CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hart_attack

[MERGED]WITH UPDATED NEWS KES PEMBUNUHAN Datuk Sosilawati!V 3

     Close [Copy link]
Post time 15-9-2010 11:38 PM | Show all posts
polis kena siasat sehabis mungkin dan lengkapkan segala bukti kalau tak nak kalah kes ni dan okt ...
mitera Post at 15-9-2010 22:35


Okt  tu  lawyer   tu  ......   tentu   bukan    calang2  org  ....
so...dia     memang   dah  bajet ...kalo   tangkap  kena   wat  mcm    mana  ......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2010 11:38 PM | Show all posts
pandai lawyer ni, mostly mangsa hilang tanpa kesan sb kene bakar yg selebihnyer kene dicincang diberi mkn beruang..sgt licik peguam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:39 PM | Show all posts
hik hik............ itik mahal tuhh

tu lah peringatan utk semua supaya sentiasa berhati2.. ...
Risma Post at 15-9-2010 23:32

tambah pulak kalau loyar tu india.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:39 PM | Show all posts
Kes Sosilawati: AG, polis sediakan kertas tuduhan, kes dianggap selesai
KUALA LUMPUR, 15 Sept – Pihak berkuasa dijangka akan menghadapkan suspek kes pembunuhan jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pengirinya di mahkamah dijangka minggu depan.


Laporan The Star Online hari ini berkata polis dan Jabatan Peguam Negara sedang dalam proses menyiapkan kertas pertuduhan.
Polis juga menganggap kes itu sudah selesai.

Kesemua suspek kes ini sedang ditahan reman selama seminggu di lokap polis di Bukit Jalil di sini.

Sehubungan itu, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, pihaknya menganggap kes itu telah selesai.

“Tolong jangan buat spekulasi bahawa ada sesuatu yang tidak kena jika kami tidak dapat mendakwa dalam waktu terdekat... kerana kami mahu semuanya teratur (sebelum tuduh dikenakan),” kata beliau.

Lapan suspek sedang ditahan buat masa sekarang. Dua daripada mereka merupakan peguam adik-beradik.
Peguam bergelar “Datuk” dikatakan sebagai dalang kes pembunuhan itu.

Ismail juga berkata, sebuah pasukan petugas juga telah dibentuk untuk menyiasat kesemua kes orang hilang yang dikaitkan dengan peguam-peguam berkenaan.

Pembunuhan Sosilawati (picture) dan tiga lagi amat mengejutkan negara kerana selepas dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abu dibuang di sebatang sungai di Tanjong Sepat, Banting.

Seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan Banting dan bergelar “Datuk”, telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.

Perkembangan terbaru ini menambah senarai kes pembunuhan kejam yang negara pernah saksikan sebelum ini – antara kes bunuh dan rogol penganalisis maklumat, Canny Ong pada 2003 yang turut dibakar.

Kes-kes lain termasuklah bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakarudin Busu yang pernah berkhidmat sebagai wartawan Kumpulan Utusan.

Empat tahun lalu wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pula dibunuh dan mayatnya kemudian diletupkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar.

Selain pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Jutawan wanita berusia 47 tahun itu yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke kawasan ini untuk urusan pembelian tanah.

Motif kejadian tragis itu lebih menjurus kepada persaingan perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati.

Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama  setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.

Kes membabitkan Sosilawati dan tiga yang lain itu juga bakal merungkai misteri di sebalik tembok besar yang mengelilingi kawasan ladang kelapa sawit yang turut menempatkan beberapa kandang lembu dan kambing.

Malah menurut Mohd Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu.

