CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 454|Reply: 2

[Politik] 'Penyatuan ummah lebih besar daripada kerjasama politik'

[Copy link]
Post time 8-5-2022 08:02 PM | Show all posts |Read mode
'Penyatuan ummah lebih besar daripada kerjasama politik'


Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.


KUALA LUMPUR: PAS kekal berpendirian bahawa penyatuan ummah adalah lebih besar daripada penyatuan politik kepartian atau kerjasama politik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata parti itu melihat keperluan untuk penyatuan dalam kerangka yang ditandatangani menerusi piagam Muafakat Nasional (MN).

"Elok kalau dibaca dan dihayati semula apa yang telah disepakati, waktu itu PAS dan UMNO merasai adanya ancaman kepada masa depan Melayu Islam dan kita berhimpun menentangnya," katanya kepada BH hari ini.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, dalam konteks politik kepartian, setiap pihak boleh membuat apa yang difikir sesuai untuk partinya dan keadaan ini tentu berbeza antara satu kawasan, negeri berbanding lain.

"Selangor, Perak kelihatan berbeza dengan sikap Presiden UMNO , bagaimana pula Pulau Pinang. Apakah sekadar menang sorak, kampung tergadai," katanya.

Tambah beliau, PAS yakin setiap parti mempunyai hala tuju dan strategi masing-masing menjelang PRU akan datang

"Pelbagai andaian juga akan muncul. Kita masih terbuka untuk melihat perkara ini dengan lebih serius.

"Buat masa ini PAS sebahagian komponen Perikatan Nasional (PN) dan akan meneruskan agenda menggesa penyatuan ummah diteruskan.

"Kami yakin cabaran Barisan Nasional ialah PN berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam yang memberi bayangan mustahil untuk gagasan MN diteruskan jika PAS terus memperlihat sikap 'talam dua muka'.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, UMNO mahu rakan yang setia dalam MN bukan sahaja berdasarkan daripada kenyataan-kenyataan dikeluarkan tetapi menerusi tindakan dan keputusan yang dibuat oleh parti terbabit.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... a-kerjasama-politik


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2022 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu yg sepatutnya tapi pendirian parti BERSATU yg berhasrat menghancurkan UMNO akan menyebabkan perpecahan Ummah sebab itu sukar  bagi UMNO utk bekerjasama dgn BERSATU.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 09:49 PM | Show all posts
inilah modal PAS dari dulu lagi..sekejap kahwin PH lepas tu Bersatu ...now nak kahwin dengan UMNO dengant alasan yang sama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.040558 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list