CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2819|Reply: 37

[Politik] ...91,000 penjawat awam akan dipecat

[Copy link]
Post time 14-5-2022 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Puluhan ribu penjawat awam united kingdom  bakal kehilangan pekerjaan di bawah langkah pengurangan kos yang dirangka kerajaan, kata menteri kanan, Jacob Rees-Mogg, hari ini.

Ketika ditanya media, Rees-Mogg tidak menafikan laporan media mengatakan 91,000 pekerjaan di Whitehall akan dimansuhkan.

"Saya tahu perkara ini menarik perhatian, namun hakikatnya kita sebenarnya kembali kepada perkhidmatan awam seperti pada 2016," katanya.

Perdana Menteri UK, Boris Johnson, berkata kerajaan negara itu perlu mengurangkan kos kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup berikutan perbelanjaan kerajaan 'membengkak' ketika pandemik.

Katanya, 91,000 pekerjaan atau seorang dalam setiap lima pekerja daripada keseluruhan perkhidmatan awam perlu diberhentikan bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan kira-kira £3.5 bilion (RM18.8 bilion) setahun.

Kerajaan UK berdepan kesukaran mengimbangi perbelanjaan selepas membelanjakan peruntukan yang besar ketika pandemik, selain bergelut dengan inflasi yang menjejaskan pemulihan ekonomi serta memberi tekanan tambahan pada kewangan awam.

Sejak beberapa minggu lalu, Rees-Mogg yang juga Menteri Peluang Brexit dan kecekapan kerajaan UK, dilihat menyerang penjawat awam yang masih bekerja dari rumah walaupun semua sekatan COVID-19 sudah ditamatkan.

Beliau dikritik kerana meninggalkan nota di atas meja kosong di jabatan kerajaan, yang tertulis: "Maaf anda tiada di sini. Saya menanti-nantikan kehadiran anda di pejabat tidak lama lagi".

Menurut Rees-Mogg, perkhidmatan awam UK berkembang sejak beberapa tahun lalu untuk menguruskan proses UK keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) dan pandemik, tetapi kini 'mahu kembali kepada keadaan normal'.

"Jumlah individu meninggalkan perkhidmatan awam adalah sehingga 38,000 setahun, jadi cara paling murah untuk melakukannya adalah dengan membekukan pengambilan baharu.

"Anda perlu memastikan petugas digunakan secekap mungkin untuk melaksanakan peranan yang penting," katanya.
Multiple Polls: ( Max 7 choices ), Total 12 Users voted
6.25% (1)
18.75% (3)
6.25% (1)
6.25% (1)
0.00% (0)
31.25% (5)
31.25% (5)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2022 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat Malaysia.......penjawat awam adalah seramai 1.6 juta untuk memberi perkhidmatan kepada 34 juta penduduk dan menelan kira2 80% bajet negara. Lama2 negara ni akan bangkrap.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 12:22 PM | Show all posts
batu kikir replied at 14-5-2022 11:50 AM
Kat Malaysia.......penjawat awam adalah seramai 1.6 juta untuk memberi perkhidmatan kepada 34 juta p ...

Tu blum kira yg pencen disambung anak atau spouse
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 12:29 PM | Show all posts
batu kikir replied at 14-5-2022 11:50 AM
Kat Malaysia.......penjawat awam adalah seramai 1.6 juta untuk memberi perkhidmatan kepada 34 juta p ...

amat penting masa pru.............
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 12:39 PM | Show all posts
kat UK ada umngok kaa BN kaa apa kaa?? sungguh zalim perbuatan depa.. tutup kaa tabur pasir dalam periuk nasi orang..

kalo jadi di Malaysia ni... memang bahan politaik laa mana2 partai yang jadi pembangkang... tengok kenaikan harga barang kaa petrol kaa inflasi kaa.. satu donia hadapi masalah sama.. tapi di sini.. partai2 lawan kaa macai2 kaa dok sedap tuding jari tuduh orang lain sana sini...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
celaka dap nih.kat uk pon buat onar.penjawat awam undi kau.tapi balas dengan tuba.penjawat awam + feldrean pon bodo pegi undi.mengelupor nak tanam buluh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2022 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 14-5-2022 04:27 PM
Meiizu replied at 14-5-2022 12:22 PM
Tu blum kira yg pencen disambung anak atau spouse

