View: 7916|Reply: 88
|
[Tempatan]
'Datuk Dr Oxford' letak jawatan penasihat agama Sultan, tiada sebarang ulasan...wassalam!
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 15-5-2022 11:24 PM
Dikemaskini.......
IPOH: Pejabat Dewan Negara Perak mengesahkan menerima surat pengunduran menjawat gelaran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, Orang Besar Delapan Negeri Perak merangkap Penasihat Rasmi Sultan Perak dalam hal ehwal Islam daripada Datuk Dr Afifi al-Akiti, yang diulit kontroversi baru-baru ini.
Setiausaha Dewan Negara Perak, Toh Amar Seri Diraja Datuk Seri Ayop Hashim, berkata warkah pengunduran diri daripada gelaran itu yang bertarikh hari ini diutuskan Akiti bagi memohon perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk berundur daripada menyandang gelaran terbabit.
"Warkah beliau sudah diangkat sembah untuk pertimbangan Sultan Nazrin. Baginda menzahirkan penghargan atas segala khidmat bakti yang diberikan Dr Afifi dalam tempoh menyandang gelaran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan.
"Baginda juga berkenan menerima permohonan itu (pengunduran) untuk dikuatkuasakan pada 15 Mei 2022," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan itu turut dilampirkan bersama gambar salinan warkah yang diutus Afifi kepada Dewan Negar Perak.
Menerusi warkah yang ditulis, Afifi mengakui pengundurannya adalah disebabkan berkait rapat dengan penularan bahan di media sosial yang dilihat bertujuan mencemarkan namanya sejak dua minggu kebelakangan.
Menurut warkah itu, beliau memilih untuk tidak mengulas atau memberi sebarang jawapan yang boleh mencetuskan berlakunya perdebatan berpanjangan yang tidak memberi sebarang manfaat.
Menurutnya, bahan-bahan yang ditularkan itu kelihatan mempersoal kesesuaian peranannya dengan institusi istana serta mempertikaikan peranannya dengan urusan hal ehwal agama Islam.
"Menginsafi perkara ini yang jika berlarutan dan tidak dibendung akan menjejaskan kemuliaan Raja Pemerintah dan institusi istana, saya mengutus warkah ini untuk menyampaikan hasrat ikhlas mahu berundur diri daripada menyandang gelaran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan.
"Keputusan ini saya lakukam atas rasa tanggungjawab dan sifat taat setia seorang rakyat kepada sultannya, demi melindungi darjat kemuliaan Sultan Perak agar tidak dicacatkan dan begitu juga untuk mengelak institusi istana daripada dicemari," tulis Dr Afifi.
Dr Afifi adalah Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, United Kingdom, rakyat Malaysia dan anak Melayu pertama serta satu-satunya ditawarkan jawatan tetap di universiti terkemuka berusia lebih 900 tahun itu sebagai pensyarah pada usia 32 tahun.
Beliau turut dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan bermula 2018, selain turut tersenarai dalam 'The World's 500 Most Influential Muslims', sejak 2010 atas jasa dan sumbangannya.
Baru-baru ini, tular klip video menampilkan visual dari sudut tepi kelibat seorang lelaki yang wajahnya dikatakan mempunyai iras Afifi sedang memakai topi sambil diapit dua wanita yang didakwa dalam sebuah kelab malam.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/955637/afifi-al-akiti-undur-jadi-penasihat-agama-sultan-perak
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jadi memang betul la dia.
ok la ni professional macam orang jepang.
public figure ada salah laku, letak jawatan.
yang ostad husam beriyer iyer kata fitnah bukan dr afifi.
perangai tipikal ahli politaik melayu yang deny everything,
and won't accept blame. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul ok la. Respek dengan orang2 yang ada integriti/bermaruah mcm ni. Ramai lg yg muka tebal dan tak bertanggungjawab walaupun ada video kualiti lebih tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
tak puas hati sebab dua buah tak dibulatkan merah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by blue_blur at 15-5-2022 12:11 PM
alhamdulillah..
setel.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takazut iols kalau itu mmg dia.. tak sangka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Contoh macam Azmin "Aiskrim" Ali kaa?? dah kantoi kena hantam dek haziq tu kaa?? prrffghh jer laa...
Kalo si Azmin "Aiskrim" Ali masih bersama Pakatan Hancing musti macai2 dah backup kaw2 mcm video makan "Aiskrim" dahulu kala...
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni masuk club org tak pertikai dah. Ok la tu undur diri for good. Nk buat apa pun senang |
|
|
|
|
|
|
|
Haa.. ini baru la layak dikatakan bijaksana. |
|
|
|
|
|
|
|
capiloton replied at 15-5-2022 11:49 AM
jadi memang betul la dia.
ok la ni professional macam orang jepang.
public figure ada salah laku, le ...
Aku yakin sultan suruh dia letak jawatan.bukan dia yg suka suki nak resign |
|
|
|
|
|
|
|
Nama ala2 ereb nk buat maksiat susah sikit Datuk, elok buang nama -al akiti tu.. boh nama ala2 kapiaq sikit baru ok buat maksiat orang tak kata apa sangat. Langgah wine ka whiskey pon mudah |
|
|
|
|
|
|
|
Najib yg.dah bersalah bila nak undur diri dari Umno? |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni aku rasa Okspod pun akan bersara kan dia. Dia masuk okspod pun sebab cable je kan? |
|
|
|
|
|
|
|
capiloton replied at 15-5-2022 11:49 AM
jadi memang betul la dia.
ok la ni professional macam orang jepang.
public figure ada salah laku, le ...
Ala.....
Diarah resign ni.....dah x blh putaralim |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 15-5-2022 12:15 PM
Takazut iols kalau itu mmg dia.. tak sangka..
Tak yah nk terkejut sgt tinot.....
Ni bkn 1st time org yg kita sangka lindungan kakbah buat hal....m |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh jadik fulltime drummer
|
|
|
|
|
|
|
|
adm7 replied at 15-5-2022 11:49 AM
Kalau betul ok la. Respek dengan orang2 yang ada integriti/bermaruah mcm ni. Ramai lg yg muka tebal ...
Bro.....Raja nazrin tak blh dorang nk putar....
Klu org politik, memang akn ada mcm² jwaban |
|
|
|
|
|
|
| |
|