CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 517|Reply: 0

Tak puas raih perak

[Copy link]
Post time 16-5-2022 11:38 AM | Show all posts |Read mode

SHARIFAH (kanan) dan Nurashimah bersama pingat perak dimenangi dalam acara double wanita hari ini. FOTO NSTP

Hanoi: Perasaan atlet petanque wanita negara, Sharifah Aqilah Farhana Syed Ali bercampur baur pada aksi final acara double meskipun berjaya mengubah warna pingat di Sukan Sea Vietnam, sebentar tadi.

Sharifah yang bergandingan bersama Nurashimah Senin di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi terpaksa akur dengan kehebatan atlet tuan rumah, Hong Thoa Thai Thi-Lan Anh Tran Le yang menewaskan mereka, 13-2 di pentas final.

Keputusan itu menyaksikan Sharifah-Nurashimah pulang dengan perak manakala gangsa dimenangi bersama oleh Kemboja dan Laos.

"Kalau mengikut prestasi saya, saya agak berpuashati namun disebalik itu ada juga rasa sebaliknya. Saya berpuashati kerana dapat mengubah warna pingat yang lalu daripada gangsa kepada perak.

"Namun saya tidak berpuashati, kerana bagi saya, kami boleh melakukan persembahan lebih baik daripada tadi namun kurang bernasib baik," katanya yang pertama kali digandingkan bersama Nurashimah yang juga pemenang perak di Filipina 2019 dan Kuala Lumpur 2017 dalam acara triple itu.

Sharifah turut berkata, dia akan cuba untuk mendapatkan emas pada penampilan seterusnya di temasya dwi tahunan yang akan datang.

"InsyaAllah. Saya berbangga dengan diri saya kerana dapat tukar pingat tetapi tak boleh memberikan emas kepada Malaysia. Saya juga tak boleh menukar pingat kawan saya (Nurashimah) yang sudah dua kali termasuk kali ini tiga perak. Jadi saya agak kecewa," katanya.

Di Filipina 2019, Sharifah yang bergandingan bersama Siti Asiah Zaini menghadiahkan gangsa manakala Phatipha Wongchuvej-Nantawan Fueangsanit dari Thailand memenangi emas. Gandingan Laos, Sengchanphet Aly-Phanthaly Phetsamone meraih perak.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tak-puas-raih-perak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.049582 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list