View: 1411|Reply: 5
|
[Tempatan]
Seret penyampai berita TV3: Dua beradik ditahan
[Copy link]
|
|
Seret penyampai berita TV3: Dua beradik ditahan
LAPORAN portal Harian Metro semalam.
Kuala Lumpur: Dua beradik ditahan bagi membantu siasatan kes penyampai berita TV3, Khairul Rizuan Azizan yang cedera diseret ketika cuba mengejar penjenayah yang memecah tingkap kereta miliknya di Damansara Perdana dekat sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata, suspek adalah seorang lelaki dan wanita tempatan masing-masing berusia 31 serta 24 tahun ditahan di satu lokasi di Puncak Alam, Selangor.
Menurutnya, polis juga merampas barang kes dipercayai hasil kejadian samun itu termasuk sebuah kereta yang digunakan oleh suspek dalam jenayah itu.
"Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek lelaki mempunyai empat rekod penyalahgunaan dadah, 15 rekod jenayah dan dua rekod masih disenarai hitam bagi kes penyalahgunaan dadah dan sebagai orang dikehendaki dalam kes penyalahgunaan dadah.
"Suspek wanita itu pula tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya dalam kenyataan, malam ini.
Harian Metro semalam melaporkan penyampai berita, Khairul Rizuan Azizan, 34, cuba mengejar penjenayah yang memecahkan tingkap kereta miliknya sebelum cedera akibat diseret Perodua Myvi dipandu suspek untuk melarikan diri .
Kejadian 3.40 petang itu menyebabkan Khairul Rizuan luka di tangan, jari kanan serta lutut kanan.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... dua-beradik-ditahan
|
|
|
|
|
|
|
|
cuba mengejar penjenayah yang memecahkan tingkap kereta miliknya sebelum cedera akibat diseret Perodua Myvi dipandu suspek
Betul lah Myvi ni lejen, kenapa aku baru tau
|
|
|
|
|
|
|
|
Akak syak penyamun itteww datang dari bekground miskin mulia sis. |
|
|
|
|
|
|
|
15 record jenayah..setiap kes masuk penjara sebulan je ke? atau polis tak buat kerja? |
|
|
|
|
|
|
|
ala2 janna nick jadi saksi kan sebab bebetul ada kat situ masa kejadian |
|
|
|
|
|
|
|
Wowwww superintendent Iman masuk berita lagi
Crush kakak acik zaman skolah rendah |
|
|
|
|
|
|
| |
|