View: 1179|Reply: 11
|
[Dunia]
Pengantin bakar diri sendiri dalam majlis perkahwinan
[Copy link]
|
|
PASANGAN itu berjalan ketika diperhatikan tetamu majlis yang hadir. - Instagram
Pengantin bakar diri sendiri dalam majlis perkahwinan
WASHINGTON – Sebuah video tular di media sosial memaparkan sepasang pengantin yang nekad membakar diri sendiri, lapor majalah berita India Today kelmarin.
Mereka bertindak sedemikian setelah membuat keputusan untuk mengadakan konsep majlis perkahwinan yang unik.
Detik itu dirakam oleh jurugambar majlis perkahwinan tersebut dan dimuat naik pada akaun Instargram @djrusspowell.
Ahli lagak ngeri, Gabe Jessop dan Isterinya, Ambyr Bambyr Mishelle telah melangsungkan perkahwinan baru-baru ini dan mereka menolak konsep perkahwinan konvensional.
Menerusi video berkenaan, selepas selesai bertukar akad perkahwinan, pasangan itu berjalan berpegangan tangan dengan pakaian mereka dalam keadaan terbakar sementara tetamu majlis memerhati dan bersorak.
Bahagian belakang pakaian mereka yang terbakar kemudiannya dipadamkan oleh seorang pembantu.
Video tersebut mendapat tumpuan netizen di ruangan komen.
“Ini sangat menakjubkan, saya terpukau. Saya sangat tidak sabar untuk melihat foto-foto itu,’’ tulis seorang netizen.
Bagaimanapun, aksi ini tidak dicadangkan kepada semua orang menadangkan Jessop dan Mishelle adalah aktor lagak ngeri profesional. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... majlis-perkahwinan/
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa x mampus je terusss |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan nak buat wedding and funeral sekaligus.
sng jemputan mai skali je. |
|
|
|
|
|
|
|
lorrr aku igt bakar diri sbb frust ke hapa. |
|
|
|
|
|
|
|
ye... setuju sangat kalau dua ekor ni mampus rentung dalam aksi ni. supaya lain2 manusia tak teraspirasi dengan benda2 bodoh spt ni yang bakal menyusahkan orang2 sekeliling.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hunger Games fire dress kununnn |
|
|
|
|
|
|
|
Wah kerlass ala2 katniss everdeen dan peeta mellark |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 16-5-2022 10:47 AM
ingatkan nak buat wedding and funeral sekaligus.
sng jemputan mai skali je.
Four weddings and a funeral.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Ini sangat menakjubkan, saya terpukau. Saya sangat tidak sabar untuk melihat foto-foto itu,’’ tulis seorang netizen.
menakjubkan kat celah mana entah |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimanapun, aksi ini tidak dicadangkan kepada semua orang menadangkan Jessop dan Mishelle adalah aktor lagak ngeri profesional.
Fair enough. Ramai ja orang nak show off dia punya kerjaya on their wedding day.
|
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman replied at 16-5-2022 09:09 PM
Ingatkan kat India....
sama.terbayang kan pengantin perempuan india kena paksa kawen.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|