CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bersederhana sambut lebaran: Mufti Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 5-5-2022 11:09 PM | Show all posts |Read mode
Bersederhana sambut lebaran: Mufti Pulau Pinang
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 05 Mei 2022



Wan Salim


GEORGETOWN - Umat Islam dinasihatkan bersederhana dalam segala tindakan ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri agar ia disambut dalam suasana aman dan menggembirakan.


Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, semua tindak tanduk perlu dikawal supaya tidak melampaui batas adab kesopanan yang munasabah termasuk dari segi makan, minum, berpakaian, hiburan dan pergaulan.


Menurutnya, perayaan bukan tiket untuk pembaziran bagi umat Islam yang meraikannya.


"Kita mesti sedar dan faham bahawa musim perayaan bukan bererti satu kesempatan melakukan pembaziran sehingga wang ringgit dihabiskan secara berlebihan untuk bersuka ria dan berfoya-foya tanpa mempedulikan batas-batas hukum agama serta adat ketimuran.


"Perlakuan yang keterlaluan dari segi makan minum boleh memudaratkan tubuh badan dan harta benda kita, malah ia boleh memudaratkan dari sudut kemasyarakatan.


"Dalam kita bersuka dan bergembira menyambut hari lebaran ini, janganlah kita lupa nasib malang yang menimpa saudara seagama kita di beberapa negara luar yang terpaksa menempuh liku-liku hidup seharian dalam suasana derita dan penuh kesedihan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.


Wan Salim berkata, sebagai masyarakat prihatin, kita sepatutnya membantu jiran tetangga yang berada dalam serba kekurangan.


"Kita perlu peka dengan keadaan sekeliling yang mana, memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Dengan cara ini, ia akan muhasabah diri kita bahawa di sebalik kesenangan yang dikecapi, masih ramai yang tidak bernasib baik.


"Oleh demikian, kita yang bernasib baik ini perlu menghentikan pembaziran dan jangan terlalu boros dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Gunakanlah peluang hari perayaan ini untuk membantu golongan yang susah sebagai tanda bersimpati kepada sesama hamba ALLAH SWT selain berbelanja secara berhemah," katanya.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -Mufti-Pulau-Pinang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.051573 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list