Dalam pada itu Ismail berkata, kesemua aduan kes orang hilang harus disiasat dengan segera dan secara terperinci bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Beliau mengakui bahawa kes Sosilawati boleh dielakkan jika tindakan cepat dan mendalam telah diambil.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kes-sosilawati-ag-polis-sediakan-kertas-tuduhan-kes-dianggap-selesai/
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:39 PM | Show all posts
Reply  Risma


   Beruang????  Biar beno??  Beruang belaan ke beruang liar?
LiNaLiNa Post at 15-9-2010 23:36


dia bela beruang dalam kandang kat ladang ayam dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:39 PM | Show all posts
pandai lawyer ni, mostly mangsa hilang tanpa kesan sb kene bakar yg selebihnyer kene dicincang diber ...
poison_paradise Post at 15-9-2010 23:38

tuan tanah ladang (ladang kelapa sawit tempat dia bakar mayat) yang dia kunun dok beli tu pun hilang tanpa kesan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2010 11:40 PM | Show all posts
Okt  tu  lawyer   tu  ......   tentu   bukan    calang2  org  ....
so...dia     memang   dah  b ...
mahathirGX Post at 15-9-2010 23:38


Allah tu lagi bukan calang-calang..............kepadanya kita berserah bertawakkal setelah berusaha dan berdoa....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:42 PM | Show all posts
sungguh kejam mereka ni....hukuman yg setimpal buat macha ni dgn kunchu2 nya...patutnya bakar je hidup2..baru padan muka...klau takat tali gantung tu mcm tak thrilling sangat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2010 11:42 PM | Show all posts
ai rase tulang yg polis jumpe bukan stakat tulang arwad sosi and the gang tapi maybe tulang mangse mangse yg dulu
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:42 PM | Show all posts
aik..cepat nye dah versi ke 3 thread ni..baru je baca yang versi 2 tadi
chit_ana Post at 15-9-2010 23:36



    sama la kita.
    skang ni rasa dah lost...sampai kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:42 PM | Show all posts
Beruang belaan lahhh......... katanya mangsa2 datuk loyar tuhh yang lepas2 ada kemungkinan dibagi  ...
Risma Post at 15-9-2010 23:38


teringat satu episod dalam criminal minds yang mana suspect tu bela babis sekandang. semua orang yang dibunuh, dicincang pastu dibagi makan kat babis2 tu sampai polis tak boleh nak trace mayat. the only evidence, kasut mangsa2 yang disimpan sebagai souvenir ... sadistik sungguh!
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:42 PM | Show all posts
belum apa2 lagi..
siasatan pun baru nak mula...
tapi ko dah konpiden dia sah2 terlepas???? :doh3 ...
Al Lebam Post at 15-9-2010 23:37



    ahli nujum pak belalang tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:43 PM | Show all posts
ai rase tulang yg polis jumpe bukan stakat tulang arwad sosi and the gang tapi maybe tulang mangse m ...
stania83 Post at 15-9-2010 23:42


harus la bro............
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:44 PM | Show all posts

hart_attack Post at 15-9-2010 22:52



    aku rase kalu polis minta bantuan unit kejuruteraan tuk lencongkn aliran air sungai tu tuk sementara wktu, mau jupe berbakul2 tulang mangsa dlm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:47 PM | Show all posts
aku rase kalu polis minta bantuan unit kejuruteraan tuk lencongkn aliran air sungai tu tuk ...
batmana Post at 15-9-2010 23:44



    unit kejuruteraan mana bro ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:48 PM | Show all posts
teringat satu episod dalam criminal minds yang mana suspect tu bela babis sekandang. semua orang ...
mitera Post at 15-9-2010 23:42



akak pun tengok gak....muka penjenayah tu punyalah hazab...adik beradik kalau tak silap......agak2nya 2 beradik loyer nid apat idea dari rencana tu kot....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2010 11:49 PM | Show all posts
thanks risma and mitera....

tak smpt tgk bu tadi...dok tunggu nightline nie ha nak catch up...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:50 PM | Show all posts
cepatnya V.3

V.2 pun x abis khatam lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:50 PM | Show all posts
unit kejuruteraan mana bro ?
tuan_wu Post at 15-9-2010 23:47


jabatan pengairan dan saliran kot.

btw ... macha tu bela beruang kan. jabatan perhilitan boleh dakwa jugak la kan sebab beruang species terancam. mana boleh suka2 je bela macam bela anjing kucing.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:52 PM | Show all posts
Setan2 ni kena tahanan reman seminggu kan..
lepas tu leh bebas dgn jaminan until sebutan ker?
sorry tanya sebab tak tau & nak tau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.521330 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list