CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1573|Reply: 16

[Tempatan] Pemandu Axia ‘pekak telinga’, tak hirau kena hon banyak kali

[Copy link]
Post time 18-5-2022 05:01 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu Axia ‘pekak telinga’, tak hirau kena hon banyak kali

https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... na-hon-banyak-kali/

Oleh KOSMO!
18 Mei 2022, 3:35 pm


Tangkap layar memaparkan pemandu Axia memandu secara perlahan di lorong kanan di sebuah lebuh raya sehingga menimbulkan kemarahan pengguna lain.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu kereta jenis Perodua Axia memandu secara perlahan di lorong kanan di sebuah lebuh raya telah menimbulkan kemarahan pengguna lain.

Menerusi video yang dimuat naik Uncle Heng di media sosial, pemandu tersebut dilihat tidak beralih dari lorong kanan berkenaan walaupun telah ‘dicucuk’ oleh kenderaan lain dari arah belakang.

Dalam rakaman yang dikongsikan, pelbagai cara telah dilakukan oleh pemandu kenderaan lain seperti membunyikan hon beberapa kali agar pemandu Axia berkenaan menyedarinya.

Namun, pemandu terbabit tetap berdegil dan masih kekal berada di lorong kanan lebuh raya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

“Cikgu kelas memandu awak pasti bangga adik, pelekat P itu bukan profesional tau.

“Pemandu kental tetap berada di lorong kanan sepanjang lebuh raya walaupun kenderaan lain dah mencucuk dari belakang, tak gentar,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh orang ramai berhubung insiden tersebut.

“Orang yang macam ini lah punca kesesakan di lebuh raya, pandu 80 kilometer per jam tapi duduk paling kanan, susah sangat nak tukar lorong bagi laluan pada kenderaan lain,” ujar Malik Faiz.

“Mungkin pemandu takut nak tukar lorong masa itu, tak yakin bakat memandu sedia ada, atau kali pertama memandu di lebuh raya,” ciap Oyen Comel.

“Ini memang pemandu kental, layan selagi boleh,” seloroh Kamarul Zaki. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 05:46 PM | Show all posts
Dengar nasihat family ler tu kalau memandu kena duduk lane tengah walau di sekolah memandu dah diajar pandu pelahan kena duduk lane paling kiri
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je perangai macam ni. Nak tunjuk dia berani dan degil walaupun dah ditegur. Bodoh sombong.
Tak kira la kereta mahal ke murah, kalau perlahan..masuklah kiri kejap dan bagi laluan kereta belakang. Yang banyak degil ni manusia yang bawak perodua...myvi dan aruz yang aku kena. Hon panjang pun masih duduk lane kanan walaupun kiri kosong.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada juga driver yg jenis DEGIL BODO drive slow kat lane kanan..bila drivers lain nak overtake dari belah kiri, dia boleh pulak drive kat tengah2 line putih ..dah tu ala2 nak masuk kiri jugak..tapi tak jugak bertukar ke lane kiri.. pembuli jugak la ni kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia pekak plus rabun kot.spek mata tertinggal,cl expired
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
inila Msia kita..'biadap bkn 1 jenayah'.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2022 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Jd mcam aku la pukul 12 tghari td..aku tgh laju Lane kanan tiba2 satu proton ni cilok tiba2 dari Lane kiri terus masuk depan aku ..apalagi x sempat aku brake terus hentam.....keluar laki cina tua adoiila ..aku hon ajak ke tepi...selesai cara baik..nasib aku ada dashcam depan belakang..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Monopoli trafik adalah satu kesalahan... Ramai yg taktau pasal hal ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 07:26 PM | Show all posts
Nnt dia kata had maksimum kelajuan 110 km/j je...patuhilah undang²....hahahah....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg bangang spesis mcm ni. Sama bangang dgn krete yg suka sondol walaupon org xhabis memotong lg
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia keliru mana kanan, mana kiri la tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgn pelekat P pun nk gaduh
Apa lah
Tah2 dia sesat ke mana tahu
Korang apa tahu

Bila kena hon kena cucuk dgn lori lg la mengelabah
Nk tukar line takut
Aku penah kena mcm ni
.masuk line kanan kena hon kiri kanan
Lantak ko la yg hon tu
Tgk blkg la pelekat p mesti la xcekap lg memandu
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_white replied at 18-5-2022 08:10 PM
Dgn pelekat P pun nk gaduh
Apa lah
Tah2 dia sesat ke mana tahu

Tapi kalau sesat lagi la kena dok kiri... senang nk exit. Meols berhusnudzon dia ingat had laju mmg 110 so dia entitle dok situh
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 10:11 AM | Show all posts
bila ramai palatao kata lorong kanan tu lorong laju..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 10:22 AM | Show all posts
sepupu sepapat myvavi ni mmng perangai lebih kurang sama. suka acah2 potong kita kat jalan,,sekli kita potong balik tau plak mengelabah. padahal yg bawak tu minah selenger jek bawak keta rapat stereng lagi nk tunjuk genster.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 10:27 AM | Show all posts
stress kalau kena macam ni...kita bukan lah melebihi had laju tapi biarlah memandu di lorong yg betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 12:25 PM | Show all posts
Benda camni simple jer. Kalau dia tak nak mengalah, kau potong je melalui lorong kiri. Tak ada masalah dan tak perlu nak viralkan semua benda di media sosial. Nescaya hidup kau pun aman. Adakalanya pemandu kena faham, korang 'dihalang' dari terus laju bagi menyelamatkan korang dari ditimpa musibah di depan nun di sana. bersangka baik sajalah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.133957 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list