CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2544|Reply: 3

Wyclef sedia mati demi rakyat Haiti

[Copy link]
Post time 17-9-2010 09:23 AM | Show all posts |Read mode
PORT-AU-PRINCE: Bintang hip-hop, Wyclef Jean berkata ancaman bunuh terhadap dirinya tidak akan meng-halangnya daripada terus bertanding bagi merebut jawatan presiden di negara asalnya, Haiti.

  Mereka anggap saya mengancam kedudukan dan cita-cita mereka. Saya tidak akan mengalah. Hasrat saya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat Haiti, dan ancaman bunuh serta ugutan tidak akan menghalang saya, katanya.
  Majlis wilayah Haiti dijangka akan mengesahkan senarai calon yang memenuhi syarat perundangan untuk bertanding dalam pilihan raya 28 November depan, bagi memilih pengganti kepada Presiden Rene Preval.
  Penyanyi dan pencipta lagu berusia 40 tahun itu berkata beliau menerima panggilan telefon daripada pihak tidak dikenali yang mengancam untuk membunuhnya kecuali beliau meninggalkan Haiti. Beliau kemudian menyembunyikan diri dan tidak keluar di khalayak awam selama dua hari.

  Ramai yang mati sebelum saya. Jika saya perlu mati untuk rakyat Haiti dan golongan remajanya, saya bersedia mati kerana mereka, kata Jean.

  Beliau begitu popular di negara Caribbean yang miskin itu, yang berusaha untuk pulih daripada gempa bumi dahsyat pada 12 Januari lalu yang mengorbankan 300,000 orang dan memusnahkan sebahagian besar daripada ibu negaranya, Port-au-Prince.

  Undang-undang di Haiti mengenakan syarat calon bertanding hendaklah tinggal di Haiti selama lima tahun berturut-turut, selain syarat lain.  REUTERS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2010 06:49 PM | Show all posts
celebriti yang berhati mulia...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 07:47 PM | Show all posts
masalahnyer si wycleaf nih tak membesar kat haiti.........dia lahir jer kat situ tapi membesar kat new york..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 07:48 PM | Show all posts
patriotismenyerrrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.052975 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list