View: 470|Reply: 0
|
Alia tewas satu mata, misi hatrik emas lebur
[Copy link]
|
|
Penembak negara, Alia Sazana Azahari terpaksa berpuashati dengan perak dalam acara pistol wanita 25 meter pada Sukan SEA 31, Hanoi. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
HANOI: Impian Alia Sazana Azahari untuk melakar hatrik emas di Sukan Sea Vietnam dalam acara pistol 25 meter (m) wanita tidak kesampaian apabila dia sekadar berpuas hati dengan pingat perak pada final di Pusat Latihan Sukan Nasional Hanoi sebentar tadi.
Alia tunduk kepada lawan yang ditewaskannya dua kali berturut-turut di Sukan Sea Singapura (2015) dan Kuala Lumpur (2017) iaitu Teh Xiu Hong dari Singapura dalam aksi penentuan emas dan perak yang berlangsung sengit.
Satu mata hanya membezakan antara mereka berdua apabila Xiu Hong meraih 34 mata, manakala Alia 33 mata dan gangsa milik Tanyaporn Prucksakorn (28).
Menurut atlet kelahiran Terengganu itu, dia mengakui sangat geram dengan aksi final kerana hanya satu mata menghalangnya untuk melakar hatrik dan menghadiahkan emas buat kontinjen negara.
"Sudah tentu saya sangat geram dan saya tahu ia disebabkan kesilapan saya sendiri. Saya dapat rasakan perkara itu. Lagi pun ada dua aksi shoot off sebelum itu menyebabkan masa saingan bertambah panjang," katanya atlet berusia 30 tahun itu.
Alia mengakui dia sudah cuba sehabis baik dan akhirnya itu sahaja keputusan yang mampu diraihnya.
"Apa pun saya gembira dengan keputusan ini selepas berdepan saat sukar ketika pandemik sebelum ini dan ini adalah kejohanan antarabangsa kedua saya (ketika pandemik Covid-19)," katanya.
Setakat ini, skuad menembak negara sudah meraih dua perak dengan yang pertama melalui Hafiz Adha dalam acara rapid fire pistol 25m.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|