......................
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 14-5-2022 11:50 AM
Kat Malaysia.......penjawat awam adalah seramai 1.6 juta untuk memberi perkhidmatan kepada 34 juta p ...

besarrrrrr budget gomen nak kena menanggung sampai 2 juta penjawat awam termasuk cikgu2, doctor, nurses semua...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2022 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 14-5-2022 03:12 PM
besarrrrrr budget gomen nak kena menanggung sampai 2 juta penjawat awam termasuk cikgu2, doctor,  ...

Yet golongan ckgu bsing tanak jadi warden. Kalau kena jd warden kasi elaun rm5K. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Keje glc pun kira penjawat awam jugak kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn kecam penjawat awam yg korang dok nampak kt pjbt kerajaan je. Tu yb adun-adun,ahli parlimen,menteri-menteri,diorang tu pun dibayar gaji oleh kerajaan gak,penjawat awam gak. Cer bandingkan belanja utk yb-yb tu berbanding ngan perbelanjaan nak bayar gaji penjawat awam yg btul2 buat keje mcm polis nurse cikgu. Benda ni same je terjadi dlm swasta pun,cth plg dekat tu ha airasia,staf-staf bawahan smpi kene mintak br1m ujung-ujung tony beli tesla pastu gaji ceo naik plak juta-juta
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Elaun pinggan mangkuk syed syadiq je pun dah rm42k,kalau elaun2 lain camne plak. Tu blum lg elaun2 kerabat. Korg dok pertikaikan pencen penjawat awam,tuh najib yang ada kes 1mdb pun lepas pencen mintak tanah rm100juta. Penjawat awam kene berkhidmat paling kurang 10thn baru lepas dpt pencen,adun berkhidmat 36 bln atau 3 tahun je pun dh layak pencen. Cer kaji balik kat mana bloatednye belanja mengurus negara ni sbnrnye
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohonn pecat sumee ahli2 dun whateverr yg tarakk gunaaa menghabiskann borasss sajoo kat Malaysia inihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
CikYaYaYa replied at 14-5-2022 04:33 PM
Mohonn pecat sumee ahli2 dun whateverr yg tarakk gunaaa menghabiskann borasss sajoo kat Malaysia ini ...

Nih nak kena buat rule baru..but pengubal rule ahli parlimen Tu sendiri..Ada laluan lain ke utk gubal rule ni..nak kena harapkan Agong la kot utk beri arahan kat penjawat awam aka KSN buat ruling baru..boleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Baper gaji politicians deme? Taxpayers juga ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2022 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 14-5-2022 11:50 AM
Kat Malaysia.......penjawat awam adalah seramai 1.6 juta untuk memberi perkhidmatan kepada 34 juta p ...

Perabih bogheh je kan sampai 1.6juta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2022 12:26 AM | Show all posts
annehuda replied at 14-5-2022 04:26 PM
Elaun pinggan mangkuk syed syadiq je pun dah rm42k,kalau elaun2 lain camne plak. Tu blum lg elaun2 k ...

Patutla Hans Issac, Aflin Shauki dan Sharol Shiro nak join politik...nak senang aja rupanya..kojo ntah boleh ke idak..sebab ramai je yg jd MP...mmg tak boleh harap...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Meriah forum lowyat aka pro DAP dok berdebat pasal isu ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
91,000 adalah 1/5 daripada total perkhidmatan awam.

Ini bermakna UK ada 455,000 pekerja gomen utk serve rakyat seramai 67 juta.

Tapi definisi civil servants di sana tak sama di Malaysia kerana exclude cikgu,nhs,polis,tentera dan pbt.

Di Malaysia,guru aje dah 450,000. Kalau nak kurangkan bilangan guru,maka rakyat malaysia perlu kurangkan membiak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia bila lagi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.113047 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list