di media sosial sehingga membawa kepada penahanan lelaki berkenaan.


Sekiranya didapati bersalah, dia berdepan dengan hukuman penjara 10 tahun selain denda maksimum €50,000 (RM229,122).


Menurut laporan akhbar Metro UK, kucing yang menjadi mangsa itu ditemui dalam keadaan selamat oleh penduduk setempat dan dibawa menemui doktor haiwan.




  



Pada 2020, kerajaan Greece meluluskan satu undang-undang yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun bagi pesalah yang menganiaya haiwan .


Antara bentuk penganiayaan kepada haiwan yang tertakluk di bawah undang-undang itu adalah meracun, menggantung, melemaskan dan mencacatkan.




Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2022 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka! Kalau boleh, tolak pula dia masuk lava gunung berapi menggelegak!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya .  Apa nasib kucing tu?  Boleh survive ke berenang laut luas tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 02:43 PM | Show all posts
Jangan kata prank pulak..Aku cukup anti dgn viral prank bodoh2 ni. Nak kata tak sporting ke apa ke pedulik hape aku..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Psychopath lettew
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka …jahat sgt dgn haiwan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2022 03:01 PM | Show all posts
kejam, insanely, atrociously mean person . zalim sungguh manusia ini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat.... Tiada yang tolong tendang dia pula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2022 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat.... Tiada yang tolong tendang dia pula
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 04:06 PM | Show all posts
Pegi umpan dengan makanan pastu tendang ke laut??
memang orang ni ada problem..
seram fikir, mesti jenis yg manipulative mcm tu.. kejam.. ishh
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangsa babee
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg gelak tu sapa? Gelpren dia? Dua2 elok dihantar kw rumah bonda.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
yg tendang yg rakam yg gelak semua patut krna tendang cara sama tapi kat tengah2 laut la, pandai2 la selamatkan diri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.106568 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list