CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 535|Reply: 0

[Tempatan] Lebih 30 peratus programmer dan IT expert akan melompat dari bank tempatan ke bank digital

[Copy link]
Post time 8-5-2022 03:43 PM | Show all posts |Read mode
[Analisis] Bank tempatan bakal hilang 30 peratus pengatur cara, pakar IT
    Oleh MOHAMAD AZLAN JAAFAR
    7 Mei 2022, 11:55 am


Ramai pengatur cara dan pakar teknikal back-end yang bekerja di bank tempatan ketika ini dijangka ‘berhijrah’ berikutan lima bank digital akan mula meningkatkan operasi mereka tidak lama lagi.

Selama ini, bank telah menjadi ‘sarang’ pakar teknologi untuk membina teknologi maklumat back-end bernilai ratusan juta ringgit yang besar dan mantap bagi menyokong perniagaan mereka yang semakin berkembang.

Rangkaian komputer yang rumit ini memproses berbilion-bilion transaksi daripada penyelesaian kaunter kepada permintaan peranti mudah alih.

Bank-bank digital baharu itu akan melabur jutaan ringgit dan menjalankan usaha perekrutan agresif untuk mencari bakat yang sesuai bagi membina infrastruktur serupa ketika mereka berusaha untuk bersaing dengan institusi kewangan tradisional.

Menurut sumber di sebuah bank tempatan yang enggan namanya disiarkan, pihak perbankan sudah bersedia dengan kemungkinan kehilangan kira-kira 30 peratus kakitangan teknologi maklumat (IT) yang memilih untuk ke bank digital.

“Namun, kami sedang melakukan perancangan rapi untuk mengatasi perkara ini,” katanya.

Sektor perbankan dikawal selia oleh bank pusat, justeru membina rangkaian selamat akan memerlukan pelaburan dan bakat yang besar. Bank digital baharu juga mesti mematuhi peraturan ketat yang sama.

Minggu lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan lima konsortium yang dianugerahkan lesen bank digital.

Penerima tersebut adalah Boost Holdings Bhd-RHB Bank Bhd., GXS Bank Pte Ltd-Kuok Brothers Sdn. Bhd., Sea Ltd-YTL Digital Capital Sdn. Bhd., Aeon Financial Service Co Ltd-Aeon Credit Service (M) Bhd-MoneyLion Inc dan KAF Investment Bank Sdn. Bhd.

Fitch Ratings pula berkata, terdapat prospek jangka panjang bagi bank digital di Malaysia kerana akan digunakan secara meluas dalam bidang tertentu terutamanya segmen pelanggan yang kurang mendapat perkhidmatan seperti pengguna berpendapatan rendah dan perusahaan mikro dan kecil.

Namun, bank sudah pun berdepan cabaran untuk merekrut pakar IT baharu berikutan peningkatan perkhidmatan digital merentasi semua sektor.

Sumber industri itu berkata, terdapat juga cabaran untuk merekrut graduan teknologi baharu kerana persekitaran perbankan dilihat terlalu tegar dan terkawal, sekali gus sukar untuk disesuaikan dengan gaya hidup mereka.

“Graduan teknologi ini gemarkan kebebasan, hanya mahu mencipta, menguji dan melaksanakan. Tidak seperti di bank yang memerlukan anda mempunyai rancangan, cadangan serta pembentangan,” kata sumber itu.

Televisyen dan filem sering menggambarkan pakar teknologi sebagai nerd yang memakai cermin mata, mempunyai berat badan berlebihan, berpakaian lusuh dan kurang interaksi sosial.

Sedangkan dalam kehidupan sebenar, kebanyakan pengatur cara ini dilihat sebagai seorang yang riang, bebas dan gemar bekerja sehingga lewat malam mencuba baris kod mereka.

Bank sentiasa dilihat sebagai organisasi yang sangat dikawal oleh undang-undang dan peraturan. – UTUSAN

sumber: utusan.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.038524 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list