CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2840|Reply: 40

[Dunia] NY. Remaja, 18 tahun buat 'live' ketika bunuh 10 pengunjung pasar raya

[Copy link]
Post time 15-5-2022 12:56 PM | Show all posts |Read mode
Remaja buat 'live' ketika bunuh 10 pengunjung pasar raya
AFP

New York: Seramai 10 maut manakala tiga cedera dalam serangan bersenjata yang dilakukan seorang remaja lelaki di sebuah pasar raya di Buffalo, New York, semalam.

Insiden disyaki polis sebagai bermotifkan perkauman itu disiarkan secara langsung melalui rakaman kamera oleh suspek kulit putih berusia 18 tahun yang dilengkapi senjata dan memakai helmet serta peralatan taktikal.

Pesuruhjaya Polis Buffalo, Joseph Gramaglia berkata, terdahulu suspek menembak empat orang di kawasan parkir pasar raya itu menyebabkan tiga maut, sebelum masuk ke dalam premis dan meneruskan serangan.

Menurutnya, antara terkorban di dalam pasar raya itu ialah seorang pesara polis yang sedang bertugas sebagai pengawal keselamatan bersenjata.

"Pengawal keselamatan itu melepaskan beberapa das tembakan terhadap suspek. Namun, suspek yang memakai perisai badan menembak mati pengawal keselamatan itu.

"Apabila pasukan polis tiba di lokasi kejadian, penyerang itu mengacu pistol ke leher sendiri tetapi berjaya dipujuk dan menyerah diri," katanya pada sidang media.

Polis turut memaklumkan, 11 daripada mangsa kejadian itu adalah warga Afrika-Amerika.

Sementara itu, ejen khas yang mengetuai pejabat lapangan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Buffalo, Stephen Belongia berkata, serangan terbabit disiasat sebagai kes jenayah kebencian.

"Kami sedang menyiasat kejadian itu sebagai jenayah kebencian dan kes ekstremisme ganas yang didorong sentimen perkauman," katanya.

Peguam daerah untuk wilayah Erie di mana Buffalo terletak, John Flynn, berkata suspek akan dihadapkan ke muka pengadilan atas pertuduhan membunuh yang membawa hukuman penjara seumur hidup tanpa parol, jika sabit kesalahan.

Mengulas isu sama, Datuk Bandar Buffalo, Byron Brown pula memaklumkan bahawa suspek melakukan perjalanan berjam-jam dari kawasan luar komuniti itu untuk membuat jenayah berkenaan.

Disiarkan pada: Mei 15, 2022 @ 9:14am

sumber: hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2022 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Buffalo buffalo Buffalo buffalo buffalo buffalo Buffalo buffalo
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandai pula tu menembak, kena sasaran
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
he's only 18 yrs of age n learned hate from his family
n he still alive

RiP
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mebi dia dh besa p shooting range dr kecik. Sana indoor outdoor shooting range bsepah. Lek2 ja tembak org. Part nk tembak diri sendri tu leh lak jd ciken shit pas dipujuk2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ber gasak lah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2022 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 15-5-2022 01:05 PM
Buffalo buffalo Buffalo buffalo buffalo buffalo Buffalo buffalo {:mllau ...


Cik/puan()kaki..tepek la video muzik 'pumped up kicks'...kt sini....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 15-5-2022 02:04 PM
Cik/puan()kaki..tepek la video muzik 'pumped up kicks'...kt sini....

Saya yang menurut perintah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2022 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes sebegini x panggil terorisme pulak yah?? Sebab tu dodol xterhingin nak jejak kaki ke amareka, pistol sana sini acah2 self protection gitu ujong2 bbnu spender mak beli lgi pon nak menembak. Puiii
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 02:42 PM | Show all posts
Ni la negara teroris
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia training dalam GTA ler tewww rompak kedai emas kat lorong belakang pejabat menteri tu ka. Kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 15-5-2022 01:49 PM
Mebi dia dh besa p shooting range dr kecik. Sana indoor outdoor shooting range bsepah. Lek2 ja temba ...

Depa takyah gi shooting range, mana ada tanah lapang depa boleh praktis. Blakang rumah pun jalaaan!
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 15-5-2022 02:35 PM
Saya yang menurut perintah

tengkiu..igtkn hang tepek 'versi ganas'nya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nih kira teroris tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian keluarga yg terbunuh.  Jd mangsa budak yg belum cukup melihat dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Stupid white boy. Dah bunuh orang begitu ramai pehtu pengecut acah2 nak bunuh diri konon. Celaka la kau. Mudah2an alasan mental heatlh ka hapa tidak diterima pakai di mahkamah. A lot of people have it rough but they don't go around killing people, claiming innocent lives.  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2022 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah la kau bukannya penduduk situ, senang2 kau pi bunuh orang2 di situ. Dasar white terrorist sundel. Mudah2an kena hukuman paling berat iya.

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols speku musti budak ni terlepas.. ye la.. tgk kaler pun dah tau kesudahannya nnt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2022 09:43 PM | Show all posts
ada statistik setiap tahun lebih 4.5 juta senjata api dijual
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.193045 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list