CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 811|Reply: 2

[Tempatan] JAKIM siasat Syarikat penyembelihan halal di Australia

[Copy link]
Post time 10-5-2022 10:00 PM | Show all posts |Read mode
Syarikat penyembelihan halal di Australia disiasat[size=14.399999618530273px]



HAKIMAH Mohd Yusoff. FOTO Bernama



Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur penyembelihan halal sebuah syarikat yang diiktiraf halal oleh Malaysia di Australia, kata Ketua Pengarahnya Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Hakimah dalam kenyataan hari ini berkata, siasatan dilakukan Pegawai Atase Halal Jakim di Australia dan juga pihak berkuasa Australia iaitu 'Department of Agriculture, Water and the Environment' (DAWE).

Beliau berkata, perbincangan antara Jakim dengan Kaunselor (Pertanian), Kedutaan Australia di Malaysia juga diadakan pada 28 April lalu bagi memastikan hasil siasatan dapat diserahkan kepada kerajaan Malaysia secepat mungkin.

"Ingin ditegaskan bahawa Jakim sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya terdapat apa-apa kesalahan dan ketidakakuran yang membabitkan proses pensijilan dan pengiktirafan halal," katanya.

Beliau berkata, Jakim sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi menyiasat sebarang dakwaan salah laku dalam perkara itu termasuk membabitkan pegawai Jakim sekiranya ada.

Hakimah berkata, Jakim juga bersedia pada bila-bila masa untuk bertemu dengan mana-mana pihak yang mempunyai bukti kukuh mengenai isu tersebut demi kepentingan semua pihak.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas) dan Sahabat 99, dilaporkan mendedahkan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) penyembelihan halal oleh sebuah syarikat di Australia, yang mendapat kelulusan dari Badan Induk Halal Jakim.

Presiden Pekemas, Faizan Mohd Nor ketika membuat pendedahan berhubung isu pelanggaran SOP penyembelihan halal di Australia dilaporkan berkata, berdasarkan kepada bukti video dan gambar serta diperkukuhkan saksi yang juga pekerja sembelihan, pihaknya yakin bahawa terdapat unsur-unsur yang jelas pelanggaran protokol penyembelihan.



Disiarkan pada: Mei 10, 2022 @ 2:04pm



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2022 10:02 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 10-5-2022 06:03 AM

Isu pusat penyembelihan meragukan di Australia, Jakim digesa segera bertindak [METROTV][size=14.399999618530273px][size=0.8][size=0.9]Yusmizal Dolah Aling dan Mohamad Ashyiq Haqimi
[email protected]







Kuala Lumpur: Bimbang dengan isu pusat penyembelihan yang meragukan di Australia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas) dan Sahaba 99 meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan siasatan segera.

Ia membabitkan isu sembelihan yang didakwa tidak mengikut piawaian ditetapkan dalam Islam yang berlaku di Australia lebih sebulan lalu.

NADZIM. FOTO Arkib NSTP
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai pelanggaran protokol penyembelihan digariskan prosedur operasi standard (SOP) Jakim.

Katanya, pihaknya menggesa siasatan menyeluruh dilakukan dengan kadar segera oleh pihak berautoriti termasuk Jakim, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis serta merombak struktur organisasi bahagian halal terutama jawatan panas.

"Kita sudah merdeka lebih 60 tahun, takkan kita nak tengok isu seperti ini berlaku setiap tahun. PPIM menerima banyak aduan mengenai isu ini, sebelum ini kartel daging, kali ini pusat sembelihan pula," katanya pada sidang media hari ini.

Hadir sama, Presiden Pekemas, Faizan Mohd Noor dan aktivis PPIM Vince Focarelli.

Sementara itu Faizan berkata, pihaknya tampil dengan pendedahan itu demi kebaikan dan kemaslahatan umat Islam di Malaysia dan meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pelaku yang melanggar integriti Halal Malaysia.

"Isu ini belum lagi mendapat pendedahan dan liputan yang sewajarnya di Malaysia.
"Ada tiga hingga empat pegawai yang terbabit dalam urusan pusat sembelihan di Australia. Mereka ini perlu diambil tindakan kerana tidak mengambil tindakan di atas pelanggaran protokol yang berlaku.

"Ini isu halal dan kita tidak boleh main-main. Hanya beberapa orang ini saja yang menimbulkan masalah, Jakim perlu ambil tindakan," katanya yang mendedahkan isu ini lebih sebulan lalu.

Pada sidang media yang diadakan itu bersama saksi dari Sydney, Australia, media ditunjukkan video bagaimana pelanggaran protokol yang dimaksudkan yang dirakam saksi di negara terbabit.

Kelihatan beberapa ekor biri-biri yang direndam sehingga lemas di dalam gumpalan darah.

Selain itu, pusat sembelihan itu juga kotor dan terdapat anjing liar di sekitarnya, mengundang persoalan mengenai tahap kebersihan di situ.

Pada 14 April lalu, Jakim dalam satu kenyataan berhubung isu berkenaan berkata, pihaknya sudah meminta penjelasan daripada Supreme Islamic Council Of Halal Meat In Australia Inc (SICHMA) dan mendapati pusat sembelihan berkenaan mematuhi keperluan standard penyembelihan halal di negara ini.

SICHMA kemudiannya memberikan penjelasan dan menafikan dakwaan ketidakupayaan organisasi itu dalam membuat pengesahan halal ke atas rumah sembelihan di bawah seliaan mereka.

Disiarkan pada: Mei 10, 2022 @ 6:42am




Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
halal cert ni mcm iso la. ibarat mcm jual sijil je. mana ada makanan yg betul2 halal zaman la ni. ko banned australia tu blh la makan daging dr india. daging dr india tu halal sgt ke walaupon berlogo halal?
apabila makanan ko ni mass produce oleh industry, xde jaminan dh halal tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.042769 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list