CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 590|Reply: 1

Hebahan Kanak-Kanak Hilang Perlu Ikut SOP

[Copy link]
Post time 5-5-2022 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Hebahan melalui media antaranya Facebook dan WhatsApp mengenai kehilangan kanak-kanak sememangnya dapat membantu pihak berkuasa, tetapi ia perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi menjaga keselamatan kanak-kanak dan keluarga yang terlibat.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, ibu bapa atau orang ramai yang ingin membuat hebahan kanak-kanak hilang perlu menggunakan platform yang betul.


Katanya, ibu bapa terlebih dahulu perlu membuat laporan polis dan menyerahkan tindakan hebahan dibuat oleh pihak polis melalui sistem hebahan yang mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang khusus untuk memastikan maklumat kanak-kanak disebar luas dengan mekanisme yang betul.




Gambar hiasan




"Hebahan kanak-kanak hilang perlu mengikut SOP yang digariskan polis bagi memastikan keselamatan kanak-kanak dan ahli keluarga tidak terancam dan disalahgunakan.


Hebahan hanya akan dibuat dengan kebenaran bertulis ibu bapa setelah siasatan mendapati tiada melibatkan unsur-unsur tebusan dan ancaman," katanya kepada Bernama.


Abd Jalil berkata, hebahan juga hanya memaparkan butir-butir terhad seperti gambar kanak-kanak yang hilang, nama, nombor laporan selain nama dan nombor telefon pegawai penyiasat.


Menurutnya, polis dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat turut membangunkan sistem amaran awal kanak-kanak hilang yang dikenali sebagai "National Urgent Response Alert" (NUR Alert ) bagi membuat hebahan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun yang dilaporkan hilang.


"Hebahan melalui NUR Alert hanya akan dibuat pasukan petugas yang diluluskan polis seperti pihak Facebook, bank, syarikat telekomunikasi yang sehingga kini berjumlah 41 ahli petugas daripada pelbagai agensi," katanya.


Sementara itu, Penganalisis Jenayah Datuk Seri Akhbar Satar berkata tindakan menguar-uarkan kehilangan anak mereka melalui kaedah media sosial merupakan cara yang cepat untuk menyebarkan maklumat dan mengajak orang ramai membantu mengesan anak yang hilang itu.


"Tetapi adalah dinasihatkan juga laporan polis turun dibuat dengan segera agar pihak polis mengambil tindakan sewajarnya secepat mungkin, ibu bapa juga perlu mendapatkan nasihat daripada polis mengenai apa maklumat yang boleh didedahkan kepada orang ramai bagi mencari anak mereka," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2022 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenape??  Sebab nanti nampak polis macam tak wat koje ke?  Bukan anak korang boley la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.425533 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list