CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 887|Reply: 6

[Tempatan] Pandu melulu, halang tugas polis iringi konvoi Yang Di Pertua Negeri Sarawak, lelaki dipenjara 12 hari

[Copy link]
Post time 10-5-2022 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Pekerja syarikat penyelenggaraan Erdy Errwan didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja syarikat penyelenggaraan dipenjara 12 hari dan didenda RM10,000 oleh dua Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menghalang tugas anggota polis yang mengiringi konvoi Yang Dipertua Negeri Sarawak dan memandu kereta secara melulu serta berbahaya di Lebuhraya Sultan Iskandar di sini, Jumaat lalu.

Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM3,000 terhadap Erdy Errwan Hamdan, 36, selepas dia mengaku bersalah menghalang Lans Koperal Mohd Azwar Iqbal Chinang daripada menjalankan tugas rasminya mengiringi Yang Dipertua Negeri Sarawak di Lebuh Raya Sultan Iskandar, pada 11.30 malam, 6 Mei lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Majistret Amanina Mohamad Anuar pula menjatuhkan hukuman penjara lima hari dan denda RM7,000 serta tertuduh hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun, selepas lelaki itu mengaku memandu kereta Honda Civic berwarna kuning dengan cara melulu dan berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya, pada 10 malam di lokasi dan tarikh yang sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan maksimum RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun.

Aina Azahra memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tujuh hari itu bermula dari tarikh tangkap pada 7 Mei lalu atau dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda, manakala Amanina memerintahkan hukuman penjara lima hari itu, berkuat kuasa hari ini atau dipenjara lima bulan jika denda gagal dibayar.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Norazman dan Pegawai Pendakwa Inspektor Abdullah Khazali, memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Erdy Errwan yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia yang berpendapatan RM1,600 hingga RM1,700, perlu menanggung isteri serta dua anaknya masing-masing berumur enam dan tiga tahun selain bapanya baharu meninggal dunia.


Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, semasa konvoi yang diiringi oleh anggota polis melalui Lebuhraya Sultan Iskandar ke susur keluar Jalan Tuanku Abdul Halim, sebuah kereta Honda Civic dari arah belakang dipandu secara melulu di lorong kiri jalan sehingga menyebabkan berlaku pergeseran dengan sebuah lagi kenderaan lain.

Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka berdurasi 0.53 minit, Honda Civic itu bergerak laju dan memintas konvoi melalui laluan kecemasan di kiri jalan serta mengabaikan isyarat oleh juru iring supaya keluar dari laluan konvoi.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2022 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat menyumbang kepada perbendaharaan negeri. RM3,000 harga untuk beberapa saat adrenalin dan kenangan umpama hero filem aksi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya la kau dipapakedanakan Dan disontot dlm penjara.

Kebabian apa sampai gesel kereta org lain.

Hanjing
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ingat ala2 kes mengiring anak aziz tu kot.gaji 1600-1700 yg penting kereta still nk lambang H ye.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
KALAU yg di-escort ialah bung & ziziek didalamnya… sesia je kau masuk penjara dek. Dorang rasuah jota2 masih mampu ketawa gembira hidup bebas & berkuasa
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh RM7,000 rupanya harga sebuah kenangan. Kita tersilap baca. Bolehlah bersara memandu 5 tahun sambil mengimbau kenangan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2022 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak kena buka kertas siasatan dulu kerr..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.038266 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list