CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 425|Reply: 0

Kisah duka di sebalik kejayaan atlet wushu Sydney Chin

[Copy link]
Post time 14-5-2022 04:12 PM | Show all posts |Read mode

SYDNEY hadiah gangsa buat kem wushu negara. -FOTO Facebook Sydney Chin

Hanoi: Di sebalik kemenangan pingat gangsa oleh atlet wushu negara Sydney Chin di temasya Sukan Sea Hanoi di Veitnam ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat kisah duka melanda wakil Malaysia itu.

Sydney sebenarnya baru saja kehilangan ibunya Hon Wai Cheng berusia 48 tahun akibat serangan jantung sehari sebelum berlepas ke Hanoi.

Walaupun berhadapan emosi kurang stabil, Sydney masih mampu mempamerkan aksi mantap dalam acara taijiquan wanita yang berlangsung di Gimnasium Cau Giay dengan pungutan mata 9.68 mata sekali gus mengakhiri perjuangan di kedudukan ketiga.

Peserta dari Indonesia Alisya Mellynar pula meraih emas dengan 9.71 mata, manakala perak milik Filipina Agatha Wong (9.69).

Seorang lagi peserta negara, Mandy Chen menduduki tempat ketujuh daripada sembilan peserta selepas dia mengutip 9.41 mata.

Sydney berkata, dia melalui situasi yang cukup sukar dalam tempoh seminggu ini apabila mendapat perkhabaran ibunya sudah tiada.

"Ayah memaklumkan berita sedih itu dan sangat mengejutkan kerana tidak menyangka ibu mengalami serangan jantung kerana usianya baru 48 tahun.

"Boleh dikatakan hati saya cukup hancur kerana ibu adalah tulang belakang yang sentiasa menyokong malah mendiang juga mendaftarkan saya untuk sukan ini.

"Saya hanya melakukan yang terbaik untuk memberi tumpuan kepada prestasi saya hari ini dan sangat gembira dengan apa yang saya lakukan," katanya.

Walaupun berhadapan dengan situasi agak getir ketika ini, Sydney mahu terus fokus pada acara taijiquan wanita untuk dipertandingkan esok.

"Saya sangat gembira memenangi pingat Sukan Sea pertama saya dan mendedikasikannya kepada ibu saya, ini untuknya.

"Saya tahu dia pasti mahu saya bertanding dan melakukan yang terbaik.

"Saya harap dia boleh berada di sini untuk melihat saya di podium. Dia datang untuk menyaksikan saya bertanding di Sukan Sea Manila 2019 dan juga akan datang ke sini jika bukan kerana Covid-19.

"Saya masih mempunyai acara taijiquan untuk dipertandingkan esok dan berharap dapat melakukannya dengan baik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... t-wushu-sydney-chin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.051606 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list